Tuesday, July 19, 2011


[postlink]http://lpdn28.blogspot.com/2011/07/perang-facebook-ratusan-saja-yang-mahu.html[/postlink]Sementara lebih 200 ribu warga internet yang menekan "suka" (like) kepada page Facebook menuntut Najib Razak meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri; hanya 111 yang menekan "like" di page menuntut agar Najib kekal menerajui tampuk pimpinan negara.


Page bertemakan "100,000 People Request Najib Tun Razak Resignation" mencatat angka 204,691 orang, iaitu sekali ganda lebih daripada matlamat, sejak ditubuhkan pada 11 Julai 2011. Bagaimanapun, page bertemakan "3,000,000 People Want Najib To Stay" hanya meraih sokongan 122 orang, sejak ditubuhkan pada 15 Julai 2011. (6.54pm, 19 Julai 2011)

Sebelum ini, Menteri Besar Pahang Adnan Yaakob mendakwa dirinya mampu mengerah 3 juta orang warga internet untuk mempertahankan pimpinan Perdana Menteri Najib Razak, ketika menyanggah tuntutan di laman sosial Facebook agar Najib Razak berundur. Dua page diwujudkan, dengan lebih 200 ribu yang menyokong "1100,000 People Request Najib Tun Razak Resignation"; dan lebih 16,500 orang yang suka "1,000,000 rakyat mendesak Najib Razak letak jawatan (Rasmi)".


Page sedemikian ditubuhkan selepas perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai 2011, sebagai reaksi terhadap pendekatan kerajaan persekutuan dan polis menyuraikan perhimpunan tersebut. Bukan sahaja Najib Razak, malah Timbalannya Muhyiddin Yassin, Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein, Menteri Kesihatan Liow Tiong Lai dan Ketua Polis Negara Ismail Omar turut berdepan dengan desakan untuk berundur.

Tidak kurang komen yang ditinggalkan di "3,000,000 People Want Najib To Stay" sekadar untuk menyindir Najib, malah ramai yang menyifatkan bilangan yang terlalu sedikit ini sebagai amat "malu" buat seorang PM.

Sumber: Merdeka review

Perang Facebook: Ratusan saja yang mahu Najib dikekalkan

Saturday, July 16, 2011


[postlink]http://lpdn28.blogspot.com/2011/07/najib-demonstrasi-jalanan-bukan-jawapan.html[/postlink]
LONDON, 16 Julai – Datuk Seri Najib Razak berkata demonstrasi jalanan bukan jawapan bagi melahirkan rasa ketidakpuasan hati terhadap kerajaan kerana perbuatan itu boleh menjadi terkawal dan mungkin mengakibatkan kecederaan serta kerosakan harta benda.

“Sekiranya ada pihak yang masih tidak berpuas hati dengan kerajaan, marilah kita selesaikannya apabila tiba pilihan raya dan biar rakyat yang membuat keputusan,” katanya dipetik Bernama Online.

“Kami akan bentangkan kes kami dan pembangkang akan kemukakan kes mereka. Biar rakyat yang menentukannya,” kata Perdana Menteri (gambar) ketika berucap pada perhimpunan rakyat Malaysia di United Kingdom (UK) di sini malam tadi.

Kata Najib: “Kita tidak perlukan semua ini (demonstrasi).”

“Apa yang kita mahu ialah sebuah negara Malaysia yang ditransformasikan, sebuah negara Malaysia yang boleh menjadi kebanggaan dan kesayangan kita,” katanya lagi.

“Kita mahukan sebuah negara yang boleh berdiri sama tinggi dengan negara yang maju sepenuhnya, yang boleh menjadi contoh ketara sebagai sebuah negara maju. Inilah harapan kita untuk Malaysia.

“Kalau pun kami hendak dianggap membuat kesilapan, kesilapan itu semata-mata bertujuan untuk memastikan ketenteraman, keselamatan awam dan keharmonian awam sentiasa terpelihara kerana apabila berlaku sesuatu kesilapan, ia akan merebak dengan amat pantas dan sukar untuk dibayangkan apa yang akan terjadi selepas itu kerana keganasan pasti akan membuahkan keganasan juga,” katanya.

Merujuk kepada beberapa perkara, termasuk pencapaian pembangkang pada pilihan raya umum lepas, Najib berkata itu menunjukkan wujudnya demokrasi di Malaysia.

