tag:blogger.com,1999:blog-45152648319896012072024-02-21T17:39:15.045+08:00PENERANGAN PAS DUN PAKA N28"Pakatan Rakyat GANTI Barisan Nasional"lpdn28http://www.blogger.com/profile/10356181191181975085noreply@blogger.comBlogger1573125tag:blogger.com,1999:blog-4515264831989601207.post-14359200062767549262011-07-19T22:34:00.000+08:002011-07-19T22:34:18.486+08:00Perang Facebook: Ratusan saja yang mahu Najib dikekalkanSementara lebih 200 ribu warga internet yang menekan "suka" (like) kepada page Facebook menuntut Najib Razak meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri; hanya 111 yang menekan "like" di page menuntut agar Najib kekal menerajui tampuk pimpinan negara.

Page bertemakan "100,000 People Request Najib Tun Razak Resignation" mencatat angka 204,691 orang, iaitu sekali ganda lebih daripada matlamat, sejak ditubuhkan pada 11 Julai 2011. Bagaimanapun, page bertemakan "3,000,000 People Want Najib To Stay" hanya meraih sokongan 122 orang, sejak ditubuhkan pada 15 Julai 2011. (6.54pm, 19 Julai 2011)

Sebelum ini, Menteri Besar Pahang Adnan Yaakob mendakwa dirinya mampu mengerah 3 juta orang warga internet untuk mempertahankan pimpinan Perdana Menteri Najib Razak, ketika menyanggah tuntutan di laman sosial Facebook agar Najib Razak berundur. Dua page diwujudkan, dengan lebih 200 ribu yang menyokong "1100,000 People Request Najib Tun Razak Resignation"; dan lebih 16,500 orang yang suka "1,000,000 rakyat mendesak Najib Razak letak jawatan (Rasmi)".

Page sedemikian ditubuhkan selepas perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai 2011, sebagai reaksi terhadap pendekatan kerajaan persekutuan dan polis menyuraikan perhimpunan tersebut. Bukan sahaja Najib Razak, malah Timbalannya Muhyiddin Yassin, Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein, Menteri Kesihatan Liow Tiong Lai dan Ketua Polis Negara Ismail Omar turut berdepan dengan desakan untuk berundur.

Tidak kurang komen yang ditinggalkan di "3,000,000 People Want Najib To Stay" sekadar untuk menyindir Najib, malah ramai yang menyifatkan bilangan yang terlalu sedikit ini sebagai amat "malu" buat seorang PM.

Sumber: Merdeka reviewlpdn28http://www.blogger.com/profile/10356181191181975085noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-4515264831989601207.post-11045353159499388222011-07-16T19:33:00.001+08:002011-07-16T19:43:36.408+08:00Najib: Demonstrasi jalanan bukan jawapan, mari selesai masa PRU

LONDON, 16 Julai – Datuk Seri Najib Razak berkata demonstrasi jalanan bukan jawapan bagi melahirkan rasa ketidakpuasan hati terhadap kerajaan kerana perbuatan itu boleh menjadi terkawal dan mungkin mengakibatkan kecederaan serta kerosakan harta benda.

“Sekiranya ada pihak yang masih tidak berpuas hati dengan kerajaan, marilah kita selesaikannya apabila tiba pilihan raya dan biar rakyat yang membuat keputusan,” katanya dipetik Bernama Online.

“Kami akan bentangkan kes kami dan pembangkang akan kemukakan kes mereka. Biar rakyat yang menentukannya,” kata Perdana Menteri (gambar) ketika berucap pada perhimpunan rakyat Malaysia di United Kingdom (UK) di sini malam tadi.

Kata Najib: “Kita tidak perlukan semua ini (demonstrasi).”

“Apa yang kita mahu ialah sebuah negara Malaysia yang ditransformasikan, sebuah negara Malaysia yang boleh menjadi kebanggaan dan kesayangan kita,” katanya lagi.

“Kita mahukan sebuah negara yang boleh berdiri sama tinggi dengan negara yang maju sepenuhnya, yang boleh menjadi contoh ketara sebagai sebuah negara maju. Inilah harapan kita untuk Malaysia.

“Kalau pun kami hendak dianggap membuat kesilapan, kesilapan itu semata-mata bertujuan untuk memastikan ketenteraman, keselamatan awam dan keharmonian awam sentiasa terpelihara kerana apabila berlaku sesuatu kesilapan, ia akan merebak dengan amat pantas dan sukar untuk dibayangkan apa yang akan terjadi selepas itu kerana keganasan pasti akan membuahkan keganasan juga,” katanya.

Merujuk kepada beberapa perkara, termasuk pencapaian pembangkang pada pilihan raya umum lepas, Najib berkata itu menunjukkan wujudnya demokrasi di Malaysia.

“Dan pilihan raya di Malaysia diadakan secara bersih. Kalau anda rasa itupun belum memadai, kami akan lakukannya dengan lebih baik lagi – kami akan perkenalkan sistem biometrik, contohnya, untuk memastikan tidak wujud pengundi hantu,” kata beliau.lpdn28http://www.blogger.com/profile/10356181191181975085noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-4515264831989601207.post-6567685089427796312011-03-29T12:33:00.001+08:002011-03-29T12:38:12.129+08:00RM3,136,350,000,000,000.00 duit kita dijoli olih pemimpin Umno/BNOleh: setisab

Laporan Tahunan Buku The Global Competitiveness Report 2007-2008 (sebuah penerbitan Forum Ekonomi Dunia) telah meletakkan Malaysia berada pada kedudukan ke-21 di dunia dari segi persaingan global. Walau bagaimanapun laporan yang sama meletakkan Malaysia di tempat ke-69 dari segi bebanan hutang, tempat ke-54 dari segi kadar inflasi dan tempat ke-33 bagi prestasi bank.

Fakta-fakta ini menunjukkan tahap pengurusan ekonomi di Malaysia masih lagi lemah jika hendak dibandingkan dengan senarai 131 buah negara. Dengan trend harga barang yang terus meningkat kesan daripada peningkatan harga tol dan minyak tahun demi tahun sudah pasti akan menjejaskan ranking negara Malaysia ke tempat yang lebih buruk. Apa yang lebih membimbangkan adalah, kesan tingginya inflasi ini bakal membebankan rakyat jelata yang rata-rata bukanlah dari golongan yang berada.

Kita boleh melihat betapa bahayanya kesan daripada ketidak-cekapan pengurusan ekonomi boleh membawa kepada peningkatan kes-kes samun, rompak, rasuah, penipuan dan sebagainya. Hal ini demikian kerana rakyat sudah terdesak dan terpaksa melakukan apa saja demi untuk menyambung survival mereka dalam keadaan semua harga barangan dan minyak meningkat.

Kegagalan Besar UMNO/BN Dalam Ekonomi

Gagal mengawal peningkatan harga minyak walaupun Malaysia adalah pengekspot minyak. Dari tahun 2000-2006, harga minyak telah meningkat dari RM1.10/liter (tahun 2000) hingga RM1.92/liter (tahun 2006) iaitu peningkatan sebanyak 75% dalam masa 6 tahun.

Gagal menyekat harga tol yang meningkat tahun demi tahun. Walaupun kerajaan berjanji tiada peningkatan tol pada tahun 2008, tetapi tahun 2009 akan pasti menyaksikan peningkatan harga tol yang seterusnya. Kerajaan membelanjakan lebih 300 juta ringgit wang rakyat setahun untuk membayar konsesi tol.

Gagal menyekat kenaikan harga barangan asas hasil daripada kenaikan harga minyak dan tol. Kenaikan harga barangan ini terpaksa dibayar oleh segenap lapisan rakyat walaupun sebahagian daripada mereka tidak menggunakan jalan bertol terutamanya mereka yang tinggal di kampung-kampung.

Statistik menunjukkan pendapatan isirumah kaum India RM3,215, lebih tinggi daripada purata kebangsaan RM3,022, dan juga kaum bumiputera RM2,522. Ini jelas menunjukkan UMNO tidak bersungguh-sungguh malah telah gagal menaikkan taraf hidup orang Melayu setelah 50 tahun memerintah.

Duit rakyat dihabiskan hasil daripada ketidakcekapan pengurusan ekonomi:

Pengagihan projek yang tidak telus - dikuasai oleh kroni2 Patrick Lim dan Kamaluddin - taman tamadun islam, penang global city center

Pembangunan Koridor Ekonomi dengan angka tidak masuk akal - jumlah RM1 trillion, Dari manakah BN mendapat duit sebanyak itu, sedangkan pembinaan jambatan Pulau Pinang yang kedua yang berharga kurang 3 billion pun terpaksa meminjam wang daripada Negara China.

Hutang Kerajaan Persekutuan terus meningkat dari RM146 billion kepada RM165 billion.

Beberapa Fakta yang perlu diketahui untuk perkongsian:

Bailout Bank Bumiputera sebanyak 4 kali - rugi RM10.4 billion.

Kerugian Perwaja Steel - rugi RM10 billion.

Bailout Indah Water Konsortium (IWK) - rugi RM200 juta.

Bailout Konsortium Perkapalan Berhad - rugi RM1.7 billion.

Hicom (Proton) kerugian sehingga Kerajaan terpaksa menggunakan duit Petronas untuk membeli saham Proton -rugi RM1 billion.

Membeli semula saham MAS daripada Tajuddin Ramli dengan harga RM1 billion lebih dari harga pasaran.

Menggunakan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Danaharta dan Khazanah untuk membeli saham-saham Timedotcom yang tidak laku - rugi RM3.3 billion.

Bailout LRT PUTRA dan STAR - rugi RM6 billion.

Bailout Renong/UEM - rugi RM12 billion.

Pampasan pembatalan Projek Empangan Bakun - rugi RM950 juta.

Hutang tertunggak InventQjaya - rugi RM228 juta

Pampasan Jambatan Bengkok - rugi RM257 juta

Pampasan pembatalan Broga Incinerator - rugi RM500 juta

Kerugian membeli saham Agusta - rugi RM510 juta

Skandal Port Klang Free Zone - rugi RM4.6 bilion

Skandal Offshore Petrol Vehicle (PSC-NDSB) - rugi RM6.75 bilion

Blok L dan M - RM 380 billion

Sime Darby - RM 1.6 billion

Pos Malaysia - RM 546 juta

Felda - RM 8 Billion"lpdn28http://www.blogger.com/profile/10356181191181975085noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4515264831989601207.post-71840075881690924762011-02-15T12:45:00.000+08:002011-02-15T12:45:14.242+08:00Hosni Mubarak letak jawatan

Salam semua!

