Friday, June 19, 2009


Konsep Kerajaan Perpaduan



[postlink]http://lpdn28.blogspot.com/2009/06/konsep-kerajaan-perpaduan.html[/postlink]KUALA TERENGGANU, 19 Jun – Ketua Dewan Ulama’ PAS Pusat, Dato’ Ustaz Harun Taib telah memberikan perpektif, konsep kerajaan perpaduan yang sebagaimana dikemukakan oleh Presiden PAS Dato’ Seri Abdul Hadi Awang.

Pesuruhjaya PAS Terengganu itu berkata, konsep kerajaan perpaduan itu mestilah dilihat urutan satu persatu bermula dengan tema ucapan dasar Muktamar PAS baru-baru ini, “Islam Memimpin Perubahan”.

Katanya, Negara Malaysia mestilah berubah dan PAS mahu perubahan itu mesti dipimpin oleh Islam.

"Kalau perubahan kerajaan dipandu oleh Islam, perubahan SPR dipandu oleh islam, perubahan kehakiman dipandu oleh Islam,”

"sekarang ini yang mendepani kerja-kerja dan perjuangan Islam adalah PAS, jadi PAS yang akan memimpin sebuah kerajaan perpaduan, ini satu lontaran," tambah beliau.

Berita Penuh di Laman Parti Islam SeMalaysia (PAS) http://www.pas.org.my

0 comments:

Post a Comment

 

Bottom 1

Bottom 2

Bottom 3