Showing posts with label Altantuya. Show all posts
Showing posts with label Altantuya. Show all posts

Thursday, July 22, 2010


[postlink]http://lpdn28.blogspot.com/2010/07/najib-razak-mungkin-dipanggil-perancis.html[/postlink]
SHAH ALAM 22 Julai - Americk Sidhu, peguam kepada bekas penyiasat persendirian, P Balasubramaniam tidak menolak kemungkinan mana-mana individu, termasuk tokoh politik dari Malaysia boleh dipanggil oleh pihak pendakwaraya Perancis bagi membantu siasatan berhubung skandal rasuah yang membabitkan urus niaga pembelian dua kapal selam Scorpene oleh kerajaan Malaysia.

Beliau menegaskan ini termasuk penasihat politik Perdana Menteri, Abdul Razak Baginda malah Datuk Seri Najib Razak sendiri.

"Ada kemungkinan, tetapi itu terpulang kepada pihak terbabit di Malaysia untuk memilih sama ada ingin pergi atau tidak, mahu bekerjasa atau sebaliknya. Tetapi bagi Balasubramaniam, beliau bersedia untuk tampil dan bekerjasama bagi membantu proses siasatan tersebut. Pihak pendakwa di Perancis tidak boleh memaksa untuk membantu siasatan," kata Americk kepada Suara Keadilan.

Walau bagaimanapun imej Malaysia akan buruk dan tercalar pada mata masyarakat dunia, sekiranya kerajaan Malaysia menolak permintaan Perancis untuk bekerjasama membantu menyelesaikan kes tersebut yang kini telah menjadi isu antarabangsa yang besar.

Ketika ditanya mengenai sikap yang diambil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang pada mulanya menunjukkan kesungguhan untuk menemuramah Bala di London tetapi kemudiannya pada saat ahkir membatalkan sesi tersebut, Americk berkata beliau kecewa atas kegagalan SPRM untuk mengotakan janji mereka.

"Kita telah mengambil masa yang agak lama untuk menyusun pertemuan tersebut. Kerana ini adalah peluang kepada SPRM untuk melakukan siasatan secara menyeluruh terhadap laporan yang dibuat oleh Bala," kata Americk.

Beliau memaklumkan SPRM kemudiannya menghantar kira-kira 50 soalan melalui perkhidmatan penghantaran 'courier' yang telah pun dijawab oleh Bala dalam bentuk affidavit.

Dokumen jawapan tersebut yang ditandatangani oleh Balasubramaniam telah di bawa ke Kuala Lumpur oleh peguamnya, Manjeet Singh Dhillon dan diserahkan kepada SPRM di Putrajaya petang ini.

Berhubung keterangan Bala yang diberikan kepada pihak pendakwaraya Perancis di Paris 12 Julai lalu, Americk berkata Bala ditemani oleh Manjeet.

"Beliau telah menjawab semua soalan oleh pegawai penyiasat di sana dan Bala juga turut mendedahkan kepada media Perancis.

Americk menjelaskan liputan berita berkenaan kes penyiasatan skandal Scorpene tidak mendapat liputan luas media di negara ini tetapi menjadi perhatian ramai di luar negara dengan penerbitan beberapa artikel dan penulisan analisis.

Beliau berkata media arus perdana di negara ini yang dikawal oleh kerajaan tidak akan menyebut langsung tentang perkara tersebut.

"Memang ramai yang ingin tahu tentang perjalanan kes ini, tentang isu pembunuhan (Altantuya) dan pembelian kapal selam. Apa yang kita harapkan ialah portal dan blog-blog yang bebas seperti Malaysia Today untuk kemukakan kepada rakyat, dan menceritakan apa yang sebenarnya berlaku kepada Balasubramaniam, selain dari isu-isu berkaitan," kata beliau lagi.

Dalam pada itu, Americk tidak menolak kemungkinan bahawa kejadian kehilangan komputer riba milik Manjeet di rumahnya Isnin lalu ada kaitan dengan kes yang sedang berjalan di mahkamah Perancis.
Baginya adalah tidak logik bagi pencuri yang memasuki rumah, dan hanya untuk mengambil komputer tersebut, sedangkan terdapat banyak lagi barang berharga lain termasuk barang kemas di dalam rumah tersebut.

"Manjeet berpendapat bahawa orang itu (pencuri) memang hendak cari komputer riba sahaja. Ini merupakan kejadian kedua (pecah rumah) selepas kita membuat rakaman audio-visual di Singapura. Sebelum itu, rumah Manjeet turut dibaling dengan molotov cocktail (bom api). Jadi ada perasaan takut untuk dia (Manjeet) membawa pulang keluarganya ke Malaysia," kata Americk.

suara keadilan

Najib, Razak Mungkin Dipanggil Perancis Beri Keterangan

Tuesday, July 20, 2010


[postlink]http://lpdn28.blogspot.com/2010/07/rumah-peguam-kes-pi-bala-dipecah-masuk.html[/postlink]KUALA LUMPUR. 19 Julai — Rumah salah seorang peguam detektif persendirian P Balasubramaniam di sini, yang kini menjadi saksi penting kes rasuah berkaitan pembunuhan wanita Mongolia, telah dipecah masuk oleh pihak tertentu.