“Dan pilihan raya di Malaysia diadakan secara bersih. Kalau anda rasa itupun belum memadai, kami akan lakukannya dengan lebih baik lagi – kami akan perkenalkan sistem biometrik, contohnya, untuk memastikan tidak wujud pengundi hantu,” kata beliau.

Najib: Demonstrasi jalanan bukan jawapan, mari selesai masa PRU

Tuesday, March 29, 2011


[postlink]http://lpdn28.blogspot.com/2011/03/rm313635000000000000-duit-kita-dijoli.html[/postlink]Oleh: setisab

Laporan Tahunan Buku The Global Competitiveness Report 2007-2008 (sebuah penerbitan Forum Ekonomi Dunia) telah meletakkan Malaysia berada pada kedudukan ke-21 di dunia dari segi persaingan global. Walau bagaimanapun laporan yang sama meletakkan Malaysia di tempat ke-69 dari segi bebanan hutang, tempat ke-54 dari segi kadar inflasi dan tempat ke-33 bagi prestasi bank.

Fakta-fakta ini menunjukkan tahap pengurusan ekonomi di Malaysia masih lagi lemah jika hendak dibandingkan dengan senarai 131 buah negara. Dengan trend harga barang yang terus meningkat kesan daripada peningkatan harga tol dan minyak tahun demi tahun sudah pasti akan menjejaskan ranking negara Malaysia ke tempat yang lebih buruk. Apa yang lebih membimbangkan adalah, kesan tingginya inflasi ini bakal membebankan rakyat jelata yang rata-rata bukanlah dari golongan yang berada.

Kita boleh melihat betapa bahayanya kesan daripada ketidak-cekapan pengurusan ekonomi boleh membawa kepada peningkatan kes-kes samun, rompak, rasuah, penipuan dan sebagainya. Hal ini demikian kerana rakyat sudah terdesak dan terpaksa melakukan apa saja demi untuk menyambung survival mereka dalam keadaan semua harga barangan dan minyak meningkat.

Kegagalan Besar UMNO/BN Dalam Ekonomi

Gagal mengawal peningkatan harga minyak walaupun Malaysia adalah pengekspot minyak. Dari tahun 2000-2006, harga minyak telah meningkat dari RM1.10/liter (tahun 2000) hingga RM1.92/liter (tahun 2006) iaitu peningkatan sebanyak 75% dalam masa 6 tahun.

Gagal menyekat harga tol yang meningkat tahun demi tahun. Walaupun kerajaan berjanji tiada peningkatan tol pada tahun 2008, tetapi tahun 2009 akan pasti menyaksikan peningkatan harga tol yang seterusnya. Kerajaan membelanjakan lebih 300 juta ringgit wang rakyat setahun untuk membayar konsesi tol.

Gagal menyekat kenaikan harga barangan asas hasil daripada kenaikan harga minyak dan tol. Kenaikan harga barangan ini terpaksa dibayar oleh segenap lapisan rakyat walaupun sebahagian daripada mereka tidak menggunakan jalan bertol terutamanya mereka yang tinggal di kampung-kampung.

Statistik menunjukkan pendapatan isirumah kaum India RM3,215, lebih tinggi daripada purata kebangsaan RM3,022, dan juga kaum bumiputera RM2,522. Ini jelas menunjukkan UMNO tidak bersungguh-sungguh malah telah gagal menaikkan taraf hidup orang Melayu setelah 50 tahun memerintah.

Duit rakyat dihabiskan hasil daripada ketidakcekapan pengurusan ekonomi:

Pengagihan projek yang tidak telus - dikuasai oleh kroni2 Patrick Lim dan Kamaluddin - taman tamadun islam, penang global city center

Pembangunan Koridor Ekonomi dengan angka tidak masuk akal - jumlah RM1 trillion, Dari manakah BN mendapat duit sebanyak itu, sedangkan pembinaan jambatan Pulau Pinang yang kedua yang berharga kurang 3 billion pun terpaksa meminjam wang daripada Negara China.

Hutang Kerajaan Persekutuan terus meningkat dari RM146 billion kepada RM165 billion.

