Monday, January 31, 2011


Hadiah BN selepas kemenangan di Tenang: Harga petrol RON97 naik 10 sen seliter !



[postlink]https://lpdn28.blogspot.com/2011/01/hadiah-selepas-kemenangan-bn-di-tenang.html[/postlink]KUALA LUMPUR, 31 Jan — Harga petrol RON97 naik sebanyak 10 sen seliter mulai tengah malam ini, demikian menurut sumber-sumber industri hari ini.

Dengan kenaikan itu bahan api RON97 akan dijual RM2.50 seliter.

Ini kenaikan kali kedua tahun ini. Ia mengalami kenaikan, juga10 sen seliter berkuat kuasa 5 Januari lalu.

Harga RON97 yang diapungkan mengikut pasaran minyak dunia semasa, naik sebanyak 15 sen pada 1 Disember lalu, menjadikan RM2.30 seliter.

“Kenaikan kali ini hanya membabitkan petrol RON97, yang lain-lain kekal tidak berubah,” kata sumber ketika dihubungi The Malaysian Insider.

0 comments:

Post a Comment

 

Bottom 1

Bottom 2

Bottom 3