Peguam Manjeet Singh Dhillon berkata sasaran kejadian itu ialah komputer riba.

“Saya baru sahaja dimaklumkan bahawa rumah saya di Kuala Lumpur telah dipecah masuk dan sasaran utama dan diambil ialah komputer riba.

“Saya sedang pulang dari London untuk menghadapi kes ini,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Beliau sepatutnya berada di sini bersama afidavit Balasubramaniam, yang menjawab 52 soalan SPRM, untuk diserahkan kepada agensi itu. Ini merupakan kali kedua rumahnya menjadi sasaran. Kali pertama ialah selepas Balasubramaniam ditemu bual di Singapura dan ia disebarkan oleh media tempatan.

“Dan, kini selepas (Balasubramaniam) temu bual di London dan Paris rumah saya dipecah masuk.

“Bagaimanapun barang-barang lain di bilik yang sama termasuk barang kemas tidak disentuh,” katanya.

Katanya, beliau percaya mereka bertindak demikian kerana ada kepentingan dalam kes yang sedang diuruskannya.

“Saya akan membuat laporan kemudian,” tambah beliau.

Rumah peguam kes PI Bala dipecah masuk..

Thursday, July 15, 2010


[postlink]http://lpdn28.blogspot.com/2010/07/pendakwaraya-perancis-berjanji-tegakkan.html[/postlink]
SHAH ALAM 15 Julai - Roh Altantuya Shaariibuu mungkin kembali tenang apabila pihak pendakwaraya Perancis yang menyoalsiasat bekas penyiasat persendirian, P Balasubramaniam di Paris semalam berjanji akan menegakkan keadilan bagi model Mongolia yang mati dibunuh secara kejam pada 2006 itu.

Pihak pendakwaraya Perancis juga berikrar akan membongkar habisan semua dakwaan penyelewengan dan rasuah dalam urus niaga pembelian kapal selam Scorpene yang dibeli kerajaan Malaysia.

Dalam emel yang dihantar kepada Suara Keadilan malam tadi melalui peguam Americk Sidhu, Bala berkata beliau telah memberi keterangan kepada pihak polis dan peguam Perancis berhubung skandal rasuah Scorpene serta mendedahkan hubung kait Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, penasihat politik beliau, Abdul Razak Baginda serta model Mongolia, Altantuya Shaariibuu dalam urus niaga pembelian dua kapal selam buatan syarikat konglomerat DCN milik kerajaan Perancis.

Bala disoalsiasat berseorangan selama tiga jam bermula pukul 2.00 petang waktu Paris bertempat di Direction Centrale de la Police Judiciare DNIF, Nanterre, Paris oleh penyiasat Perancis, M Ryckewaert. Peguam Manjeet Singh tidak dibenarkan bersama Bala ketika anak guamnya ditemubual pendakwaraya Perancis.

Bala memberitahu Suara Keadilan melalui emel malam tadi pihak pendakwaraya Perancis amat berminat untuk mendapatkan maklumat terperinci mengenai hubungan beliau dengan Altantuya dan Abdul Razak.

"Saya telah menerangkan segala butiran mengenai pembunuhan Altantuya. Saya merujuk mereka kepada akuan bersumpah saya yang pertama dan juga temubual saya di Singapura. Saya juga menerangkan kepada mereka identiti dua anggota polis dan siapa pegawai atasan mereka yang berkait dengan kehilangan Altantuya serta apa hubungan mereka dengan Abdul Razak dan Najib.

"Peguam Perancis juga menyelidiki hubungan Abdul Razak dengan Najib serta maklumat yang diberikan kepada saya oleh Abdul Razak bagaimana Najib telah menghantar SMS kepadanya ketika beliau ditabgkap, atas tuduhan bersubahat membunuh Altantuya," terang Bala dalam emel beliau.

Beliau juga ditanya mengenai Perimekar Sdn Bhd dari segi pemilikan syarikat dan hubungannya dengan Abdul Razak dan isterinya.

Bala juga telah menerangkan mengenai tiga pembayaran sebanyak AS$5,000 setiap satu kepada Altantuya oleh Abdul Razak termasuk bayaran denda lewat AS$1,000.

"Saya jelaskan mengenai apartmen yang dibeli oleh Abdul Razak untuk Altantuya serta bayaran AS$500,000 yang dituntut oleh beliau. Juga saya terangkan pembabitan Altantuya dalam rundingan serta pengakuan dan pengesahan Abdul Razak bahawa beliau akan membayar wang tersebut kepada Altantuya.