Berita baik di pagi Sabtu .Berita baik terutama untuk saudara2 di Mesir. Ya, Hosni yang dah tak Mubarak lagi telah letak jawatan. Akhirnya Hosni Murtabak Mubarak meletakkan jawatan setelah 18 hari (more or less) pelbagai rusuhan dan demo dilakukan di Mesir .

lpdn28http://www.blogger.com/profile/10356181191181975085noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4515264831989601207.post-72161202937797831692011-02-05T23:32:00.000+08:002011-02-05T23:32:53.311+08:00Pelajar Cerita Detik Cemas Ketika Meninggalkan Mesir

SHAH ALAM 5 FEB: Perkembangan terkini di Mesir menyaksikan kumpulan pelajar Malaysia berjaya dibawa keluar dari Kaherah, Mesir ke sini telahpun dihantar pulang ke tanah air secara berperingkat-peringkat bermula kelmarin.

Pegawai operasi bilik gerakan Pertubuhan Sukarela Briged Amal Selangor Ustaz Mohd Firdaus Misnan berkata sebanyak dua penerbangan akan dilakukan setiap hari bermula Khamis lalu sehinggalah kesemua pelajar Selangor yang berada disana dibawa pulang.

"Penerbangan yang pertama pada hari Jumaat, semalam 4 Februari, jumlah pelajarnya 37 orang, bertolak 7.50 malam waktu Mesir kemudian tiba di Jeddah pada pukul 11.10 malam waktu Mesir, kemudian penerbangan kedua, jumlah pelajar 125 orang bertolak pada pukul 3.50 pagi waktu Mesir dan baru tiba pada pukul 6 pagi waktu Mesir," katanya.

Setakat ini, kerajaan negeri Selangor dengan kerjasama Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) juga Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah berjaya membawa keluar lebih 200 pelajar ke Jeddah dan hari ini merupakan hari terakhir membawa keluar pelajar-pelajar ini dari Mesir.

Sementara itu, Tv Selangor berjaya menghubungi Kamarudin Ismail, salah seorang pelajar Malaysia yang berada disana sempat berkongsikan pengalamannya ketika mengharungi saat genting di Mesir sebelum dikeluarkan ke Jeddah.

"Keadaan masih terkawal cumanya masa peringkat mula-mula rusuhan itu berlaku hari Jumaat , rumah saya pada hari Sabtu tu di masuki perompak tetapi dia menyamar sebagai polis, dia ada dua orang jadi kami pun akurlah kerana dia kata nak buat spot-check , jadi macam-macam yang dia minta, dia check semua barang, dia geledah satu rumah, dia minta duit , nak hand phone, lepas tu dia minta VISA.

"Kita ingat dia nak VISA passport rupa-rupanya dia nak VISA card," jelasnya.

Pihak berkuasa yang sepatutnya mengawasi keadaan juga tidak lagi berfungsi dan menjejaskan keselamatan pelajar.

"Kami cuba nak hubungi polis tapi waktu tu polis mula dah takde. Akhirnya kami berjaya keluar dari rumah dan dikejar. Waktu itu, dia (perompak) pegang sahabat saya dan dia keluarkan pisau dan saya hampir ditikam ketika itu," ceritanya lanjut.

Tambahnya, pelajar-pelajar ini juga menghadapi kesukaran untuk ke lapangan terbang kerana dihalang oleh penunjuk-penunjuk perasaan pro kerajaan.

" Semalam dalam perjalanan untuk ke airport dalam pukul 10 pagi kami, kami ditahan oleh sekumpulan penyokong-penyokong Hosni Mubarak kerana tempat yang kami tinggal ialah tempat kelahiran Hosni Mubarak," katanya.

Ketika dihubungi tadi, Kamarudin masih berada di Lapangan Terbang Cairo dan masih menunggu sebelum dapat berlepas ke Jeddah. Juga difahamkan lapan lagi pelajar Selangor terkandas sebelum dapat dibawa ke Kaherah.
lpdn28http://www.blogger.com/profile/10356181191181975085noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4515264831989601207.post-65582778548191086802011-02-05T19:27:00.000+08:002011-02-05T19:27:01.145+08:00Ketua ulama Umno Kelantan mahu debat hanya dengan Nik Aziz

KOTA BARU, 5 Feb — Pengerusi Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran Umno Kelantan Prof Mohd Noor Deris akan menghantar surat untuk mengadakan debat dengan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Mohd Noor berkata beliau gembira dengan reaksi positif Nik Aziz yang mahu mengadakan dialog dengan mana-mana pihak dan ianya merupakan peluang kepadanya untuk menghuraikan pandangannya kepada Menteri Besar Kelantan itu.

“Saya akan hantar surat dalam beberapa hari lagi untuk mengadakan debat dengan Nik Aziz. Saya mahukan debat itu diadakan hanya antara saya dan dia saja tiada pihak lain di tempat awam. Kini Cabaran saya sudah disahut,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Nik Aziz semalam bahawa beliau bersetuju untuk bersemuka serta berdialog dengan semua pihak termasuk Majlis Fatwa Kebangsaan jika tidak berpuas hati terhadap kenyataannya dalam usaha menjernihkan isu berbangkit yang dianggap kontroversi.

Isu berkenaan berbangkit apabila Nik Aziz mengeluarkan kenyataan mengelirukan umat Islam ketika berkempen pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang baru-baru ini, dengan mengatakan mereka yang tidak menyokong PAS ialah jahiliah.

Berikutan tindakan Nik Aziz itu, Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran Umno Kelantan meminta Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Raja-Raja mengkaji kenyataan Nik Aziz itu yang didakwa merosakkan akidah serta memecahbelahkan perpaduan umat Islam di negara ini. — Bernama
lpdn28http://www.blogger.com/profile/10356181191181975085noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4515264831989601207.post-27877985570921500312011-02-05T15:19:00.000+08:002011-02-05T15:19:27.676+08:00Sekatan Halal dan Himpunan Haram
Suatu refleksi berkenaan hak untuk berhimpun dengan aman dan tanpa senjata dan penafian hak ini oleh pihak berkuasa.

Apabila saya mendengar bahawa akan diadakan demonstrasi, saya dengan serta merta dapat menggambarkan apa yang akan berlaku. Demonstrasi itu tidak akan mempunyai permit polis. Polis akan memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak menghadiri protes tersebut. Polis akan membuat sekatan jalanraya untuk menghalang pemprotes daripada turun memprotes. FRU akan dipanggil. Meriam air dan gas pemedih mata akan digunakan ke atas pemprotes. Kemudian, tangkapan akan dibuat.

Apa yang berlaku adalah seperti yang dijangkakan.

Ada yang mempersoalkan mengapa protes tersebut harus dilangsungkan. Menurut mereka, tujuan protes itu diadakan tidak mempunyai merit.

Bagi saya, tujuan sesuatu protes, demonstrasi atau perhimpunan itu tidak penting dan tidak relevan. Apa yang saya pentingkan adalah hak untuk berbuat demikian. Kebebasan asasi untuk berhimpun dengan aman dan tanpa senjata.

Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan memperuntukan bahawa semua rakyat Malaysia mempunyai hak untuk berhimpun dengan aman dan tanpa senjata. Ini selaras dengan Pengisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR) yang memperuntukan bahawa setiap orang mempunyai hak untuk berhimpun dengan aman dan untuk berpersatuan.

Hak untuk berhimpun dengan aman adalah hak asasi yang dijamin Perlembagaan dan juga merupakan suatu kebebasan politik dan sivil. Menurut Lord Denning, hakim Inggeris yang terkenal, setiap individu harus dibenarkan untuk melaksanakan hak ini tanpa halangan. Ini kerana perhimpunan aman selalunya merupakan cara tunggal untuk mengetengahkan rungutan atau bantahan kepada perhatian pihak berkuasa.

Perlembagaan Persekutuan tidak membezakan di antara tujuan atau merit mana-mana perhimpunan awam. Seseorang itu mempunyai hak untuk berhimpun samada ianya untuk mendesak pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), menyeru kebebesan badan kehakiman, mendukung apa yang sering dikatakan sebagai ‘hak Melayu’ ataupun untuk membantah ketidakteraturan yang kononnya berlaku di dalam pemilihan dalaman sebuah parti politik. Kita tidak mempunyai hak untuk menentukan perkara mana yang boleh diprotes dan yang mana tidak. Tetapi inilah pendirian yang diambil oleh pihak berkuasa, bagi mereka demonstrasi terhadap serangan Israel ke atas kapal Mavi Marmara adalah halal tetapi perarakan untuk menyampaikan memorandum isu air di Selangor pula adalah haram.

Benar, hak berhimpun ini bukanlah mutlak. Hak ini wujud selagi perhimpunan itu aman. Perkara 10(2)(b) Perlembagaan Persekutuan juga memperuntukan bahawa Parlimen boleh mengenakan "apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau suai manfaat demi kepentingan keselamatan Persektuan atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam".

Ini bermaksud Parlimen boleh menggubal undang-undang yang menyekat hak berhimpun bagi kepentingan keselamatan negara atau ketenteraman awam. Sekatan terhadap hak ini di atas apa-apa tujuan lain adalah tidak berpelembagaan.

Apa-apa perbincangan mengenai hak berhimpun di dalam negara ini sudah tentu akan melibatkan persoalan mengenai Seksyen 27 Akta Polis, yang menyatakan bahawa apa-apa perhimpunan, perjumpaan atau perarakan di tempat awam harus terlebih dahulu mendapat permit daripada Ketua Polis Daerah (OCPD) daerah tersebut. Sekiranya permit tidak diperolehi, perhimpunan tersebut dianggap haram.

Pendirian Majlis Peguam adalah bahawa keperluan mendapat permit untuk berhimpun adalah tidak berperlembagaan. Saya tidak berniat untuk menyelami isu ini dengan terperinci dan memberi hujahan undang-undang yang panjang lebar. Cukuplah sekiranya saya menyatakan bahawa Mahkamah telah memutuskan bahawa apa-apa sekatan yang dikenakan ke atas hak individu untuk haruslah berpatutan dan bersekadar (proportionate) terhadap matlamat sah yang mahu dicapai. Keperluan mendapat permit polis ini terlebih dahulu meletakkan sekatan ke atas hak seseorang warganegara untuk berhimpun berdasarkan kepada budibicara OCPD. Ini adalah sekatan yang tidak berpatutan atau larangan langsung ke atas hak yang dijamin oleh Perlembagaan serta merupakan langkah yang tidak bersekadar bagi melindungi keselamatan negara dan ketenteraman awam.

