Malaysia Negara Rasuah
[postlink]http://lpdn28.blogspot.com/2009/07/malaysia-negara-rasuah.html[/postlink]533 kertas siasatan kes rasuah dibuka tahun ini, Selayaknya Malaysia sudah boleh diiktiraf sebagai Negara Rasuah.
KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuka sebanyak 533 kertas siasatan berhubung kes rasuah di seluruh negara sejak Januari sehingga 30 Jun tahun ini.
:Pengarah Siasatan SPRM Datuk Mohd Shukri Abdull berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 254 kertas siasatan yang dibuka telah dikemukan kepada bahagian pendakwaan SPRM untuk tindakan mahkamah.
:Daripada 254 kertas siasatan itu, sebanyak 104 kertas siasatan membabitkan kes lama dan baru telah dituduh di mahkamah manakala 14 kertas siasatan membabitkan kes terbaru juga telah dihadapkan ke mahkamah, katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat Panel Penilaian Operasi di sini, semalam.
:Beliau berkata, terdapat dua kertas siasatan berhubung kes lama yang telah ditutup terpaksa dibuka semula selepas Panel Penilaian Operasi merasakan kes tersebut perlu diteliti atas sebab-sebab tertentu.
:“Panel berpendapat, dua kes itu ada keterangan-keterangan lain yang boleh kita rujuk untuk meneruskan kes itu,” katanya yang enggan mengulas lanjut berhubung dua kes yang dimaksudkan itu.
:Mohd Shukri berkata, tujuh orang dilantik panel bebas itu yang ditubuhkan Januari lalu untuk mewakili orang awam bagi memaklumkan keputusan kes-kes yang dibuat SPRM.
:“Mereka ini akan menerangkan kepada orang awam kenapa kes-kes ini ditutup dan apa sebabnya, terutama melibatkan kes-kes yang tidak dituduh di mahkamah,” katanya.
:Beliau berkata, pihaknya hanya menerima maklumat dan siasatan akan dijalankan ke atas setiap maklumat yang diterima selepas berpendapat ada asas-asas tertentu. - Bernama

0 comments:
Post a Comment