Beberapa Fakta yang perlu diketahui untuk perkongsian:

Bailout Bank Bumiputera sebanyak 4 kali - rugi RM10.4 billion.
Kerugian Perwaja Steel - rugi RM10 billion.
Bailout Indah Water Konsortium (IWK) - rugi RM200 juta.
Bailout Konsortium Perkapalan Berhad - rugi RM1.7 billion.
Hicom (Proton) kerugian sehingga Kerajaan terpaksa menggunakan duit Petronas untuk membeli saham Proton -rugi RM1 billion.
Membeli semula saham MAS daripada Tajuddin Ramli dengan harga RM1 billion lebih dari harga pasaran.
Menggunakan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Danaharta dan Khazanah untuk membeli saham-saham Timedotcom yang tidak laku - rugi RM3.3 billion.
Bailout LRT PUTRA dan STAR - rugi RM6 billion.
Bailout Renong/UEM - rugi RM12 billion.
Pampasan pembatalan Projek Empangan Bakun - rugi RM950 juta.
Hutang tertunggak InventQjaya - rugi RM228 juta
Pampasan Jambatan Bengkok - rugi RM257 juta
Pampasan pembatalan Broga Incinerator - rugi RM500 juta
Kerugian membeli saham Agusta - rugi RM510 juta
Skandal Port Klang Free Zone - rugi RM4.6 bilion
Skandal Offshore Petrol Vehicle (PSC-NDSB) - rugi RM6.75 bilion
Blok L dan M - RM 380 billion
Sime Darby - RM 1.6 billion
Pos Malaysia - RM 546 juta
Felda - RM 8 Billion"

RM3,136,350,000,000,000.00 duit kita dijoli olih pemimpin Umno/BN

Tuesday, February 15, 2011


[postlink]http://lpdn28.blogspot.com/2011/02/hosni-mubarak-letak-jawatan.html[/postlink]
2011211142622742371_21

Salam semua!


Berita baik di pagi Sabtu .Berita baik terutama untuk saudara2 di Mesir. Ya, Hosni yang dah tak Mubarak lagi telah letak jawatan. Akhirnya Hosni Murtabak Mubarak meletakkan jawatan setelah 18 hari (more or less) pelbagai rusuhan dan demo dilakukan di Mesir .


Hosni Mubarak letak jawatan

Saturday, February 5, 2011


[postlink]http://lpdn28.blogspot.com/2011/02/pelajar-cerita-detik-cemas-ketika.html[/postlink]

SHAH ALAM 5 FEB: Perkembangan terkini di Mesir menyaksikan kumpulan pelajar Malaysia berjaya dibawa keluar dari Kaherah, Mesir ke sini telahpun dihantar pulang ke tanah air secara berperingkat-peringkat bermula kelmarin.

Pegawai operasi bilik gerakan Pertubuhan Sukarela Briged Amal Selangor Ustaz Mohd Firdaus Misnan berkata sebanyak dua penerbangan akan dilakukan setiap hari bermula Khamis lalu sehinggalah kesemua pelajar Selangor yang berada disana dibawa pulang.

"Penerbangan yang pertama pada hari Jumaat, semalam 4 Februari, jumlah pelajarnya 37 orang, bertolak 7.50 malam waktu Mesir kemudian tiba di Jeddah pada pukul 11.10 malam waktu Mesir, kemudian penerbangan kedua, jumlah pelajar 125 orang bertolak pada pukul 3.50 pagi waktu Mesir dan baru tiba pada pukul 6 pagi waktu Mesir," katanya.

Setakat ini, kerajaan negeri Selangor dengan kerjasama Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) juga Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah berjaya membawa keluar lebih 200 pelajar ke Jeddah dan hari ini merupakan hari terakhir membawa keluar pelajar-pelajar ini dari Mesir.

Sementara itu, Tv Selangor berjaya menghubungi Kamarudin Ismail, salah seorang pelajar Malaysia yang berada disana sempat berkongsikan pengalamannya ketika mengharungi saat genting di Mesir sebelum dikeluarkan ke Jeddah.

"Keadaan masih terkawal cumanya masa peringkat mula-mula rusuhan itu berlaku hari Jumaat , rumah saya pada hari Sabtu tu di masuki perompak tetapi dia menyamar sebagai polis, dia ada dua orang jadi kami pun akurlah kerana dia kata nak buat spot-check , jadi macam-macam yang dia minta, dia check semua barang, dia geledah satu rumah, dia minta duit , nak hand phone, lepas tu dia minta VISA.

"Kita ingat dia nak VISA passport rupa-rupanya dia nak VISA card," jelasnya.

Pihak berkuasa yang sepatutnya mengawasi keadaan juga tidak lagi berfungsi dan menjejaskan keselamatan pelajar.