Hak untuk berhimpun ini tidak boleh disekat oleh pihak berkuasa hanya kerana ia akan menyebabkan kesusahan. Ada yang mengatakan bahawa demonstrasi jalanan menyebabkan kesesakan trafik dan menghalang hak warganegara lain untuk menjalani kehidupan seharian mereka. Walaupun begitu, apa-apa campurtangan pihak berkuasa untuk tujuan ini tidak mempunyai justifikasi mengikut Perlembagaan. Apatah lagi apabila kesesakan trafik seringkali adalah disebabkan oleh sekatan jalan raya yang didirikan oleh pihak polis bagi menghalang perhimpunan daripada berlangsung dan bukannya disebabkan oleh perhimpunan itu sendiri. Sekiranya pemprotes dibenarkan untuk berhimpun atau berarak dengan pihak polis memantau keadaan bagi memastikan ianya aman, sudah tentu ia akan seleasai dengan cepat dan tanpa insiden.

Ya, sudah tentu ada jalan-jalan yang akan ditutup disebabkan oleh demonstrasi tersebut. Tetapi jalan-jalan ditutup tiap-tiap hari atas pelbagai alasan. Kuala Lumpur adalah bandar yang dinamik dan bertenaga, pasti ada sahaja acara yang dilangsungkan yang mewajibkan penutupan jalan. Perarakan Maulidur Rasul dan Thaipusam juga menyebabkan kesulitan kepada orang rami, adakah ini bermakna kedua-dua perarakan tersebut harus diharamkan?

Read more at: http://www.loyarburok.com/the-system/bolehland/sekatan-halal-dan-himpunan-haram/

lpdn28http://www.blogger.com/profile/10356181191181975085noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4515264831989601207.post-34694043055642823482011-02-03T19:46:00.000+08:002011-02-03T19:46:30.935+08:00Yemen pula gelora, 20,000 sertai ‘hari berang’ di ibu Negara

Presiden Yemen Ali Abdullah Saleh berucap di Parlimen semalam menawarkan untuk berundur pada 2013 tetapi terus dibantah oleh pembangkang. – Foto Reuters

SANAA, 3 Feb — Lebih 20,000 rakyat Yemen membanjiri jalan-jalan utama di ibu negara Sanaa hari ini – menamakan himpunan sebagai “hari berang” sambil menuntut perubahan segera dalam kerajaan dan menganggap tawaran Presiden Ali Abdullah Saleh semalam untuk berundur pada 2013 tidak cukup.

Protes di kawasan-kawasan lain di Yemen juga dijangkakan selepas ini – mirip perkembangan di negara utara Afrika, Mesir.

Ali Abdullah juga seperti Presiden Mesir Hosni Mubarak memerintah negara itu lebih tiga dekad. Hosni berhadapan dengan protes aman, berlarutan sejak 10 hari lalu tetapi bertukar menjadi ganas semalam dan mengorbankan lima orang.

Penyokong-penyokong Ali Abdullah memandu di sekitar ibu negara sambil menggunakan pembesar suara menggesa kumpulan prokerajaan agar turun untuk berhadapan dengan puak berdemonstrasi – suasana yang disaksikan di Mesir sejak semalam.

Bagaimanapun sejak awal pagi tadi, penunjuk perasaan antikerajaan Yemen sudah pun berhimpun dalam jumlah yang besar sejak protes tercetus di negara Semenanjung Arab itu dua minggu lalu – tindakan yang turut didorong oleh protes politik Tunisia.

“Rakyat mahukan perubahan rejim,” laung penunjuk perasaan yang berhimpun di luar Universiti Sanaa di sini.

“Tiada rasuah, tidak kepada pemerintahan diktator,” kata penunjuk-penunjuk perasaan dipetik laporan msnbc hari ini.

Melihat pada pemberontakan yang semakin membara di dunia Arab, Ali Abdullah semalam berkata, beliau akan berundur apabila mandat kepimpinannya berakhir dalam dua tahun lagi. Beliau juga berjanji anaknya tidak akan mengambil alih jawatan daripada beliau kelak.

“Tiada lanjutan kuasa, tidak diwarisi, tidak akan mengubah kedudukan jam,” kata beliau.

Jurucakap pembangkang Mohammed al-Sabri bagaimanapun telah menolak untuk berunding dengan Ali Abdullah sambil melahirkan kesangsian mengenai tawaran presiden itu.

Mohammed berkata Ali Abdullah pernah membuat janji yang sama pada 2006 tetapi gagal untuk memenuhinya dan bertanding semula. Ali Abdullah memerintah Yemen sejak 32 tahun lalu. Ia dilihat sebagai protes terbesar di Yemen, satu lagi negara rakan Amerika Syarikat dalam memerangi rangkaian Al-Qaeda.

Wael Mansour, jurucakap penganjur demonstrasi berkata hari ini, rakyat Yemen tidak berpuas hati dengan pengakuan dibuat oleh presiden mereka semalam.

“Hari ini akan ada tekanan yang lebih besar, segar ke atas Presiden Ali Abdullah, yang perlu adakan lebih banyak kompromi dengan pembangkang,” katanya.

Bagaimanapun beliau tidak menjelaskan kemungkinan kompromi yang dimaksudkan. Yemen merupakan negara paling miskin di dunia Arab dan menjadi syurga rangkaian Al-Qaeda. Hampir separuh penduduk Yemen tinggal di bawah garis kemiskinan dengan pendapatan RM6 (AS$2) sehari.
lpdn28http://www.blogger.com/profile/10356181191181975085noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-4515264831989601207.post-49256638138065066282011-02-03T11:08:00.000+08:002011-02-03T11:08:24.238+08:00Nik Aziz: Umno zalimi Melayu, Mahathir pula ‘mudah lupa’
KUALA LUMPUR, 3 Feb — Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjawab tuduhan Tun Dr Mahathir Mohamad ke atasnya awal minggu ini dengan menegaskan, Umno yang selama ini “menzalimi orang-orang Melayu” dan menafikan beliau menjadi punca perpecahan orang Melayu Islam negara ini.

Sehubungan itu Nik Aziz berkata, Dr Mahathir sudah mula dijangkiti penyakit “Melayu Mudah Lupa” yang pernah disebutnya satu ketika dahulu, ketika menjadi perdana menteri dan presiden Umno.

“Tun Mahathir melabelkan saya dan PAS sendiri sebagai punca pecah belah orang Melayu. Barangkali kerana sayalah yang menyebabkan parti Umno diharamkan pada 1987 yang membawa kepada penubuhan Semangat 46.

“Barangkali sayalah juga penyebabnya sehingga terpecat timbalan presiden Umno pada 1999 yang membawa kepada penubuhan parti Keadilan dan kini dikenali sebagai Parti Keadilan Rakyat. Saya bimbang, Tun Mahathir sudah dijangkiti penyakit Melayu Mudah Lupa yang pernah disebutnya satu ketika dahulu,” katanya.

Dalam tulisan blognya Isnin lalu, Dr Mahathir, perdana menteri selama 22 tahun, mendakwa Islam dibawa oleh Nik Aziz (gambar) “lebih teruk dari Islam nasionalis” dan menjadi penyumbang kepada perpecahan orang Melayu Islam negara ini.

Justeru katanya, Nik Aziz rela mempertahankan Singapura Lee Kuan Yew dengan menganggap cadangan bekas perdana menteri Singapura itu supaya orang Islam Singapura tidak terlalu kuat berpegang kepada ajaran Islam adalah tidak seburuk dari Islam nasionalis Melayu.

“Cadangan Lee Kuan Yew ini dianggap oleh Nik Aziz sebagai lebih baik dari segala-gala yang dilakukan oleh nasionalis Melayu di Malaysia.

“Bayangkan sahaja Islam di bawah pemerintahan Nik Aziz dengan Karpal, Kit Siang, Guan Eng,” kata Dr Mahathir.

Nik Aziz menjawab: “Hakikatnya saya sebenarnya diajak untuk menari dengan irama yang gendangnya dipalu oleh Umno.”

“Saya diajak untuk turut sama mengutuk Lee Kuan Yew seperti pimpinan Umno. Padahal, apa yang berlaku di seberang sini jauh lebih dahsyat daripada apa yang dilakukan oleh Lee Kuan Yew,” katanya.

Nik Aziz juga berkata, dari zahirnya kelihatan Dr Mahathir sebagai seorang yang sangat mencintai perpaduan Melayu.

“Sedarkah Tun Mahathir bahawa Umnolah selama ini yang menzalimi orang-orang Melayu? Pada tahun 1961, siapakah yang menculik ADUN-ADUN PAS di Terengganu yang menyebabkan akhirnya kerajaan PAS pimpinan Allahyarham Daud Samad digulingkan dari pintu belakang?” kata Mursyidul Am PAS itu dalam responsnya yang disiarkan menerusi Facebook beliau.

Begitu juga keadaan di Kelantan apabila Umno menculik lima wakil rakyat PAS dengan tujuan menggulingkan kerajaan pimpinan Allahyarham Datuk Asri Muda, kata Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan.

“Ini boleh disahkan oleh bekas wakil rakyat Tanah Merah Timur yang masih hidup sekarang ini, Che Omar Mohamad yang turut menjadi mangsa,” kata beliau.

Nik Aziz, yang bertegas menentang sebarang bentuk kerjasama politik dengan Umno, yang dibangkitkan sejak selepas pilihan raya umum 2008, seterusnya bertanya siapa yang bertanggungjawab melakukan perbuatan tidak demokratik itu “kalau bukan Umno.”

“Episod-episod kezaliman ini masih segar di ingatan pejuang-pejuang PAS,” kata Nik Aziz sambil menambah beliau bukannya mahu menyemarak api permusuhan lama, jauh sekali menyimpan dendam tetapi sekadar untuk memperkukuhkan fakta sejarah buat generasi muda yang saya bimbang terbuai dengan dodoi “Ketuanan Melayu yang ditaja oleh Umno.”

Dalam menjawab tuduhan bahawa beliau merupakan penyumbang kepada perpecahan umat Islam Melayu, Nik Aziz juga menyentuh soal persempadanan bahagian pilihan raya yang dikendalikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 2003.

Dr Mahathir meninggalkan jawatan perdana menteri Oktober 2003 dan digantikan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Syor kerusi baru digunakan pada pilihan raya umum 2004 dan seterusnya 2008.

“Di zaman Tun Mahathir, siapakah yang bertanggungjawab melakukan persempadanan pilihan raya pada tahun 2003 yang menafikan pertambahan kerusi Parlimen dari negeri yang majoritinya orang Melayu kalau bukan Umno di zaman Tun Mahathir?

