Monday, January 24, 2011


Salam Ikhlas vs Salam 1 Malaysia?



[postlink]https://lpdn28.blogspot.com/2011/01/salam-ikhlas-vs-salam-1-malaysia.html[/postlink]
TENANG, 24 Jan : Keperibadian seorang muslimah jelas terbayang di wajah calon PAS Normala Sudirman setelah diistiharkan sebagai calon dalam pilihanraya kecil Dun Tenang apabila terus menghulurkan tangan ke arah suaminya untuk memohon restu meneruskan perjuangan parti.


Tindakan spontan ini menggambarkan Islam sentiasa di hadapan, biarpun di mana kita berada, tanda penghormatan kepada yang sewajarnya harus didahulukan.

Normala Sudirman,38 merupakan seorang bekas pendidik dan Ketua Muslimat PAS Labis telah dipilih oleh PAS Johor untuk menggalas amanah parti dan rakyat Johor.

Sementara itu, calon BN Mohd Azahar Ibrahim yang diumumkan sebagai calon untuk mempertahankan kerusi BN Dun Tenang, tergamam seketika apabila isterinya hanya menoleh tanpa menghulurkan tangan untuk bersalaman sehingga Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan terpaksa mengarahkan isterinya berlakon menghulurkan tangan bersalaman dengan beliau.


Inilah yang dikatakan Islam amalan Umno yang sentiasa mendahului orang lain termasuklah dalam hal berjabat tangan. Mungkinkah isteri Mohd Azahar akan cepat menghulurkan tangannya untuk bersalam sekiranya Najib yang ada di situ?

Beginikah hasilnya gagasan salam 1 Malaysia yang gah dilaung-laung oleh parti pemerintah sebagai akhlak di dalam Islam?

0 comments:

Post a Comment

 

Bottom 1

Bottom 2

Bottom 3