Ziarah petang Rabu...Adik Nur Aliya Syazwani menghidap penyakit saluran jantung berlubang.
[postlink]http://lpdn28.blogspot.com/2010/07/ziarah-petang-rabuadik-nur-aliya.html[/postlink]Alhamdulilah, beberapa AJK lpdn28 telah menziarahi adik Nur Aliya Syazwani yang kini menghidap penyakit saluran jantung berlubang di Felda Kerteh 2, Paka pada petang tadi. Adik Nur Aliya Syazwani adalah cucu kepada Pak hasyim yang merupakan salah seorang AJK lpdn28 yang begitu dalam komited dalam perjuangan Pas di dun Paka.
Adik Nur Aliya Syazwani (gambar atas) yang berumur 5 tahun merupakan seorang pelajar Sekolah Rendah Islam Darul Bayan, Paka telah mengalami penyakit saluran jantung berlubang selama 3 tahun dan seringkali berulang alik ke IJN untuk mendapatkan rawatan susulan.
Di antara AJK lpdn28 yang berkesempatan hadir dalam sesi lawatan petang tadi termasuklah Sdra Mohamad Ibrahim (Ketua Penerangan DUN Paka) bersama-sama dengan 5 AJK yang lain iaitu Sdr Rohisham, Sabri, Iskandar, Ustaz Aswadi dan Nizam. Pada pertemuan itu juga, pihak lpdn28 telah memberi sedikit sumbangan wang kepada adik Nur Aliya Syazwani semoga ianya dapat meringankan beban dan menanggung kos rawatan susalan ke IJN.
Semoga kita semua dapat sama-sama menghulurkan bantuan kepada keluarga mereka dan mendoakan agar adik Nur Aliya Syazwani sentiasa di dalam lindungan Allah selalu. Doakanlah juga agar Allah memberikan kesabaran dalam menghadapi ujian dariNya. Bagi sesiapa yang ingin membantu boleh lah menghubungi saudara Mohamad Ibrahim di talian 0199151611.

Pak Hasyim bersama cucu beliau

Saudara Mohamad Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada Pak Hasyim
Semoga kita semua dapat sama-sama menghulurkan bantuan kepada keluarga mereka dan mendoakan agar adik Nur Aliya Syazwani sentiasa di dalam lindungan Allah selalu. Doakanlah juga agar Allah memberikan kesabaran dalam menghadapi ujian dariNya. Bagi sesiapa yang ingin membantu boleh lah menghubungi saudara Mohamad Ibrahim di talian 0199151611.
AJK lpdn28 yang hadir pada lawatan tersebut
0 comments:
Post a Comment