Friday, November 19, 2010


Zaid Tubuh Parti Baru



[postlink]https://lpdn28.blogspot.com/2010/11/zaid-tubuh-parti-baru.html[/postlink]
SHAH ALAM, 19 Nov - Seperti yang dijangka, Bekas Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan , Datuk Zaid Ibrahim akan menubuhkan parti baru yang beliau dakwa akan lebih demokratik.

Bagaimanapun Zaid memperlihatkan hasratnya untuk terus “bermain politik” apabila enggan keluar daripada PKR sehingga 16 Disember tanpa memberi sebarang alasan yang munasabah.

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam meramalkan Zaid akan menubuhkan parti baru, malah parti itu akan mendapat kelulusan segera daripada Pendaftar Pertubuhan sebagaimana yang berlaku dengan Perkasa dan pertubuhan lain yang seiring dengan politik Umno.

Dalam sidang akhbar di kediaman beliau hari ini, Zaid terus menyerang dan mempersendakan pimpinan PKR serta menggambarkan dirinya mangsa dalam parti.

Namun Zaid tidak pula merujuk kepada dakwaan dan tuduhan yang dilemparkan oleh beliau dan konco-konconya terhadap Anwar dan kepimpinan PKR termasuk serangan-serangan peribadi sebelum dan semasa pemilihan parti.

Zaid juga tidak merujuk kepada tindakan PKR sebelum ini melantiknya sebagai anggota Biro Politik, Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan dan calon untuk pilihanraya kecil Hulu Selangor.

Zaid meningkatkan kecaman terhadap kepimpinan parti apabila semakin jauh ketinggalan dalam saingan untuk menjadi Timbalan Presiden Parti.

Beliau menggunakan portal Free Malaysia Today dan media arus perdana termasuk Utusan Malaysia untuk menghentam kepimpinan PKR yang hanya berpeluang menjawab tuduhan-tuduhan itu secara terhad menerusi media alternatif .

Zaid seterusnya menggunakan beberapa aduan dan rungutan mengenai sistem pemilihan parti sebagai alasan untuk menarik keluar daripada pertandingan. Beliau mendakwa kononnya pimpinan PKR tidak memberi perhatian kepada aduan-aduannya.

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution menjelaskan enam daripada tujuh saranan Zaid untuk memperbaiki sistem pemilihan digunapakai dan tuduhan bekas ketua bahagian Umnio itu tidak berasas.

Zaid mendakwa parti baru yang bakal ditubuhkannya tidak akan mempunyai banyak kerenah dan akan bertanding pada pilihanraya umum akan datang. - TVS News

0 comments:

Post a Comment

 

Bottom 1

Bottom 2

Bottom 3