"Kami cuba nak hubungi polis tapi waktu tu polis mula dah takde. Akhirnya kami berjaya keluar dari rumah dan dikejar. Waktu itu, dia (perompak) pegang sahabat saya dan dia keluarkan pisau dan saya hampir ditikam ketika itu," ceritanya lanjut.

Tambahnya, pelajar-pelajar ini juga menghadapi kesukaran untuk ke lapangan terbang kerana dihalang oleh penunjuk-penunjuk perasaan pro kerajaan.

" Semalam dalam perjalanan untuk ke airport dalam pukul 10 pagi kami, kami ditahan oleh sekumpulan penyokong-penyokong Hosni Mubarak kerana tempat yang kami tinggal ialah tempat kelahiran Hosni Mubarak," katanya.

Ketika dihubungi tadi, Kamarudin masih berada di Lapangan Terbang Cairo dan masih menunggu sebelum dapat berlepas ke Jeddah. Juga difahamkan lapan lagi pelajar Selangor terkandas sebelum dapat dibawa ke Kaherah.

Pelajar Cerita Detik Cemas Ketika Meninggalkan Mesir


[postlink]http://lpdn28.blogspot.com/2011/02/ketua-ulama-umno-kelantan-mahu-debat.html[/postlink]
KOTA BARU, 5 Feb — Pengerusi Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran Umno Kelantan Prof Mohd Noor Deris akan menghantar surat untuk mengadakan debat dengan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Mohd Noor berkata beliau gembira dengan reaksi positif Nik Aziz yang mahu mengadakan dialog dengan mana-mana pihak dan ianya merupakan peluang kepadanya untuk menghuraikan pandangannya kepada Menteri Besar Kelantan itu.

“Saya akan hantar surat dalam beberapa hari lagi untuk mengadakan debat dengan Nik Aziz. Saya mahukan debat itu diadakan hanya antara saya dan dia saja tiada pihak lain di tempat awam. Kini Cabaran saya sudah disahut,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Nik Aziz semalam bahawa beliau bersetuju untuk bersemuka serta berdialog dengan semua pihak termasuk Majlis Fatwa Kebangsaan jika tidak berpuas hati terhadap kenyataannya dalam usaha menjernihkan isu berbangkit yang dianggap kontroversi.

Isu berkenaan berbangkit apabila Nik Aziz mengeluarkan kenyataan mengelirukan umat Islam ketika berkempen pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang baru-baru ini, dengan mengatakan mereka yang tidak menyokong PAS ialah jahiliah.

Berikutan tindakan Nik Aziz itu, Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran Umno Kelantan meminta Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Raja-Raja mengkaji kenyataan Nik Aziz itu yang didakwa merosakkan akidah serta memecahbelahkan perpaduan umat Islam di negara ini. — Bernama

Ketua ulama Umno Kelantan mahu debat hanya dengan Nik Aziz


[postlink]http://lpdn28.blogspot.com/2011/02/sekatan-halal-dan-himpunan-haram.html[/postlink]
Suatu refleksi berkenaan hak untuk berhimpun dengan aman dan tanpa senjata dan penafian hak ini oleh pihak berkuasa.

Apabila saya mendengar bahawa akan diadakan demonstrasi, saya dengan serta merta dapat menggambarkan apa yang akan berlaku. Demonstrasi itu tidak akan mempunyai permit polis. Polis akan memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak menghadiri protes tersebut. Polis akan membuat sekatan jalanraya untuk menghalang pemprotes daripada turun memprotes. FRU akan dipanggil. Meriam air dan gas pemedih mata akan digunakan ke atas pemprotes. Kemudian, tangkapan akan dibuat.

Apa yang berlaku adalah seperti yang dijangkakan.

Ada yang mempersoalkan mengapa protes tersebut harus dilangsungkan. Menurut mereka, tujuan protes itu diadakan tidak mempunyai merit.

Bagi saya, tujuan sesuatu protes, demonstrasi atau perhimpunan itu tidak penting dan tidak relevan. Apa yang saya pentingkan adalah hak untuk berbuat demikian. Kebebasan asasi untuk berhimpun dengan aman dan tanpa senjata.

Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan memperuntukan bahawa semua rakyat Malaysia mempunyai hak untuk berhimpun dengan aman dan tanpa senjata. Ini selaras dengan Pengisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR) yang memperuntukan bahawa setiap orang mempunyai hak untuk berhimpun dengan aman dan untuk berpersatuan.