"Mereka bertanya kepada saya mengenai identiti dua individu warga Perancis yang terlibat dalam urusan Scorpene dan samada saya mempunyai maklumat berhubung pembayaran daripada pihak Perancis kepada Perimekar. Ini kerana maklumat yang diberitahu Altantuya kepada saya ialah pembayaran AS$500,000 kepada beliau itu adalah di atas kejayaan urus niaga Scorpene.

"Mereka juga ingin tahu mengenai sepupu Altantuya, Amy yang mengetahui berkenaan majlis makan malam di mana Najib dan Abdul Razak hadir bersama Altantuya," jelas beliau lagi.

"Saya juga ditanya mengenai identiti dua individu bernama Major Rahim dan Abdul Rahim Saad," kata Bala lagi.

Disamping itu Bala juga menerangkan mengenai peranan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang berpakat dengan usahawan perniagaan permaidani bernama Deepak Jaikishan yang menyebabkan beliau terpaksa lari dari Malaysia.

Beliau juga memberi rentetan peristiwa dan pembabitan adik Najib, Datuk Nazim dalam akuan bersumpah kedua Bala dan bagaimana beliau diseludup keluar dari Malaysia dan diarah berada di luar negara sehingga Najib menjadi Perdana Menteri.

"Saya diminta memberi butiran mengenai apa yang berlaku di sebuah gerai di Rawang di mana Deepak, adiknya Dinesh dan ASP Suresh bertemu dengan saya.

Bala berkata beliau juga bertemu dengan peguam Perancis, Joseph Breham yang bertindak bagi pihak badan has asasi Malaysia, Suaram.

suara keadilan

Pendakwaraya Perancis Berjanji Tegakkan Keadilan Untuk Altantuya, Bongkar Skandal Scorpene Habisan


[postlink]http://lpdn28.blogspot.com/2010/07/peguam-afidavit-pi-bala-diserah-sprm.html[/postlink]

KUALA LUMPUR, 15 Julai — Afidavit detektif persendirian P. Balasubramaniam yang mengandungi respons kepada 52 soalan berhubung maklumat terbaru kes pembunuhan model wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu akan diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) minggu depan.

“Jawapan sudah disediakan... (seorang lagi peguam Balasubramaniam) Manjeet akan membawanya ke Kuala Lumpur minggu depan,” kata peguam Balasubramaniam, Americk Sidhu ketika dihubungi The Malaysian Insider melalui emel hari ini.

Ketika ditanya sama ada ia akan diserahkan kepada SPRM minggu depan, Americk berkata:

“Ya, kenyataan akan diserahkan (kepada SPRM) minggu depan dan, tidak, tiada apa-apa lagi yang perlu dilakukan oleh Bala selepas ini.”

The Malaysian Insider difahamkan sebelum ini SPRM memberikan tempoh kira-kira sebulan kepada Balasubramaniam untuk menjawab jawapan secara bertulis.

Difahamkan soalan-soalan itu berkaitan dengan elemen rasuah berhubung kes pembunuhan Altantuya dan akan membolehkan SPRM melengkapkan siasatan mereka berhubung aduan dibuat Ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar Mohd Akin ekoran pendedahan Balasubramaniam menerusi temu bualnnya di Singapura akhir tahun lalu.

Americk menerima soalan daripada SPRM menerusi kurier di hotel penginapannya di London awal minggu lalu.

Balasubramaniam awalnya mahu mengadakan pertemuan bersemuka dengan pegawai-pegawai kanan SPRM di London pada 5 Julai tetapi rancangan itu dibatalkan oleh suruhanjaya tersebut kira-kira enam hari sebelum itu.

Minggu lalu, Americk berkata, Balasubramaniam akan menjawab soalan-soalan yang dikemukakan itu menerusi afidavit.

Tindakan mengambil keterangan secara akuan bersumpah atau afidavit itu diperuntukkan di bawah Seksyen 30(1)(c) Akta SPRM 2010.

SPRM membatalkan rancangannya untuk bertemu Balasubramaniam di London atas alasan implikasi undang-undang terhadap proses merakamkan percakapan saksi di luar negara.

Pada Mei lepas SPRM menyatakan kesediaan mengambil keterangan penyiasat persendirian, selepas dia bersetuju berbuat demikian.

Peguam: Afidavit PI Bala diserah SPRM minggu depan

Wednesday, July 14, 2010


[postlink]http://lpdn28.blogspot.com/2010/07/3-jam-bala-diambil-keterangan-polis.html[/postlink]

"Najib" dan "Rosmah Mansor" antara nama yang disebut oleh polis Perancis, dalam masa lebih daripada tiga jam ketika mengambil keterangan daripada penyiasat persendirian, Balasubramaniam a/l Perumal. Malah, nama-nama seperti Abdul Razak Baginda, Deepak Dinesh, ASP Suresh dan beberapa nama baru yang belum dikenalpasti turut disebut sepanjang proses ini, menurut sumber maklumat.