“Siapakah yang bertanggungjawab mengarahkan pembunuhan beramai-ramai Ibrahim Libya di Memali bersama pengikut-pengikutnya yang kesemuanya terdiri daripada orang Melayu tanpa sebarang sebab yang munasabah kalau bukan Umno di zaman Tun Mahathir?” katanya.

Jawapan Nik Aziz terus mempersoalkan pengenalan dasar pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

“Siapakah yang memperkenalkan pengajian Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris yang kemudiannya ditolak sendiri oleh Umno kalau bukan Tun Mahathir?” katanya.

Malagnya kata Nik Aziz, hari ini Umno masih lagi menjuarai amalan tidak demokratik sedangkan bertindak sebaliknya di Perak, Selangor dan Kelantan sendiri.

“Di Perak, mereka gulingkan kerajaan dari pintu belakang. Di Selangor, mereka melantik Setiausaha Kerajaan tanpa sedikitpun perbincangan dengan Menteri Besar.

“Peliknya, juara Ketuanan Melayu inilah pula yang menentang usul mengembalikan kuasa Sultan di Selangor. Tidak malukah mereka kepada DAP yang mereka dakwa sebagai parti cauvinis Cina?” katanya.

Di Kelantan, katanya, Umno-Barisan Nasional menafikan royalti minyak serta menubuhkan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP). “Jika begini, demokrasi pun tidak, federalisme pun tidak, Islam jauh sekali!,” katanya.

Kelantan telah memfailkan pertikaian royalti minyak di mahkamah Ogos lalu.

Nik Aziz menambah, jika Dr Mahathir berkata bukti Umno berjasa kepada Islam dengan membina masjid, maka Abdullah bin Ubay di zaman Rasulullah s.a.w. lebih dahulu membina masjid yang dikenali sebagai Masjid Dhirar.

“Jika Tun Mahathir menyatakan bahawa Umno berjasa kepada Islam dengan membina sekolah agama, maka di Thailand juga wujud sekolah-sekolah agama.

“Bahkan jika Tun Mahathir berkata bahawa jasa Umno ialah arak tidak dihidangkan di majlis rasmi kerajaan, maka apakah bezanya jika arak tetap diberikan lesen secara besar-besaran dan judi pula terus dinikmati sekalipun bertentangan dengan nilai-nilai Islam dan kemanusiaan,” katanya.

Sehubungan itu Nik Aziz meminta Dr Mahathir sebutkan apakah yang beliau lakukan di Kelantan yang bertentangan dengan Islam.

“Jika tidak ada, maka untuk apa kami dilawan?” katanya sambil berkata, “saya akui Tun Mahathir seorang yang bijak.”

“Dan, alangkah baiknya kebijaksanaannya digunakan untuk Islam. Nasihat saya kepada Tun Mahathir, sebelum terlambat marilah sama-sama berfikir untuk menempuhi hari pengadilan yang dijanjikan oleh Allah,” katanya.
lpdn28http://www.blogger.com/profile/10356181191181975085noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4515264831989601207.post-16732602901880890522011-02-03T01:34:00.000+08:002011-02-03T01:34:28.463+08:00Ibubapa Pelajar Malaysia Di Mesir Kecewa Sikap Wisma Putra

PUTRAJAYA 2 FEB : Keadaan Koordinasi Wisma Putra yang agak haru-biru menyebabkan ibu bapa pelajar di situ seolah-olah meletak kepercayaan kepada NGO dan bukannya kementerian luar negeri.

Pertanyaan bertubi-tubi dari ibu bapa mengenai masalah pelajar yang masih tidak dapat dihubungi oleh Kedutaan walaupun selepas lebih seminggu konflik berlaku menyebabkan insiatif diambil alih oleh NGO dan ibu bapa sendiri. Wakil Persatuan Ikatan Lepasan Bekas Mahasiswa Mesir Malaysia (ILMAM) Farhan Mazlan, Angkatan Muda Keadilan (AMK) Saifullah Zulkifli dan Dr Siddiq Musa diangkat menjadi wakil ibu bapa pelajar Mesir ini setelah kebanyakan ibu bapa tidak lagi memperdulikan penerangan daripada Richard, Radzi dan Mohd Nor.

Menurut Saifullah kepada wartawan TV Selangor, beliau akan membantu Wisma Putera dalam menyalurkan maklumat penempatan pelajar yang rata-ratanya tinggal berjauhan mengikut kumpulan masing-masing.

Saifullah dan Farhan telahpun berjaya mengumpulkan maklumat dan menghubungi ratusan pelajar sejak beberapa hari lalu.

Malah Ilmam turut telah bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Selangor dan Lembaga Zakat Selangor untuk mebuka bilik Operasi sendiri.

Bilik Operasi ini bolehlah menghubungi talian seperti berikut hari ini dengan talian 03-55143520/3534/3538/3539/3576.

Pertubuhan sukarela Briged Amal Selangor bersama Yayasan Amal Selangor telah diarah untuk menyediakan tenaga pembantu bagi membantu Bilik Gerakan yang beroperasi 24 jam itu.

Sementara itu, menurut Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul iskandar Md Akin yang turut bersama ibubapa pelajar, beliau kesal kelewatan ini tetapi berharap pelajar dan rakyat Malaysia di Mesir dapat diselamatkan.

"Ini perkara yang cukup dikesali, dan bukannya kami mahu politikan isu ini tetapi ianya merupakan satu krisis kerana rakan kita, rakyat malaysia dan pelajar disana memerlukan bantuan sedangkan kita berhadapan dengan tindakan kerajaan yang begitu lembap untuk selesaikan masalah ini sebab itu tujuan kita berkumpul ini untuk memberi tekanan kepada kerajaan dan memberi input kepada ibu bapa pelajar," katanya.
lpdn28http://www.blogger.com/profile/10356181191181975085noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4515264831989601207.post-10497005422103362272011-02-02T21:09:00.000+08:002011-02-02T21:09:36.514+08:00"Undurlah, wahai Mubarak, jika ada di hatimu sedikit rasa belas kasih, atau ada dalam kepalamu sedikit akal yang berfikir" - Syeikh Yusuf al-Qaradawi

Ketua Kesatuan Antarabangsa Cendekiawan Muslim, Syeikh Yusuf al-Qaradawi, meminta Presiden Mesir Hosni Mubarak agar mengangkat kaki secara pilihan sebelum beliau akan pergi secara paksaan.

Beliau perlu mengambil pengajaran dari nasib Presiden Tunisia, Zine el Abidine Ben Ali. Syeikh Yusuf al-Qaradawi menggambarkan sistem pemerintahan Mesir sebagai tidak mengerti dan tidak berfikir.Ianya buta tidak melihat, tuli tidak mendengar, serta bodoh tidak memahami.

Al-Qardhawi menyeru Mubarak melalui al-Jazeera katanya, "Undurlah, wahai Mubarak, jika ada di hatimu sedikit rasa belas kasih, atau ada dalam kepalamu sedikit akal yang berfikir".

Beliau meminta Mubarak agar merasa belas kasihan terhadap dirinya sendiri serta ahli keluarganya.

Kuasa kerajaan itu jika dianggap sebagai peluang keemasan maka cukuplah tempoh tiga puluh tahun itu, dan jika dianggap sebagai hukuman denda pula, maka cukuplah juga tempoh tiga puluh tahun itu.

Al-Qaradhawi menyarankan Mubarak agar melepaskan kepimpinan serta meninggalkan Mesir yang sudah kerugian dan kehilangan wangberbilion-bilion.

"Jangan kamu hancurkannya dan duduk di atas kehancuran tersebut. Pergilah, wahai Mubarak".

Beliau menambah bahawa puluhan pemuda telah gugur dalam tempoh satu hari dalam menuntut hak mereka, "Tapi kamu dan askar kamu pula telah membalas mereka dengan peluru hidup."

Al-Qaradawi menambah, "Tidak ada lagi tempat untukmu, wahai Mubarak. Saya minta kamu untuk keluar mengangkat kaki", untuk diadili dan dibicara sesudah itu oleh mahkamah awam dan bukannya oleh mahkamah tentera, "yang kamu bina untuk mendakwa pihak lawanmu, lalu kamu menghukum mereka dengan hukuman yang zalim", di bawah undang-undang darurat, dan sesungguhnya "bagi orang zalim itu ada kesudahnnya, dan tidak ada seorang pun yang mampu untuk melawan sejarah. "

Syeikh al-Qaradawi menganggap bahawa Mubarak tidak memahami mesej dari rakyat, malah keluar dengan ucapan yang menunjukkan bahawa ia tidak merasakan apa yang terjadi.

Dia berada "dalam dunia yang bukan dunia kita, tidak merasa kelaparan orang yang lapar, atau kesakitan orang yang terluka," dan mempersoalkan pula faedah untuk membubarkan kerajaan, sementara ia tidak mengatakan apa yang seharusnya dikatakan iaitu membubarkan Dewan Syura dan Dewan Rakyat serta menghapuskan undang-undang darurat.

Rakyat dan Tentera

Dalam ucapannya, al-Qaradhawi mengalu-alukan rakyat Mesir atas kebangkitan mereka melawan situasi korup yang telah banyak mereka bersabar terhadapnya, seperti kesabaran mereka melihat ramai orang mengaut kekayaan negara serta menikmati keuntungannya, sedangkan mereka tidak mampu mencari makanan harian mereka.

Beliau menggambarkan kebangkitan rakyat Mesir sebagai pemberontakan secara aman, tidak ada kayu mahupun senjata, bagi menuntut kehidupan yang lebih baik serta rezeki yang halal, akan tetapi mereka dikejutkan pula dengan peluru hidup dari pihak pengawal keamanan, menyebabkan puluhan orang terbunuh.

Beliau menekankan bahawa para penunjuk perasaan yang sebenar tidak bertanggungjawab menyertai sebarang kes PENCURIAN ATAU PENJARAHAN.

Beliau menasihati mereka, "Janganlah kamu sekali-kali memanjangkan tangan pada mana-mana harta milik institusi awam ataupun swasta, kerana itu adalah HARAM."

Beliau turut menyatakan rasa bangga dan hormat terhadap tentera Mesir serta menyeru mereka untuk melindungi negara Mesir di masa mendatang tanpa campur tangan dalam hal pemerintahan.

Beliau menuntut pihak tentera agar menyerahkan hal kuasa pemerintahan kepada rakyat dan pemilihan presiden dibuat sesuai dengan dasar-dasar syura dan juga demokrasi.