Hak untuk berhimpun dengan aman adalah hak asasi yang dijamin Perlembagaan dan juga merupakan suatu kebebasan politik dan sivil. Menurut Lord Denning, hakim Inggeris yang terkenal, setiap individu harus dibenarkan untuk melaksanakan hak ini tanpa halangan. Ini kerana perhimpunan aman selalunya merupakan cara tunggal untuk mengetengahkan rungutan atau bantahan kepada perhatian pihak berkuasa.

Perlembagaan Persekutuan tidak membezakan di antara tujuan atau merit mana-mana perhimpunan awam. Seseorang itu mempunyai hak untuk berhimpun samada ianya untuk mendesak pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), menyeru kebebesan badan kehakiman, mendukung apa yang sering dikatakan sebagai ‘hak Melayu’ ataupun untuk membantah ketidakteraturan yang kononnya berlaku di dalam pemilihan dalaman sebuah parti politik. Kita tidak mempunyai hak untuk menentukan perkara mana yang boleh diprotes dan yang mana tidak. Tetapi inilah pendirian yang diambil oleh pihak berkuasa, bagi mereka demonstrasi terhadap serangan Israel ke atas kapal Mavi Marmara adalah halal tetapi perarakan untuk menyampaikan memorandum isu air di Selangor pula adalah haram.

Benar, hak berhimpun ini bukanlah mutlak. Hak ini wujud selagi perhimpunan itu aman. Perkara 10(2)(b) Perlembagaan Persekutuan juga memperuntukan bahawa Parlimen boleh mengenakan "apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau suai manfaat demi kepentingan keselamatan Persektuan atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam".

Ini bermaksud Parlimen boleh menggubal undang-undang yang menyekat hak berhimpun bagi kepentingan keselamatan negara atau ketenteraman awam. Sekatan terhadap hak ini di atas apa-apa tujuan lain adalah tidak berpelembagaan.

Apa-apa perbincangan mengenai hak berhimpun di dalam negara ini sudah tentu akan melibatkan persoalan mengenai Seksyen 27 Akta Polis, yang menyatakan bahawa apa-apa perhimpunan, perjumpaan atau perarakan di tempat awam harus terlebih dahulu mendapat permit daripada Ketua Polis Daerah (OCPD) daerah tersebut. Sekiranya permit tidak diperolehi, perhimpunan tersebut dianggap haram.

Pendirian Majlis Peguam adalah bahawa keperluan mendapat permit untuk berhimpun adalah tidak berperlembagaan. Saya tidak berniat untuk menyelami isu ini dengan terperinci dan memberi hujahan undang-undang yang panjang lebar. Cukuplah sekiranya saya menyatakan bahawa Mahkamah telah memutuskan bahawa apa-apa sekatan yang dikenakan ke atas hak individu untuk haruslah berpatutan dan bersekadar (proportionate) terhadap matlamat sah yang mahu dicapai. Keperluan mendapat permit polis ini terlebih dahulu meletakkan sekatan ke atas hak seseorang warganegara untuk berhimpun berdasarkan kepada budibicara OCPD. Ini adalah sekatan yang tidak berpatutan atau larangan langsung ke atas hak yang dijamin oleh Perlembagaan serta merupakan langkah yang tidak bersekadar bagi melindungi keselamatan negara dan ketenteraman awam.

Hak untuk berhimpun ini tidak boleh disekat oleh pihak berkuasa hanya kerana ia akan menyebabkan kesusahan. Ada yang mengatakan bahawa demonstrasi jalanan menyebabkan kesesakan trafik dan menghalang hak warganegara lain untuk menjalani kehidupan seharian mereka. Walaupun begitu, apa-apa campurtangan pihak berkuasa untuk tujuan ini tidak mempunyai justifikasi mengikut Perlembagaan. Apatah lagi apabila kesesakan trafik seringkali adalah disebabkan oleh sekatan jalan raya yang didirikan oleh pihak polis bagi menghalang perhimpunan daripada berlangsung dan bukannya disebabkan oleh perhimpunan itu sendiri. Sekiranya pemprotes dibenarkan untuk berhimpun atau berarak dengan pihak polis memantau keadaan bagi memastikan ianya aman, sudah tentu ia akan seleasai dengan cepat dan tanpa insiden.