Balasubramaniam ialah saksi penting dalam perbicaraan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu, tiba di Direction Centrale de la Police (DNIF), Nanterre Prefecture pada pada jam 2.30 petang (waktu Perancis) Isnin lalu, ditemani peguamnya, Manjeet Singh Dhillon.

Menurut sumber maklumat, polis Perancis sendiri mengungkit nama Perdana Menteri Najib Razak (gambar kiri, kanan) dan isteri beliau, Rosmah Mansor (gambar kiri, kiri) ketika mengambil keterangan Balasubramaniam. Malah, nama tertuduh ketiga dalam perbicaraan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu, Abdul Razak Baginda; dan Deepak Dinesh (peniaga permaidani yang dituduh mengatur perjalanan Bala ketika melarikan diri) juga disebut sepanjang keterangan Bala diambil.

Dalam satu laporan eksklusif MerdekaReview pada 10 Julai 2010, Balasubramaniam  yang melarikan diri ke London telah menerima panggilan rasmi daripada polis Perancis untuk memberi keterangan berhubung kes pengambilan komisen dalam urus-niaga pembelian kapal selam oleh Malaysia daripada Perancis.

Selain itu, sumber maklumat juga memberitahu MerdekaReview, Balasubramaniam telah bertemu dengan peguam SUARAM (Suara Rakyat Malaysia) di Perancis, Joseph Breham untuk dua jam, semalam. Beliau kini sedang merangka satu kenyataan untuk diedarkan pada hari esok, kata sumber maklumat itu.

3 Jam Bala diambil keterangan Polis Perancis sebut nama Najib-Rosmah

Thursday, July 8, 2010


[postlink]http://lpdn28.blogspot.com/2010/07/kes-altantuya-razak-jadi-kambing-hitam.html[/postlink]
LONDON, 7 Julai – Detektif persendirian P. Balasubramaniam yang kini berada di sini, hari ini melontarkan kejutan dengan menegaskan, bekas pelanggannya Abdul Razak Baginda tidak terlibat dalam pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shariibuu, kes yang menggemparkan banyak pihak empat tahun lalu.

Meskipun Abdul Razak, antara lingkungan yang rapat dengan Datuk Seri Najib Razak sehingga 2006, telah dibebaskan oleh mahkamah dua tahun lalu, tetapi ramai yang masih berpandangan sebaliknya.

“Setahu lagi, Razak merupakan kambing hitam. Dia tiada sebarang kaitan dengan pembunuhan itu,” kata Balasubramaniam (gambar) di sini hari ini.

Balasubramaniam yang tinggal di India sejak mengeluarkan dua akaun bersumpah berhubung pembunuhan itu berkata tiada sebab bagi Abdul Razak mendapatkan khidmatnya pada 19 Okt 2006 sehingga 26 Okt 2006 jika mengetahui bahawa Altantuya akan dibunuh pada malam itu.

“Ya, dia membiayai dia (Altantuya) dan dia mempunyai hubungan dengan dia, tetapi setahu saya, dia tidak bersalah. Sebenarnya perakuan saya telah menyelamatkan dia,” kata beliau.

Balasubramaniam mengeluarkan dua akaun bersumpah awal Julai 2008.

Pada 5 Julai 2008, Najib telah menafikan sebarang pembabitan berhubung tindakan penyiasat persendirian itu menarik balik akuan bersumpah yang mengaitkan beliau dengan Altantuya.

Dalam akuan bersumpah yang diumumkan, Balasubramaniam mendakwa dia diberitahu bahawa Najib mengadakan hubungan seks dengan Altantuya dan turut memperkenalkan wanita itu kepada Abdul Razak, yang merupakan penganalisis politik.

Bagaimanapun, dalam akuan bersumpah kedua yang dibuatnya semalam, penyiasat persendirian itu berkata akuan bersumpahnya sebelum ini tidak tepat dan benar.

Pada sidang media hari ini, Balasubramaniam dan peguam-peguamnya melahirkan kekecewaan kerana Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membatalkan rancangan untuk menemui detektif persendirian itu memandangkan mereka berhasrat sangat untuk mendedahkan konspirasi berangkai yang kelihatan memfokus terhadap Najib.

“Apa yang kami hasratkan ialah, jika SPRM datang, merupakan peluang untuk Bala mengetengahkan siri kejadian yang wujud dalam lingkungan konspirasi di peringkat paling tinggi untuk menjauhkan sebarang rujukan terhadap Najib,” kata peguamnya Manjeet Singh Dhillon.

“Mengapa mereka melepaskan peluang emas ini? Kerana ia bahaya kepada mereka yang memegang kuasa,” kata seorang lagi peguam Americk Sidhu.

Kedua-dua peguam itu menekankan bahawa mereka tidak pernah mengatakan yang Balasubramaniam tidak akan hadir di mahkamah, melainkan individu yang betul dibicarakan.