Sumber: al-Jazeera.
lpdn28http://www.blogger.com/profile/10356181191181975085noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4515264831989601207.post-76229404780889574272011-02-02T20:13:00.000+08:002011-02-02T20:13:57.300+08:00Polis preman didakwa tampar, rompak wanita hamil
Seorang wanita yang hamil lapan bulan mendakwa ditampar dan dirompak Isnin lalu oleh anggota polis berpakaian preman yang didakwa memecah masuk ke kedainya di Sungai Buloh - dan mereka kemudian menangkapnya.

Ahli parlimen Segambut, Lim Lip Eng, yang dihubungi wanita tersebut - Chow Soo Meng, 36 - pagi ini, mendakwa anggota polis berkenaan mencuri kira-kira RM20,000 wang tunai dan beberapa barangan lain dari wanita tersebut.

"Polis mengambil beberapa jenis rokok, enam botol minuman keras, oren mandarin dan tiga kartun minuman tin," kata Chow dalam laporan polisnya.

Dalam laporan yang dibuat di balai polis Kepong, Chow berkata, anggota polis dari Jabatan Narkotik Petaling Jaya, turut mengambil 30 kad sim telefon bimbit dan memindahkan kamera TV litar tertutup dari kedainya.

Tidak satupun daripada barang-barang tersebut telah dikembalikan. Katanya, bila dia meminta dipulangkan wang tunai RM20,000 anggota polis yang menahannya enggan berbuat demikian dan memintanya janga buat isu atau hadapi risiko ditahan semula, kata Lim ketika dihubungi Malaysiakini.

Lim yang ditemui bersama Chow hari ini berkata, wanita itu telah mengunci jeriji pintu kedainya kerana dia seorang diri dari kira-kira jam 5 ptang Isnin, apabila kira-kira 10 lelaki datang pada kira-kira jam 6.30 petang dan menuntut dibenarkan masuk.

Bagaimanapun, katanya, apabila Chow enggan berbuat demikian, mereka mula menjerit terhadapnya dan memotong jeriji. Mereka kemudiannya menggari tangannya dan membawanya ke balai polis Damansara Utama.

Di sana, kata Lim lagi, Chow dipaksa menjalani ujian dadah, sebelum dibawa ke Jabatan Kastam di Kelana Jaya dan diberitahu yang dia tidak membayar cukai bagi minuman keras dan rokok.

"Dia diminta datang semula ke pejabat Jabatan Kastam di Kelana Jaya pada 2 Mac," tambah Lim. - Malaysiakini
lpdn28http://www.blogger.com/profile/10356181191181975085noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4515264831989601207.post-48680447489860354532011-02-02T20:11:00.000+08:002011-02-02T20:11:10.979+08:00Nik Aziz: Rusuhan Mesir Harus Jadi Iktibar

KOTA BHARU 2 FEB: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberi peringatan kepada pimpinan seluruh dunia supaya mengambil iktibar daripada kebangkitan rakyat Mesir.

Ujarnya, pergolakan yang berlaku di Mesir harus dijadikan pengajaran supaya pemimpin tidak perlu bermegah dengan kemenangan kerana ia akan memberikan kesan buruk jika rakyat dizalimi.

Harakah.daily net semalam melaporkan, Menteri Besar Kelantan itu sebagai berkata, kezaliman rejim Hosni Mubarak terbukti dengan kemenangan besar beliau yang dicemari dengan penyelewengan setiap kali pilihanraya.

Katanya, kemenangan mencapai 99 peratus merupakan hasil demokrasi tempang dan cacat.

“Dalam masa yang sama, rejim inilah yang menangkap ribuan pimpinan Ikhwanul Muslimin bagi menghalang mereka bertanding dalam pilihanraya.

“Jika benar Hosni Mubarak menang besar di dalam pilihanraya dengan sokongan rakyat, dari mana datangnya penunjuk perasaan yang berjumlah ratusan ribu pada hari ini,” ujarnya.

Katanya lagi, rusuhan yang berlaku memberikan satu mesej yang jelas kepada mereka yang telah menzalimi rakyat kerana rakyat bukan mudah untuk diperkotak-katikkan.

“Mula-mula boleh la menipu, tapi bila dah lama rakyat sudah tidak boleh bertahan lagi,” ujarnya.
lpdn28http://www.blogger.com/profile/10356181191181975085noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4515264831989601207.post-25892741737793379712011-02-02T13:59:00.001+08:002011-02-02T14:03:24.263+08:00Sejuta berhimpun tuntut Hosni undur

Jutaan rakyat di seluruh Mesir berhimpun secara besar-besaran bagi menuntut Presiden Hosni Mubarak berundur selepas hampir 30 tahun berada di puncak kuasa. Pakatan pembangkang bertegas bahawa Hosni telah kehilangan kuasa dan mesti berundur. Pusat perhimpunan aman itu ialah di Dataran Tahrir, Kaherah dalam usaha mereka mengadakan perhimpunan sejuta rakyat pada Isnin.

KAHERAH - Sekurang-kurangnya satu juta penduduk berhimpun di serata Mesir semalam yang terdiri daripada pelajar, doktor dan penganggur dalam tunjuk perasaan paling besar bagi menuntut peletakan jawatan Presiden Hosni Mubarak.

Perhimpunan itu turut berlaku di bandar Iskandariah dan Suez. Para penunjuk perasaan itu menolak janji pembaharuan yang dibuat oleh Hosni. Ramai penunjuk perasaan itu melaungkan slogan revolusi dan selamat tinggal buat Hosni.

Tokoh pembangkang yang juga bekas Ketua Agensi Tenaga Atom Antarabangsa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Mohamed ElBaradei berkata, Hosni perlu meninggalkan Mesir sebelum pihak pembangkang memulakan rundingan dengan pemerintah mengenai masa depan negara berkenaan.

"Dialog boleh dilakukan tetapi ia akan hanya berlangsung selepas pemintaan daripada penduduk dipenuhi dan yang pertama daripada tuntutan itu ialah Presiden Hosni perlu meninggalkan (negara Mesir)," kata ElBaradei kepada stesen televisyen Al Arabiya.

Pada Isnin lalu, Hosni berjanji tidak akan melakukan kekerasan ke atas para penunjuk perasaan selepas para penentang menggesa sejuta orang berhimpun di Kaherah.

Ramai penunjuk perasaan mengibarkan bendera Mesir, termasuk sebuah bendera tertera perkataan yang meminta Hosni berundur bersama Zine El Abidine Ben Ali. Zine El Abidine tersingkir sebagai Presiden Tunisia akibat perhimpunan rakyatnya pada bulan lalu.

Ahli-ahli jawatankuasa demonstrasi di bandar Iskandariah memeriksa kad-kad pengenalan para penyokong mereka bagi mengelak anggota-anggota polis cuba mensabotaj perarakan mereka dengan menyamar sebagai penunjuk perasaan dengan tujuan untuk mencetuskan kekacauan.

Di satu sudut kawasan pula, sekumpulan penunjuk perasaan membawa keranda Hosni dalam tindakan simbolik sambil melaungkan slogan: 'Hosni telah mati tanpa pengampunan Tuhan'.

Sementara itu, PBB menganggarkan sekurang-kurangnya 300 orang telah terbunuh dalam pertempuran dengan anggota-anggota polis sejak rakyat Mesir bermula pada 25 Januari lalu.

Mereka menuntut supaya Hosni berundur dan menggesa demokrasi dan peluang pekerjaan baru diwujudkan di Mesir selain rasuah dan pencabulan hak asasi manusia dihapuskan.

Seorang lelaki yang baru keluar dari hospital selepas satu tangannya putus dalam tunjuk perasaan pada Jumaat lepas menyertai semula protes antipemerintah di Iskandariah semalam.

Tangan lelaki berkenaan, Osama Maghazi terpaksa dipotong selepas jari jemarinya hancur terkena tembakan peluru senapang polis Mesir.

Osama yang bekerja di pelabuhan berkata, dia sedang melintas semasa bantahan diadakan pada Jumaat lalu dan terperangkap dalam rusuhan yang tercetus.

"Adalah menjadi hak rakyat untuk menentukan takdir mereka," kata Osama yang berusia dalam lingkungan 30-an.

Menurutnya, dia gembira kerana perbuatan polis mencederakan tangannya mencetuskan tunjuk perasaan besar-besaran pada Jumaat lepas.

"Orang ramai menuntut supaya Hosni disingkirkan, Orang ramai melaungkan slogan satu suara, satu tuntutan," jelas Osama.

Para penunjuk perasaan juga menegaskan bahawa tuntutan supaya Hosni menamatkan pemerintahannya selama 30 tahun adalah suara ramai dan bukan didorong oleh mana-mana parti politik. Bagi menzahirkan realiti tersebut mereka menjerit kata-kata seperti tiada parti, tiada kumpulan dan ia merupakan revolusi pemuda Mesir.

Satu kain rentang besar yang tertera ayat: 'Kami (penunjuk perasaan) akan mati tetapi Mesir (negara) akan terus hidup.' Hosni tidak disukai rakyat kerana pemerintahnya didakwa korup selain tiada perkembangan ekonomi dinikmati penduduk.

Ramai penduduk di Mesir miskin selain pemerintah melakukan penindasan politik terhadap para penentangnya. - Agensi
lpdn28http://www.blogger.com/profile/10356181191181975085noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4515264831989601207.post-16612740221592053912011-02-01T21:08:00.000+08:002011-02-01T21:08:00.822+08:00Mungkinkah revolusi di Arab akan berjangkit ke Malaysia?

Tidak ada siapa meramalkan bahawa pemimpin negara-negara Arab yang terkenal sombong, angkuh, kuku besi, zalim dan rejim yang ganas ini bakal tumbang. Tunisia mendahului apabila menumbangkan rejim Zein al Abidin yang memerintah selama 23 tahun. Hosni Mubarak, yang memerintah selama 30 tahun dan terkenal dengan sifat zalimnya terhadap rakyat, rasuah, penyalahgunaan kuasa, serta bersahabat baik dengan rejim zionis Israel kini menanti saat untuk tumbang. Umat Islam mengingati Hosni Mubarak sebagai diktator yang telah menutup pintu sempadan dengan Gaza sebagai pintuk masuk Mesir ke Palestin sehingga menyebabkan ribuan umat Islam mati kebuluran. Revolusi kini mengakar ke Yaman, Jordan dan menghampiri beberapa negara Arab. Tunisia bagaikan domino pertama yang menumbangkan pemerintah, dan diekori oleh negara-negara Arab yang lain.

