Saturday, February 5, 2011


Ketua ulama Umno Kelantan mahu debat hanya dengan Nik Aziz



[postlink]https://lpdn28.blogspot.com/2011/02/ketua-ulama-umno-kelantan-mahu-debat.html[/postlink]
KOTA BARU, 5 Feb — Pengerusi Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran Umno Kelantan Prof Mohd Noor Deris akan menghantar surat untuk mengadakan debat dengan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Mohd Noor berkata beliau gembira dengan reaksi positif Nik Aziz yang mahu mengadakan dialog dengan mana-mana pihak dan ianya merupakan peluang kepadanya untuk menghuraikan pandangannya kepada Menteri Besar Kelantan itu.

“Saya akan hantar surat dalam beberapa hari lagi untuk mengadakan debat dengan Nik Aziz. Saya mahukan debat itu diadakan hanya antara saya dan dia saja tiada pihak lain di tempat awam. Kini Cabaran saya sudah disahut,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Nik Aziz semalam bahawa beliau bersetuju untuk bersemuka serta berdialog dengan semua pihak termasuk Majlis Fatwa Kebangsaan jika tidak berpuas hati terhadap kenyataannya dalam usaha menjernihkan isu berbangkit yang dianggap kontroversi.

Isu berkenaan berbangkit apabila Nik Aziz mengeluarkan kenyataan mengelirukan umat Islam ketika berkempen pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang baru-baru ini, dengan mengatakan mereka yang tidak menyokong PAS ialah jahiliah.

Berikutan tindakan Nik Aziz itu, Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran Umno Kelantan meminta Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Raja-Raja mengkaji kenyataan Nik Aziz itu yang didakwa merosakkan akidah serta memecahbelahkan perpaduan umat Islam di negara ini. — Bernama

0 comments:

Post a Comment

 

Bottom 1

Bottom 2

Bottom 3