Oleh itu alasan yang diberikan oleh SPRM atas nasihat Peguam Negara bahawa keterangan di luar negara tidak sah merupakan sesuatu yang tidak dapat diterima sama sekali.

“Tiada dalam teori atau amalan, anda membuat keputusan terlebih awal. Anda menghimpunkan kesemua maklumat dan menyiasat dan kemudian memutuskan saksi,” kata Manjeet.

Balasubramaniam juga mengesahkan, beliau akan memberi keterangan di Paris Isnin ini kepada pihak berkuasa Perancis yang menyiasat kemungkinan amalan bercanggah dengan perundangan dalam soal membayar komisen dalam urusan pembelian kapal selam Scorpene oleh kerajaan Malaysia.

Altantuya dipercayai terlibat dalam urusan ini sebagai penterjemah yang mana dia menuntut bayaran AS$500,000 bagi khidmatnya.

Balasubramaniam menambah, walaupun dia dibayar RM750,000 oleh Deepak Jaikrishnan, seorang pengedar permaidani yang mempunyai hubungan dengan isteri Najib Datin Seri Rosmah Mansor, dia masih mampu hidup di India dengan dana dimiliknya.

“Saya dari selatan India. Bapa saya tinggalkan saya dan dua anak perempuannya dengan hartanah selepas dia meninggal dunia. Saya menyara diri saya,” kata Balasubramaniam dengan menafikan dakwaan bahawa dia dibiayai oleh pemimpin-pemimpin pakatan Rakyat.

Abdul Razak dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi daripada tuduhan bersubahat membunuh Altantuya.

Bagaimanapun, dua anggota polis daripada Unit Tindakan Khas, Cif Inspektor Azilah Hadri, 32, dan Koperal Sirul Azhar Umar, 36, dikenakan hukuman gantung sampai mati.

Abdul Razak, pengarah eksekutif Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia, pula dituduh bersubahat dengan mereka di Wilayah Persekutuan antara 9.54 pagi 18 Okt dan 9.45 malam 19 Okt tahun 2006.

Malaysian Insider

Kes Altantuya: Razak jadi kambing hitam, kata Bala

Thursday, June 10, 2010


[postlink]http://lpdn28.blogspot.com/2010/06/hishammuddin-terkedu-jawab-rekod.html[/postlink]
Menteri Dalam Negeri terkedu apabila Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali mendesak Datuk Seri Hishammuddin Hussein memberi penjelasan bagaimana rekod perjalanan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu yang mati dibunuh dengan kejam pada 2006 telah di padam dari rekod Jabatan Imigresen.

Apatah lagi keadaan menjadi lebih gawat kepada Hishammuddin apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga sepupu beliau ketika itu berada di dalam Dewan Rakyat pada hari pertama sidang Penggal Kedua Parlimen Keduabelas.

Azmin berkata soalan beliau dan penjelasan Menteri amat penting kerana ia melibatkan soal jenayah dan juga faktor keselamatan.

"Saya mengambil kesempatan untuk bertanya kepada Hishammuddin tentang tanggungjawab Jabatan Imigresen untuk memantau pergerakan keluar masuk warga asing ke negara ini.

"Hishamuddin menjawab bahawa Jabatan Imigresen bertanggungjawab dalam memantau pergerakan berdasarkan aspek keselamatan dan ancaman kepada negara. Berdasarkan kepada jawapan yang diberikan itu sudah tentulah Jabatan Imigresen memerlukan satu pengkalan data bagi memastikan segala maklumat warga asing akan disimpan dengan baik, agar menyenangkan untuk mengambil sesuatu tindakan.

"Pada masa yang sama saya inginkan penjelasan dari kementerian apakah bidang kuasa Jabatan Imigresen untuk memadamkan dan menghilangkan rekod perjalanan warga negara asing khususnya Altantuya.

"Sekiranya rekod ini dipadamkan siapakan yang bertanggungjawab dan apakah tindakan yang telah diambil oleh kerajaan supaya perkara ini tidak berulang lagi.

"Kita melihat tindakkan memadam rekod pergerakkan warga asing adalah satu jenayah yang besar dan perlu diambil serius. Perkara ini perlu diatasi bukannya membiarkan begitu sahaja," jelas beliau kepada Suara Keadilan di lobi parlimen semalam.

Azmin juga merasa dukacita dengan tindakan Hishammuddin kerana cuba mengelak memberi jawapan kepada soalan beliau sehingga jawapan yang diberikan terdapat percanggahan.

"Saya dukacita dengan kenyataan yang diberikan oleh Hishammuddin terhadap soalan tersebut, beliau cuba untuk mengelak memberi jawapan. Saya dapat melihat dengan jelas beliau cuba mendapat isyarat dari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang kebetulan berada di dalam Dewan.

"Kenapa perlu tunggu isyarat dari Najib dan apa kaitannya dengan Najib, bukankah itu adalah tanggungjawab Jabatan Imigresen yang di bawah Kementerian Dalam Negeri. Reaksinya jelas tidak mahu memberi jawapan dan akhirnya beliau memberitahu jawapan telah diberikan sebelum ini.