Selama berdekad lamanya keadilan dilenyapkan dan demokrasi hanya ditempelkan bagi menunjukkan kepada dunia mereka juga negara yang bebas dan adil. Walhal pilihanraya yang berlangsung, hanya parti mereka sahaja boleh bertanding dengan bebas manakala parti pembangkang ditekan. Pemimpin-pemimpin pembangkang dipenjarakan, dibunuh, diugut, dibuang negeri dan pelbagai lagi tindakan tidak peri kemanusiaan. Lebih melucukan apabila hanya parti mereka sahaja dibenarkan bertanding dalam setiap pilihanraya. Inilah yang berlaku di Indonesia era Suharto dan kini di negara-negara Arab.

Hasil kekayaan negara diagihkan sesama mereka manakala pemerintahan negara diwariskan kepada anak-anak mereka. Rakyat terus melarat dan merempat sedangkan pemimpin ini hidup bermewah. Rakyat dibiarkan dalam kelaparan, kemiskinan, dan pengangguran. Pelbagai cukai tidak masuk akal dikenakan bagi mengaut keuntungan sebanyak mungkin tanpa mempedulikan rakyat. Kemuncaknya, kemarahan rakyat bagaikan disimbah minyak petrol yang menyala-nyala. Kemarahan rakyat tidak mungkin dipadamkan sehinggalah rejim-rejim ini tumbang dengan hinanya.

Letusan revolusi ini adalah loceng amaran kepada pemimpin sombong bongkak di mana-mana negara. Pemimpin di Malaysia jangan beranggapan mereka selamanya selamat. Memerintah selama puluhan tahun memuakkan lagi rakyat terhadap pemerintahan mereka. Meskipun sistem pilihanraya di Malaysia tidak seteruk era rejim pemerintah Arab sekarang, namun ruang demokrasi tidak dibuka seluasnya untuk parti politik selain BN. Buktinya di mana-mana pilihanraya sama ada pilihanraya kecil mahupun pilihanraya umum, tidak sekali-kali parti pembangkang dibenarkan akses atau liputan di media. Lebih menjelekkan, pemimpin parti pembangkang difitnah, ditohmah, dihina dan dicaci sesuka hati melalui media rasmi tanpa diberi peluang mereka membela diri atau menjawab segala persoalan.

Undi pos yang dicurigai dikekalkan sebagai simpanan undi tetap BN. Daftar pemilih dimanipulasi sehingga berlaku penyelewengan yang ketara. Sengaja pemerintah tidak melaksanakan sistem celup jari bagi mengelakkan keadilan terlaksana. Manakala jentera kerajaan diperah semaksima mungkin bagi berkempen untuk pihak mereka. Pengundi pula ada yang dipujuk dengan pelbagai habuan seperti kain pelikat, beras termasuk wang ringgit. Habis berjuta ringgit duit kerajaan masuk ke poket pengundi.

Kalau dikira tekanan, hampir semua tekanan dan ancaman dirasai oleh parti pembangkang. Himpunan yang dianjurkan oleh pembangkang kebiasaannya akan disuraikan dengan gas pemedih mata dan tangkapan-tangkapan. Kebebasan bersuara, berhimpun hampir tiada di Malaysia untuk pembangkang. Pentas ceramah diceroboh dan dirobohkan sesedap hati mereka.

ISA dan OSA pula dikekalkan sebagai agenda menakut-nakutkan rakyat. Apabila tergugat, yang menjadi mangsanya sudah pastilah pemimpin pembangkang. AUKU pula adalah pengawal keselamatan utama mahasiswa di kampus-kampus. Mangsa AUKU pasti mendapat mimpi ngeri dengan tindakan dibuang kampus, digantung pengajian atau amaran-amaran tertentu.

Selain itu, rakyat terus dibiarkan terhimpit dengan kesusahan. Dengan kenaikan harga barang keperluan, harga minyak petrol yang naik hampir setiap tahun, tol, menghapuskan biasiswa, pelbagai cukai lain dikenakan. Rumah-rumah rakyat yang dibina berpuluh tahun dianggap setinggan dan dirobohkan sesuka hati, kemiskinan bandar tidak diubati, manakala dasar gaji minimum tidak dilaksanakan sebagai bukti rakyat dibiarkan kesusahan.

Kekayaan negara diagihkan sesama mereka dan hanya cebisan diberikan kepada rakyat atas nama wang ihsan. Pemerintah pula hidup bermewah dengan membelanja duit rakyat di luar negara. Pemerintahan negara diserahkan secara warisan sesama mereka.

Dalam keadaan demikian, sukar untuk rakyat menghirup udara demokrasi yang bersih di Malaysia. Mampukah rakyat bertahan dengan kehidupan sedemikian, dan berapa lama lagikah pemerintahan ini akan terus bertakhta? Atau mungkinkah revolusi di dunia Arab akan menyusul di Malaysia...?

Mohamad Suhaimi Abdul Aziz

Naib Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan
lpdn28http://www.blogger.com/profile/10356181191181975085noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-4515264831989601207.post-60997005617952758532011-02-01T17:55:00.000+08:002011-02-01T17:55:50.794+08:00'Anak saya di Mesir tidur 'berteman' pisau

Bimbang dengan keselamatan anak-anak mereka di Mesir, beberapa ibu bapa pelajar hari ini mendesak kerajaan mengambil tindakan segera bagi membawa pulang anak mereka ke tanahair.

Seorang bapa, Salahul Ahmad Jamal Mohd berkata anaknya Nurul Firdaus, 18, yang kini menuntut di Mansura, memberitahu yang dia terpaksa tidur bertemankan pisau kerana bimbang dengan keadaan yang semakin tidak terkawal.

"Anak saya kini berada dalam keadaan ketakutan...sehingga terpaksa mengenggam pisau demi keselamatan diri dengan bertambahnya kejadiaan pecah rumah, manakala golongan banduan yang melepaskan diri dari penjara pula

bermaharajalela tanpa tindakan dari pihak berkuasa," katanya ketika dihubungi Bernama di ibunegara.

Melihat pada keadaan sekarang, Salahul berkata sewajarnya kerajaan mengambil tindakan segera bagi mengeluarkan pelajar Malaysia dari negara terbabit.

"Pelajar-pelajar ini adalah bakal pemimpin negara, bertindaklah cepat... jangan nak tunggu nyawa melayang baru nak hantar bantuan...ini bukan soal duit yang penting nyawa anak-anak kami paling utama," katanya.

Sejak Selasa lepas beberapa demonstrasi jalanan dilaporkan berlaku di bandar-bandar besar Mesir termasuk di Kaherah, Dumyat, Suez, Tanta, Iskandariah dan Mansura bagi mendesak Presiden Hosni Mubarak meletakkan jawatan.

Sementara itu, Rohana Abdul Rahman, ibu kepada Hanan Amira Hashim, 22, berkata beliau bimbang talian komunikasi di negara terbabit akan terputus.

"Sekiranya talian telekomunikasi terputus, ini akan menyukarkan kami (ibu bapa) untuk berhubung dengan mereka," katanya.

Beliau juga berharap kerajaan memberi lebih tumpuan kepada kawasan di Mansura yang agak jauh jika dibandingkan dengan Kaherah, Dumyat, Suez, Tanta dan Iskandariah.

"Tindakan segera perlu...jika tidak nyawa anak-anak kami berada dalam keadaan bahaya dengan masalah jenayah jalanan,pecah rumah dan banduan semakin 'bebas' di mana-mana sahaja," katanya ketika dihubungi Bernama.

- Bernama
lpdn28http://www.blogger.com/profile/10356181191181975085noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4515264831989601207.post-13093276018293565202011-02-01T07:15:00.002+08:002011-02-01T07:15:52.231+08:00Pemuda PAS teguh bersama rakyat Mesir

KUALA LUMPUR, 31 Jan: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) melahirkan pendiriannya akan berdiri teguh bersama rakyat Mesir yang memperjuangkan Islam, mempertahankan kedaulatan negara, memperbaiki kestabilan politik dan ekonomi serta mengembalikan kesejahteraan rakyat.

Mereka turut menolak sebarang bentuk pengaruh daripada Amerika Syarikat dan Israel dalam pembentukan polisi Mesir, di samping berharap agar pemerintahan baru di negara itu dapat membantu negara umat Islam di Palestin secara konsisten dan menjadi asas kepada kesatuan negara-negara Arab di Timur Tengah.

Ketua DPPP, Ustaz Nasrudin Hassan At-Tantawi menegaskan, DPPP mengutuk keras sebarang bentuk kekerasan dan kekasaran yang dilakukan oleh regim Hosni Mubarak terhadap peserta demonstrasi serta menuntut agar desakan mereka dilayan secara profesional dan adil.

Menurut beliau, ini termasuklah membebaskan kesemua tahanan peserta demonstrasi dan pengamal media kerana ia bercanggah dengan prinsip hak asasi manusia.

"Dewan Pemuda PAS Malaysia menyeru kepada sebarang usaha ke arah pembubaran Parlimen Mesir dan penganjuran pilihanraya umum yang telus dan bersih.

"Pihak penganjur pilihanraya mestilah bebas daripada sebarang campur tangan parti politik, di samping menjamin kebebasan media untuk melaporkan perkembangan dan hasrat rakyat kepada pengundi dan masyarakat luar," katanya.

Beliau berkata demikian menerusi memorandum khas DPPP yang diserahkan bersama memorandum yang diserahkan oleh para pemimpin PAS, Pakatan Rakyat dan beberapa NGO kepada kedutaan Mesir, di sini, hari ini.

Menerusi memorandum itu, DPPP turut melahirkan sokongan dan komitmen solidariti kebangkitan rakyat Mesir menentang regim autokratik Hosni Mubarak.

"Penentangan rakyat Mesir adalah manifestasi penolakan prinsip ketidakadilan, kezaliman dan penyalahgunaan kuasa yang dilakukan oleh pemerintah sejak beberapa dekad yang lalu," katanya.

DPPP turut mengucapkan tahniah khususnya kepada golongan muda yang berani dan aktif menyertai agenda revolusi bagi menuntut keadilan dan pembaharuan di Mesir.

"Malah, kami mengambil kesempatan ini juga untuk mengucapkan takziah kepada keluarga-keluarga mangsa yang terkorban mahupun tercedera dalam saingan revolusi ini," tegasnya.

Pergolakan politik di Mesir kini adalah ekoran kejatuhan regim pemerintah Zein Al-Abidin di Tunisia lalu menjalar ke beberapa buah negara jiran lain termasuk Yaman, Oman, Algeria dan Jordan.

Dengan perkembangan terbaru yang berlaku di Mesir, DPPP turut menjangkakan teori domino itu akan terus berantai sehingga memberikan kesan revolusi keadilan sedunia.

"Namun melihat perkembangan pergolakan politik hari demi hari di Mesir, DPPP melihat situasi semakin kritikal apabila pihak pemerintah tidak mengambil langkah drastik untuk menyelesaikan perkara pokok dan sebenarnya.