Ya, sudah tentu ada jalan-jalan yang akan ditutup disebabkan oleh demonstrasi tersebut. Tetapi jalan-jalan ditutup tiap-tiap hari atas pelbagai alasan. Kuala Lumpur adalah bandar yang dinamik dan bertenaga, pasti ada sahaja acara yang dilangsungkan yang mewajibkan penutupan jalan. Perarakan Maulidur Rasul dan Thaipusam juga menyebabkan kesulitan kepada orang rami, adakah ini bermakna kedua-dua perarakan tersebut harus diharamkan?

Read more at: http://www.loyarburok.com/the-system/bolehland/sekatan-halal-dan-himpunan-haram/

Sekatan Halal dan Himpunan Haram

Thursday, February 3, 2011


[postlink]http://lpdn28.blogspot.com/2011/02/yemen-pula-gelora-20000-sertai-hari.html[/postlink]
Presiden Yemen Ali Abdullah Saleh berucap di Parlimen semalam menawarkan untuk berundur pada 2013 tetapi terus dibantah oleh pembangkang. – Foto Reuters
SANAA, 3 Feb — Lebih 20,000 rakyat Yemen membanjiri jalan-jalan utama di ibu negara Sanaa hari ini – menamakan himpunan sebagai “hari berang” sambil menuntut perubahan segera dalam kerajaan dan menganggap tawaran Presiden Ali Abdullah Saleh semalam untuk berundur pada 2013 tidak cukup.
Protes di kawasan-kawasan lain di Yemen juga dijangkakan selepas ini – mirip perkembangan di negara utara Afrika, Mesir.

Ali Abdullah juga seperti Presiden Mesir Hosni Mubarak memerintah negara itu lebih tiga dekad. Hosni berhadapan dengan protes aman, berlarutan sejak 10 hari lalu tetapi bertukar menjadi ganas semalam dan mengorbankan lima orang.

Penyokong-penyokong Ali Abdullah memandu di sekitar ibu negara sambil menggunakan pembesar suara menggesa kumpulan prokerajaan agar turun untuk berhadapan dengan puak berdemonstrasi – suasana yang disaksikan di Mesir sejak semalam.

Bagaimanapun sejak awal pagi tadi, penunjuk perasaan antikerajaan Yemen sudah pun berhimpun dalam jumlah yang besar sejak protes tercetus di negara Semenanjung Arab itu dua minggu lalu – tindakan yang turut didorong oleh protes politik Tunisia.

“Rakyat mahukan perubahan rejim,” laung penunjuk perasaan yang berhimpun di luar Universiti Sanaa di sini.

“Tiada rasuah, tidak kepada pemerintahan diktator,” kata penunjuk-penunjuk perasaan dipetik laporan msnbc hari ini.

Melihat pada pemberontakan yang semakin membara di dunia Arab, Ali Abdullah semalam berkata, beliau akan berundur apabila mandat kepimpinannya berakhir dalam dua tahun lagi. Beliau juga berjanji anaknya tidak akan mengambil alih jawatan daripada beliau kelak.

“Tiada lanjutan kuasa, tidak diwarisi, tidak akan mengubah kedudukan jam,” kata beliau.

Jurucakap pembangkang Mohammed al-Sabri bagaimanapun telah menolak untuk berunding dengan Ali Abdullah sambil melahirkan kesangsian mengenai tawaran presiden itu.

Mohammed berkata Ali Abdullah pernah membuat janji yang sama pada 2006 tetapi gagal untuk memenuhinya dan bertanding semula. Ali Abdullah memerintah Yemen sejak 32 tahun lalu. Ia dilihat sebagai protes terbesar di Yemen, satu lagi negara rakan Amerika Syarikat dalam memerangi rangkaian Al-Qaeda.

Wael Mansour, jurucakap penganjur demonstrasi berkata hari ini, rakyat Yemen tidak berpuas hati dengan pengakuan dibuat oleh presiden mereka semalam.

“Hari ini akan ada tekanan yang lebih besar, segar ke atas Presiden Ali Abdullah, yang perlu adakan lebih banyak kompromi dengan pembangkang,” katanya.

Bagaimanapun beliau tidak menjelaskan kemungkinan kompromi yang dimaksudkan. Yemen merupakan negara paling miskin di dunia Arab dan menjadi syurga rangkaian Al-Qaeda. Hampir separuh penduduk Yemen tinggal di bawah garis kemiskinan dengan pendapatan RM6 (AS$2) sehari.

Yemen pula gelora, 20,000 sertai ‘hari berang’ di ibu Negara

 

Bottom 1

Bottom 2

Bottom 3