"Bagi saya tidak ada sebarang jawapan yang diberikan oleh kementerian terbabit berhubung rekod warga Mongolia yang telah dipadamkan itu. Tindakan kementerian yang cuba mengelakan dan membuat penafian ini jelas menimbulkan pertanyaan apa yang sebenarnya berlaku.

"Kita perlukan jawapan yang jelas dari kementerian, beliau bukan selalu ada di Dewan jadi kesempatan inilah yang sepatut digunakan untuk memberi penjelasan bukan membuat penafian. Kita tahu kehadiran Altantuya di Malaysia tetapi kenapa rekod perjalannya memasuki Malaysia telah dipadamkan, kementerian perlu berani berhadapan dengan situasi sedemikian," tegas Azmin lagi. -GB

Hishammuddin Terkedu Jawab Rekod Imigresen Altantuya Dipadamkan Di Hadapan Najib

Thursday, May 20, 2010


[postlink]http://lpdn28.blogspot.com/2010/05/kes-altantuya-bala-sedia-temu-sprm.html[/postlink]

KUALA LUMPUR, 20 Mei — Penyiasat persendirian P. Balasubramaniam yang dianggap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai saksi utama dalam siasatan baru berkaitan pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu, menyatakan kesediaan untuk bertemu agensi itu di London Julai ini.

Meskipun SPRM dikatakan belum memberikan sebarang maklum balas selepas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz kira-kira sebulan lalu, penyiasat persendirian itu sedia menemui SPRM dalam dua bulan lagi.

Sebelum ini Balasubramaniam (gambar) menolak syarat SPRM agar keterangannya diambil di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura.

“Ingin dimaklumkan bahawa Bala mahu interviu (sesi ambil keterangan) dijalankan di London sekitar bulan Julai ini,” kata peguamnya Americk Sidhu dalam satu kenyataan media.

Justeru, peguam itu menambah, Balasubramaniam juga mahukan kos penerbangan dan penginapan hotel bagi diri dia dan penguam-peguamnya dibayar balik oleh SPRM, dengan elaun makanan dan sara diri yang dibayar disediakan lebih awal

Selain itu kata Americk, pihaknya mahu sesi keterangan itu dirakamkan dan satu salinan video dibekalkan kepada Balasubramaniam.

Balasubramaniam juga harus dibekalkan satu salinan setiap dokumen yang dia akan diminta menandatangani, kata Americk lagi.

“Ini adalah satu permintaan yang munasabah,” katanya.

Americk memberitahu, syarat-syarat yang dikenakan ini tidak jauh berbeza daripada permintaan yang pernah dibuat sebelum ini.

Oleh itu katanya, pengesahan awal di pihak SPRM akan membantu memudahkan proses menyediakan kemudahan perjalanan dan penginapan.

“Kami mengharapkan respons segera SPRM agar isu yang berpanjangan ini boleh diselesaikan dengan segera,” katanya.

Awal bulan lalu Nazri berkata beberapa saksi telah diambil keterangan selepas pendedahan terbaru Balasubramaniam akhir 2009.

Akhir tahun lalu, Balasubramaniam yang mengejutkan ramai dengan membuat dua surat akuan bersumpah tetapi meninggalkan negara sejak itu menyatakan kesediaan untuk mememui SPRM.

Bagaimanapun pada Februari lalu, Balasubrmaniam menolak syarat SPRM agar dia diambil keterangan di kedutaan Malaysia di Singapura.

Selain itu SPRM juga mahu mengklasifikasikan segala koresponden mereka sebagai “rahsia” di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Syarat itu juga ditolak, kata peguam Balasubramaniam sebelum ini.

Balasubramaniam berada di luar negara sejak lebih setahun lalu selepas membuat akuan bersumpah kedua mengenai kes wanita Mongolia itu yang dibunuh pada 2006.

Akuan bersumpah kedua Balasubramaniam menafikan akuan bersumpah pertama yang dibuatnya sehari sebelum itu.

Pada 4 Dis lalu, Ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar Mohd Akin membuat laporan dan menyerahkan rakaman temu ramah Balasubramaniam berhubung pembabitan adik Perdana Menteri dalam isu pertukaran akuan sumpahnya mengenai hubungan Altantuya dengan Datuk Seri Najib Razak kepada SPRM.

Balasubramaniam membuat pengakuan itu dalam satu wawancara dengan tiga peguam terkenal di Singapura tahun lalu.

Selepas portal-portal tempatan menyiarkan temu bual itu, beberapa pemimpin atasan Pemuda Pakatan Rakyat menyerahkan laporan kepada SPRM dengan menamakan Datuk Mohamed Nazim Razak dan seorang peniaga permaidani Deepak Jaikishan sebagai dua individu utama yang perlu disiasat.