"Sebaliknya, mereka melakukan pembantaian terhadap peserta demonstrasi seperti menembak dengan menggunakan gas, air dan pukulan terhadap mereka. Malah lebih parah lagi apabila hubungan komunikasi melalui media baru dan telefon disekat untuk memadamkan kemaraan rakyat," katanya.

Jelas, menurut beliau, sikap yang ditunjukkan itu telah mencabul hak asasi manusia dan memburukkan wajah demokrasi di Mesir.

Berdasarkan pendedahan-pendedahan media antarabangsa, pihak berkuasa Mesir telah mengambil pendekatan kekerasan untuk mengawal dan meredakan keadaan.

"Walau bagaimanapun, desakan terhadap agenda reformasi, kestabilan, demokrasi dan kebebasan tetap menjadi agenda utama dan kami menyokong usaha tersebut," tegasnya.

Beliau berharap agar hasrat DPPP yang disuarakan melalui memorandum itu dapat disampaikan kepada pihak-pihak simpatisan dan pejuang revolusi kebangkitan rakyat di Mesir.
lpdn28http://www.blogger.com/profile/10356181191181975085noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4515264831989601207.post-6556344159781260982011-01-31T21:50:00.000+08:002011-01-31T21:50:00.463+08:00Bapa Nurin Jazlin Kalah Dalam Saman Fitnah RM2 Juta Terhadap Polis

KUALA LUMPUR 31 JAN : Mahkamah Tinggi hari ini menolak saman fitnah RM2 juta terhadap polis dan kerajaan, yang dikemukakan Jazimin Abdul Jalil, bapa kepada Nurin Jazlin kanak-kanak yang dibunuh kejam tiga tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Asmabi Mohamad mengenepikan saman Jazimin dengan kos terhadap bekas Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar, Ketua Polis Negara dan kerajaan kerana membuat kenyataan yang dianggap Jazimin sebagai fitnah, yang mengatakan bahawa kehilangan Nurin Jazlin berkaitan dengan Ah Long. Dalam samannya pada 21 Ogos 2008, Jazimin berkata kenyataan defendan yang muncul dalam artikel akhbar harian di bawah tajuk "Siasat Ah Long Larikan Nurin" mengakibatkan nama baik dan reputasinya terjejas.

Beliau mendakwa kenyataan itu bermaksud beliau (Jazimin) berhutang dengan AhLong dan perbuatan itu membahayakan nyawa anggota keluarganya.

Nurin Jazlin, 8, diculik berdekatan dengan rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju, pada 20 Oktober 2007, dan mayatnya ditemui dalam beg sukan 27 hari kemudian.

Dalam keputusannya Asmabi berkata selepas mendengar keterangan dalam perbicaraan penuh saman itu, mahkamah berpuas hati bahawa kata-kata fitnah yang disebut dalam saman itu bukan diucapkan oleh Khalid pada satu persidangan media.

Beliau berkata Khalid membuat persidangan akhbar itu pada 20 September 2007 bagi memaklumkan orang ramai berhubung perkembangan siasatan kes Nurin Jazlin kerana beliau mempunyai tanggungjawab moral dan tugas untuk memberitahu orang ramai kerana, ia merupakan kes berprofil tinggi dan kes yang mempunyai kepentingan awam.

Asmabi berkata pemberita Kosmo yang memberi keterangan di mahkamah mengaku bahawa beliau menulis artikel itu berdasarkan kepada pemahamannya mengenai apa yang dikatakan Khalid, dan ia bukan petikan sebenar kata-kata Khalid pada persidangan akhbar itu.

Pemberita itu mengakui bahawa beliau tidak menulis teks keseluruhan mengenai apa yang dikatakan oleh Khalid, tapi hanya menulis fakta-fakta utama. Hakim turut berkata keterangan daripada pemberita New Straits Times dan Oriental Daily menunjukkan bahawa mereka tidak mendengar kata-kata yang disiarkan oleh akhbar Kosmo, yang memetik kata-kata Khalid mengenai peminjam wang secara haram.

Asmabi berkata kedua-dua pemberita itu berkata, kata-kata mengenai peminjamwang haram itu keluar dari mulut seorang pemberita yang bertanyakan Khalid mengenainya pada persidangan akhbar itu.

"Dalam perkara ini plaintif menamakan pihak yang salah dalam samannya, dia seharusnya menyaman Kosmo dan pemberitanya. Oleh itu saman ini ditolak dengan kos," katanya.

Peguam kanan persekutuan Noorin Badaruddin yang mewakili defendan memohon RM50,000 sebagai kos yang perlu dibayar oleh plaintif kepada defendan.

Hakim bagaimanapun membenarkan permohonan peguam Jazimin, Natasha Bashir supaya kos itu dinilai kemudian nanti. Jazimin semasa ditemui pemberita berkata beliau akan berbincang dengan peguamnya untuk menimbang kemungkinan membuat rayuan terhadap keputusan hari ini.
lpdn28http://www.blogger.com/profile/10356181191181975085noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4515264831989601207.post-41027392318132490792011-01-31T19:39:00.001+08:002011-01-31T19:54:45.471+08:00Hadiah BN selepas kemenangan di Tenang: Harga petrol RON97 naik 10 sen seliter !KUALA LUMPUR, 31 Jan — Harga petrol RON97 naik sebanyak 10 sen seliter mulai tengah malam ini, demikian menurut sumber-sumber industri hari ini.

Dengan kenaikan itu bahan api RON97 akan dijual RM2.50 seliter.

Ini kenaikan kali kedua tahun ini. Ia mengalami kenaikan, juga10 sen seliter berkuat kuasa 5 Januari lalu.

Harga RON97 yang diapungkan mengikut pasaran minyak dunia semasa, naik sebanyak 15 sen pada 1 Disember lalu, menjadikan RM2.30 seliter.

“Kenaikan kali ini hanya membabitkan petrol RON97, yang lain-lain kekal tidak berubah,” kata sumber ketika dihubungi The Malaysian Insider.lpdn28http://www.blogger.com/profile/10356181191181975085noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4515264831989601207.post-80184116842663532302011-01-31T19:16:00.001+08:002011-01-31T19:17:39.147+08:00Dr M: Islam Nik Aziz lebih teruk dari Islam nasionalis

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan kepercayaan agama Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat - yang disebutnya sebagai 'Islam Nik Aziz' - lebih teruk daripada 'Islam nasionalis'.

"Sesungguhnya Islam Nik Aziz lebih teruk dari Islam nasionalis," kata Dr Mahathir.

Beliau rela mempertahankan (menteri mentor Singapura) Lee Kuan Yew dengan menganggap cadangan Lee Kuan Yew supaya orang Islam Singapura tidak terlalu kuat berpegang kepada ajaran Islam adalah tidak seburuk dari Islam nasionalis Melayu."

Sehubungan itu, Dr Mahathir berkata, bayangkan sahaja pendekatan Islam bawah pemerintahan Nik Aziz ketika beliau duduk sebaris dengan pemimpin lain dalam Pakatan Rakyat seperti Lim Guan Eng (setiausaha agung), Karpal Singh (pengerusi) dan Lim Kit Siang (penasihat).

"Jika pendapat rakan bukan Islam Nik Aziz menuntut supaya amalan ajaran Islam dilonggarkan, Nik Aziz mungkin bersetuju kerana Islam nasionalis lebih teruk daripada Lee Kuan Yew," sindir Dr Mahathir.

Pada 27 Januari lalu, Utusan Malaysia juga melaporkan Nik Aziz mengeluarkan kenyataan itu dengan membandingkan dengan sikap segelintir orang Melayu di negara ini yang membuang sama sekali Islam dan mengambil pendekatan nasionalisme.

Melayu pecah tiga

Menulis di blognya hari ini, Dr Mahathir berkata, hasil perjuangan nasionalisme Melayulah banyak nilai Islam diterapkan dalam pemerintahan jika dibanding dengan pengamalan di zaman British yang mana ramai pembesar Melayu minum arak, pekerja Melayu minum todi dan ramai yang tidak sembahyang.

"Teruk sangatkah orang nasionalis ini dalam mengamal ajaran Islam?" soal Dr Mahathir lagi.

Beliau juga sebaliknya membidas menteri besar Kelantan itu dan PAS yang hasil terbesarnya didakwa memecahbelahkan orang Islam di negara ini, termasuk melalui penubuhan parti Islam itu sendiri.

Sokongan kepada parti Melayu Semangat 46 suatu masa dulu, juga menyebabkan orang Melayu berpecah menjadi tiga.

"Tidak cukup dengan ini Nik Aziz sanggup bekerja keras dengan DAP untuk menubuh Pakatan. Bahawa dahulu PAS mendakwa kerjasama Umno dengan orang bukan Islam menjadikan mereka kafir dilupakan sahaja kerana ingin menjadikan Pakatan musuh Umnoyang kuat.

"Dengan cara ini Nik Aziz menentukan kali ini perpecahan orang Melayu Islam kepada tiga pasukan yang lemah menjadi kekal," coret Dr Mahathir sambil menambah ajaran bahawa orang Islam itu bersaudara tidak dihiraukan oleh Nik Aziz. - Malaysiakini
lpdn28http://www.blogger.com/profile/10356181191181975085noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4515264831989601207.post-73935120642215481302011-01-31T18:09:00.000+08:002011-01-31T18:09:39.596+08:00Anwar : Bawa Balik Rakyat Malaysia Di Mesir Segera

KUALA LUMPUR 31 JAN : Kerajaan Malaysia digesa untuk merencana membawa balik rakyatnya di Mesir yang kini terdedah kepada situasi merbahaya ekoran protes besar-besaran di negara itu, kata Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Perkembangan ini sewajarnya menyedarkan Kerajaan Malaysia bahawa mereka perlu segera merencana kepulangan rakyat kita dari Mesir.

Adalah tidak munasabah membiarkan rakyat kita terdedah kepada bahaya dan tersepit di celah-celah keributan menuntut Perubahan. Saya menggesa kerajaan segera membawa pulang rakyat kita di sana. Jangan tunggu sehingga nasi menjadi bubur," tegas Anwar dalam satu kenyataan.

Anwar berkata lagi ketegangan di Mesir tidak akan mengendur dalam beberapa ketika ini. Protes menuntut Perubahan disertai puluhan jika tidak ratusan ribu rakyat setiap hari di beberapa kota utama negara tersebut.

Keadaan semakin tidak menentu, keselamatan orang awam tidak lagi terjamin. Lebih membimbangkan adanya laporan bahawa wujudnya kumpulang samseng yang melakukan jenayah sewenang-wenangnya.

