Thursday, July 30, 2009


H1N1: Wanita 20 tahun kematian keempat



[postlink]http://lpdn28.blogspot.com/2009/07/h1n1-wanita-20-tahun-kematian-keempat.html[/postlink]Posted By:KP

PUTRAJAYA – Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Ismail Merican menggesa orang ramai segera mendapatkan rawatan di hospital atau klinik berhampiran sekiranya mengalami penyakit demam berlarutan, batuk dan sakit dada.

Ini berikutan kes kematian seorang wanita rakyat Malaysia berusia 20 tahun yang merupakan mangsa keempat meninggal dunia akibat Influenza A (H1N1) pagi semalam di Hospital Melaka.:

Difahamkan mangsa gagal mendapatkan rawatan segera oleh pihak hospital.

Menurutnya, wanita yang meninggal dunia itu telah mula demam, sakit tekak dan batuk sejak 16 Julai lalu, bagaimanapun dia hanya pergi mendapat rawatan selepas sakit selama 11 hari di Hospital Melaka pada 26 Julai.:

Selepas pemeriksaan dibuat didapati wanita itu mempunyai simptom penyakit H1N1.

“Saya berasa sangat sedih di atas berita kematian tersebut. Saya dimaklumkan ahli keluarga terbabit telah menasihatinya supaya pergi mendapatkan rawatan, tetapi wanita berkenaan merasakan penyakitnya itu adalah demam biasa,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri mesyuarat jawatankuasa teknikal mengenai pandemik H1N1 semalam.:

Dalam mesyuarat tersebut, terdapat beberapa perkara utama dibincangkan antaranya semua pengamal perubatan sama ada di hospital atau klinik termasuk swasta hendaklah mengambil berat terhadap pesakit yang mempunyai kes-kes pneumonia yang disebabkan virus H1N1.

“H1N1 sangat mudah dijangkiti dan berisiko tinggi kepada individu mempunyai tubuh badan yang gemuk," katanya.

0 comments:

Post a Comment

 

Bottom 1

Bottom 2

Bottom 3