Deepak juga didakwa kenalan rapat Datin Seri Rosmah Mansor.

Kes Altantuya: Bala sedia temu SPRM Julai ini

Thursday, May 6, 2010


[postlink]http://lpdn28.blogspot.com/2010/05/selamat-hari-jadi-ke-32-altantuya.html[/postlink]

SHAH ALAM 6 Mei - Pada 7 November 2006 cebisan mayat seorang wanita Mongolia berusia 28 tahun bernama Altantuya Shaariibuu ditemui bertaburan berhampiran Empangan Tasik Subang di Hutan Simpan Puncak Alam, Shah Alam, Selangor.

Mayat beliau dijumpai 17 hari selepas dibunuh dengan kejam oleh dua anggota Unit Tindakan Khas dengan menggunakan bahan letupan C4. Sekiranya beliau masih hidup Altantuya akan genap 32 tahun usianya hari ini tetapi takdir mengatasi segalanya.

Beliau dilahirkan pada 6 Mei 1978 kepada pasangan Dr Shaariibuu Setev, seorang profesor psikologi dan isterinya Altentsetseg Sanjaa. Altantuya tinggal dan dibesarkan di St Petersburg, Rusia sehingga berusia 12 tahun dan mendapat pendidikan di Beijing, China. Beliau menguasai bahasa Inggeris, Rusia, Mandarin dan Mongolia.

Altantuya bekerja sebagai guru siswazah dan penterjemah dan jurubahasa di Ulaan Bator. Altantuya Shariibuu juga bekerja dengan beberapa agensi pelancongan dan sebagai model sambilan.

Daripada maklumat yang diperolehi berdasarkan dokumen yang didakwa diperolehi daripada polis Malaysia saat-saat akhir kematian Altantuya adalah amat menyayat hati .

Altantuya ditembak di sebelah pipi kiri dan kemudian pakaiannya ditanggalkan dan kemudian mayatnya dibungkus dalam beg plastik hitam.

Lebih kejam, Altantuya dikatakan ditembak sekali lagi apabila tangannya dilihat masih bergerak.
Malah ada keterangan yang mengatakan beliau ditembak ketika merayu untuk tidak dibunuh kerana dirinya mengandung.

Kematian beliau akan dianggap sebagai biasa sekiranya takdir tidak mengaitkan beliau dengan beberapa individu berpengaruh di Malaysia termasuk dakwaan pembabitan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan penasihat politik Abdul Razak Baginda.

Pembunuhan Altantuya secara amat tidak berperikemanusiaan telah mendedahkan skandal jenayah dan rasuah terbesar dalam sejarah Malaysia yang didakwa melibatkan sehingga peringkat pimpinan tertinggi negara.

Kedua-dua anggota UTK yang dituduh membunuh Altantuya telah didapati bersalah serta dijatuhkan hukuman mati oleh mahkamah dan kini menunggu proses rayuan.

Tetapi kesan yang lebih besar daripada kematian tragis Altantuya ialah terbongkarnya skandal rasuah yang membabitkan pemberian komisyen berjumlah 114 juta euro kepada syarikat yang dikaitkan dengan Abdul Razak berkaitan pembelian kapal selam Scorpene.

Atas usaha gigih badan memperjuangkan hak asasi, Suaram skandal rasuah Scorpene ini sedang disiasat oleh pihak pendakwaraya Perancis.

Skandal Scorpene tidak lagi boleh ditutup pihak berkuasa Malaysia walaupun mereka berusaha keras untuk menyakinkan rakyat bahawa tidak ada sebarang salahlaku rasuah.

Ia sudah menjadi isu antarabangsa yang bakal mendedah serta menelanjangkan segala keburukan dan penyelewengan pemimpin yang rakus kuasa dan tamak haloba.

Mungkin akhirnya kematian Altantuya tidak menjadi sia-sia dan rohnya akan bersemadi dalam aman dan tenteram sekiranya kes rasuah Scorpene mampu membawa mereka yang terbabit ke muka pengadilan.
Hanya masa akan menentukan.

Selamat Hari Jadi Altantuya!

Selamat Hari Jadi Ke 32 Altantuya !

Sunday, May 2, 2010


[postlink]http://lpdn28.blogspot.com/2010/05/siasatan-mahkamah-perancis-skandal.html[/postlink]
Pakatan Rakyat memuji Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) kerana memulakan aduan rasuah di Mahkamah Perancis berhubung urus niaga bernilai RM 4.7 bilion di antara Kerajaan Malaysisa dan DCN, konglomerat senjata terbesar Perancis. Urus niaga ini melibatkan Razak Baginda, yang dikenali sebagai penasihat kepada Perdana Menteri Najib Razak sehinggalah berlakunya pembunuhan penterjemah Mongolia, Altantuya Shariibuu di Malaysia.