"Saya difahamkan rakyat Malaysia yang kini tinggal di Mesir hampir mencecah 11 ribu orang, 10,328 dari jumlah tersebut merupakan pelajar yang mendaftar dengan kedutaan Malaysia di sana. Saya khuatir kedutaan kita menghadapi kesukaran untuk mengawasi serta menjamin keselamatan para pelajar dan rakyat Malaysia," katanya.

Tambah Anwar lagi,beberapa hari ini regim Hosni Mubarak telah mengambil tindakan untuk merencat penggunaan internet terutamanya jaringan media sosial seumpama Facebook dan Twitter. Malah, perkhidmatan telefon mudah alih juga sukar diperolehi.

"Adalah mustahil buat kedutaan Malaysia mengawasi serta menjamin keselamatan seluruh rakyat kita di sana kerana sistem telekomunikasi sudah lumpuh dan tidak lagi berkesan," ujar Anwar lagi.

lpdn28http://www.blogger.com/profile/10356181191181975085noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4515264831989601207.post-4670211276571339382011-01-31T07:11:00.000+08:002011-01-31T07:11:37.697+08:00Cikgu Mala: Terima Kasih Pada Semua

Terima kasih diucapkan kepada semua petugas-petugas, ADUN-ADUN, Ahli Parlimen Pakatan Rakyat, pembaca setia blog ini, pengikut blog ini, blogger-blogger dan media yang membuat liputan dari hari penamaan calon hingga ke hari ini iaitu hari pembuangan undi.

Jasa dan pengorbanan anda semua hanya Tuhan sahaja yang dapat membalasnya. Teruskan berjuang dan berkhidmat untuk Islam demi menegakkan kebenaran dan menghalang kebatilan dari berkuasa di atas muka bumi ini.

Terima kasih juga diucapkan kepada yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam memastikan kemenangan Islam. Disebalik kita mencari kemenangan ada hujan rahmat yang membasahi bumi Tenang sehinggakan seluruh kawasan Tenang telah digenangi air dalam mengharungi banjir. Kehadiran hujan menguji ketabahan petugas-petugas sehinggakan basah kuyup namun tetap tidak berganjak dalam memberikan servis yang terbaik.

Jangan kita berputus asa dalam berusaha sebelum kita mendapat kejayaan dan jika kita berjaya jangan dilupa pengorbanan mereka dibelakang yang banyak memberikan sokongan tidak kira waktu, hari dan perjalanan hidup ini. Kejayaan bukan milik individu sebaliknya milik jamaah yang mantap. Teruskan berjuang untuk Pilihan Raya Kecil di DUN Merlimau N.27 yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Sekian dari kami sekeluarga.

http://cikgunormala.blogspot.com/
lpdn28http://www.blogger.com/profile/10356181191181975085noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4515264831989601207.post-88882958669459920952011-01-30T20:15:00.001+08:002011-01-30T21:02:44.447+08:00Mengapa rakyat Tunisia dan Mesir yang tenang dahulu bangkit? — Nurul Izzah Anwar
30 JAN — Kebangkitan rakyat adalah seperti satu tsunami yang tidak dapat dihalang.

Kebangkitan rakyat adalah menzahirkan jeritan batin akibat “dijajah” di negara sendiri yang sudah melepasi faktor ketakutan kepada kerajaan yang memerintah dengan penggunaan jentera propaganda dan jentera keselamatan berbekalkan gas pemedih mata, meriam air berkimia, peluru getah atau pukulan belantan yang hanya berfungsi untuk menyelamatkan atau mempertahankan kepentingan golongan pemerintah, bukannya rakyat.

Politik ketakutan bertukar menjadi politik harapan untuk demokrasi sebenar dan bukan demokrasi palsu yang menyekat serta memenjara aspirasi dan hak rakyat untuk hidup didalam kemerdekaan.

Oleh itu, mengapa rakyat Tunisia dan Mesir yang Tenang dahulu bangkit?

Mungkinkah kebangkitan ini tidak akan berlaku seandainya kepimpinan Negara tidak korup, tidak zalim serta tidak “membunuh” jiwa dan raga satu atau beratus atau beribu insan biasa di jalanan , di penjara atau di kawasan terpencil?

Mungkinkah kebangkitan ini tidak berlaku sekiranya kekayaan Negara diagih secara adil dan bukan dicuri untuk keluarga dan kroni melalui projek mewah, pembelian harta kerajaan berharga tinggi, monopoli perniagaan, komisyen besar tanpa melibatkan keringat sebaliknya menerusi penswastaan harta rakyat yang merugikan? Mungkinkah kebangkitan ini tidak akan berlaku seandainya wanita pertama menjadi “ibu” kepada semua dan bukan menganak-tirikan serta melarikan jongkongan emas milik rakyat?

Mungkinkah kebangkitan ini tidak akan berlaku sekiranya khazanah Negara mereka digunakan untuk meringankan beban hidup akibat kos yang meningkat dengan tidak memotong subsidi rakyat sedangkan subsidi peniagaan kroni diteruskan?

Mungkinkah kebangkitan ini tidak akan berlaku seandainya golongan elit hidup mewah diluar kemampuan dengan rumah ibarat istana, kenderaan ibarat pendati emas dan perbelanjaan melampau ibarat menghidupkan syurga di dunia yang disaksikan rakyat yang semakin hari dimiskinkan?

Mungkinkah kebangkitan ini tidak akan berlaku sekiranya hak bersuara termasuk kebebasan media sebagai pengimbang kuasa dan saluran suara demokrasi rakyat tidak disekat?

Mungkinkah kebangkitan ini tidak akan berlaku seandainya pemimpin Negara bersedia mendengar keluhan rakyat dan berdebat secara terbuka untuk mencari cara terbaik membangunkan ekonomi Negara untuk kesejahteraan rakyat?

Mungkinkah kebangkitan ini tidak akan berlaku seandainya pengisytiharan darurat seperti yang wujud di Mesir selama 30 tahun telah dimansuhkan?

Mungkinkah kebangkitan ini tidak akan berlaku sekiranya proses pilihanraya tidak dimanipulasikan secara terang-terangan untuk demokrasi palsu melalui penipuan dan sogokan? Mungkinkah kebangkitan ini tidak akan berlaku seandainya Negara kuasa besar ikhlas menggunakan piawaian demokrasi sebenar untuk menilai Negara-negara ini tanpa memberikan subsidi ketenteraan yang sebenarnya digunakan untuk “memerangi” rakyat dan bukan untuk kegunaan pertahanan ancaman luar?

Mungkinkah kebangkitan ini tidak akan berlaku sekiranya Demokrasi mereka dipulihkan?

Rakyat Tunisia dan Mesir sudah tidak takut lagi.

Memang benar kata-kata Thomas Jefferson; bila rakyat takut kepada kerajaan, itu adalah penindasan tetapi sebaliknya apabila kerajaan takut (hormat) rakyat, itu adalah kemerdekaan!

Marilah kita memikirkan apa yang dapat dipelajari daripada peristiwa yang sedang berlaku di Tunisia dan Mesir sebagai pembuka mata dan pembuka hati agar kebangkitan rakyat ini menjadi teladan dan sempadan untuk kita segerakan pemulihan demokrasi Negara dengan tenang dan penuh bijaksana.

Semoga Tunisia dan Mesir kembali Tenang dengan kuasa rakyat dan demokrasi sebenar.

* Nurul Izzah Anwar adalah Ahli Parlimen Lembah Pantai dan naib-presiden PKR.
lpdn28http://www.blogger.com/profile/10356181191181975085noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4515264831989601207.post-69495258548871288922011-01-30T19:30:00.000+08:002011-01-30T19:30:42.151+08:00Tidak rasmi: BN kekalkan kerusi DUN Tenang

LABIS, 30 Jan — Keputusan tidak rasmi menunjukkan Barisan Nasional (BN) berjaya mengekalkan kerusi DUN Tenang. Maklumat diperoleh menerusi Twitter menunjukkan calon BN Azhar Ibrahim memperoleh 6,027 undi manakala calon PAS Normala Sudirman mendapat 2,331 undi. Beberapa pemimpin Pakatan Rakyat (PR) juga menghantar mesej Twitter bahawa calon BN menang pilihan raya kecil hari ini.

“Tahniah BN berjaya memenangi dan mempertahankan DUN Tenang. Selamat bertugas kepada YB Azhar,” kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

MENYUSUL LAGI
lpdn28http://www.blogger.com/profile/10356181191181975085noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4515264831989601207.post-291271143643139172011-01-30T18:30:00.000+08:002011-01-30T18:30:40.234+08:00PRK Dun Tenang: SPR patut tangguh akibat bencana alam
LABIS, 30 Jan – Pakatan Rakyat (Pakatan) berpandangan bencana alam yang menimpa kawasan DUN Tenang yang mengakibatkan beberapa kawasan pembuangan undi dilanda banjir, membolehkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menangguhkan proses pengundian jika keadaan bertambah buruk.

Pengarah Pilihan Raya PAS DUN Tenang, Salahuddin Ayub berkata, keadaan yang kritikal seperti ini membolehkan pihak SPR untuk memikirkan alternatif lain supaya proses pengundian berjalan dengan lebih lancar dan tidak membebankan pengundi di N05 ini.

“Saya rasa mereka harus melihat tuntutan kita itu agak relevan dan kita mempunyai masa sejam lagi untuk melihat secara keselurahan peratus keseluruhan keluar mengundi, saya rasa itu masih lagi boleh kita ajukan kepada mereka,” kata Salahuddin.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof bahawa proses pengundian tidak akan dipanjangkan walaupun dalam keadaan paras air yang semakin meningkat. Beberapa jalan menunju ke pusat pengundian tidak boleh dilalui buat masa ini kerana ditenggelami air.

Antaranya ialah jalan ke Kampung Tenang, Air Panas, Ulu Juaseh, Sawah Baru, Felda Tenang, Kampung Radong dari Pekan Labis, Segamat yang terputus hubungan kerana dinaiki air.

Sementara Jalan Labis-Segamat juga turut ditenggelami air yang mengakibatkan kesukaran kepada kenderaan dan pengundi untuk membuang undi di Ladang Bukit Dato dan SMK Kamarul Ariffin yang dikatakan turut dinaiki air.

“Saya melihat perkara itu dalam konteks yang cukup kritikal yang sepatutnya SPR melihat dari semua peti undi yang diarah mengundi, yang kita lihat pada ketika ini dilanda oleh banjir kilat ini,” tambah Salahuddin lagi.
lpdn28http://www.blogger.com/profile/10356181191181975085noreply@blogger.com0