Sistem keadilan Malaysia, secara khususnya SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) gagal mengenal pasti isu-isu rasuah yang kini sedang dibawa SUARAM ke dalam sistem perundangan Perancis. Amat mengaibkan, rakyat Malaysia terpaksa pergi ke Perancis untuk mendapatkan penjelasan dan ketelusan terhadap rasuah yang membazirkan berbilion ringgit duit orang ramai.

Namun demikian, ia bukan hanya tentang kegagalan SPRM.

Pembunuhan Altantuya juga masih belum diselesaikan. Seluruh negara tahu bahawa dua orang anggota polis yang disabitkan kesalahan, Azilah Hadri dan Sirul Azhar hanyalah perkakas yang digunakan untuk membunuh Altantuya. Ibarat telah ada alat sepucuk pistol tetapi siapa yang menarik picu melepaskan peluru? Kesemua lembaga-lembaga negara kita - polis, Jabatan Peguam Negara dan Kehakiman telah gagal, secara sengaja atau akibat kecuaian untuk memberikan jawapan kepada soalan mustahak ini.

Beberapa soalan penting yang masib belum berjawab berkaitan dengan urus niaga kapal selam dan pembunuhan sensasi:

Apakah peranan Perdana Menteri Najib Razak dalam urus niaga kapal selam tersebut, hubungan dengan penasihatnya Razak Baginda yang membuat keuntungan luar biasa daripada urusniaga itu dan penglibatannya dalam pembunuhan Altantuya Shariibuu?

Apakah yang dimaksudkan dengan meminta bantuan yang dibuat Razak Baginda kepada Musa Safri, Ketua Pengawal Najib pada malam 19 Oktober 2006 melalui telefon selepas Sirul dan Azilah sampai dengan seorang anggota polis wanita, Lans Koperal Rohainaza serta membawa pergi Altantuya dari hadapan rumah Razak di Bukit Damansara dan tidak ditemukan lagi selepas itu? Siapa yang mengarahkan anggota polis terbabit ke sana?

Apakah yang dibuat pegawai khas Najib Tun Razak selama 20 tahun, Nasir Safar memandu kereta Proton merah yang muncul di hadapan rumah Razak, beberapa ketika sebelum anggota polis tersebut muncul dan membawa Altantuya pergi?

Apakah Nazim Razak menawarkan sejumlah wang yang besar kepada penyiasat persendirian Balasubramaniam (gambar kiri) dan juga mengancam keluarganya apabila dia bertemu Bala pada malam 3 Julai 2008 selepas Bala mengeluarkan pengakuan bersumpahnya yang pertama?

Apa pula penglibatan Deepak Jaikishan yang dikenal rapat dengan Rosmah Mansor dalam pembuatan akuan bersumpahnya yang kedua, serta peranannya dalam mengaturkan pertemuan di antara Nazim Razak dan Bala?

Bagaimana dengan kewujudan gambar yang diperkatakan Burmaa OyunChinmeg, sepupu Altantuya, yang menunjukkan Najib, Razak dan Altantuya makan malam bersama di sebuah restoran di Paris? Kenapa Arnaud Dubus, wartawan Perancis, berkata bahawa bapa Altantuya memberikan gambar tersebut kepada bekas Konsul Kehormat Kedutaan Mongolia di Malaysia, Syed Abdul Rahman Alhabshi dari Wisma Putra Malaysia. Abdul Rahman kemudiannya memberikan gambar tersebut kepada pihak polis yang akhirnya hilang selepas itu.

Kenapa syarikat yang baru ditubuhkan Razak Baginda, Perimekar terlibat dalam urus niaga kapal selam ini memandangkan ianya tidak memiliki keupayaan, kemampuan kewangan atau kepakaran untuk mendokong pemberian kontrak tersebut?

Mengapa kerajaan tidak berurusniaga secara langsung dengan konglomerat senjata Perancis tersebut?

Siapa yang memberi arahan untuk membunuh kerana dua orang pengawal tersebut tidak mempunyai motif untuk membunuh Altantuya?

Kenapa penyiasat persendirian Balasubramaniam yang membuat perakuan bersumpah dan dakwaan lainnya terhadap penglibatan Najib dan para pegawainya (Musa Safri dan Nasir Safar) lari dari Malaysia? Apakah yang perlu dilakukan bagi menjamin keselamatan Bala untuk ikut terlibat dalam penyiasatan ini?

Mengapakah pembantu Najib, Musa Safri dan Nasir Safar tidak dipanggil untuk memberi keterangan dalam perbicaraan?

Pakatan Rakyat amat menyokong penyiasatan ini dibuat atas kepentingan keadilan serta ketelusan. Pakatan Rakyat juga mendesak kerajaan dan institusi-institusi negara yang berkenaan untuk memberikan kerjasama sepenuhnya serta jujur dalam penyiasatan ini.

*Kenyataan media daripada Pakatan Rakyat.

Siasatan Mahkamah Perancis: Skandal Pembelian Kapal Selam

 

Bottom 1

Bottom 2

Bottom 3