Najib Takut Debat Dengan TGNA
[postlink]http://lpdn28.blogspot.com/2009/07/najib-takut-debat-dengan-tgna.html[/postlink]KOTA BHARU – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, akan menghantar surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mengajak beliau mengadakan debat secara terbuka untuk menyelesaikan kemelut politik yang berlaku antara Pas dan UMNO.
Nik Aziz berkata, surat yang dirangka khusus untuk Najib itu dibuat bagi menyelesaikan kemelut politik yang berlaku di antara kedua-dua parti.
Beliau berkata, langkah itu adalah sebagai reaksi terhadap laporan polis yang dibuat dua hari lalu oleh Pergerakan Pemuda UMNO negeri berhubung kenyataan beliau dalam satu ceramah politik pada 21 Jun lalu, yang didakwa berbaur hasutan dan boleh mencetuskan ketegangan.
“Saya nak minta beliau (Najib) berdebat dengan saya bulat-bulat secara terbuka. Tidak secara sulit kerana perkara ini telah terbuka kepada umum. Tak habis-habis sejak tahun 1951.
“Saya cuma nak tahu kenapa UMNO tolak Islam. Kenapa UMNO lawan Pas sedangkan Pas ini guna Islam. Debat secara terbuka antara beliau sebagai pemimpin Islam dengan Najib yang dianggapnya pemimpin sekular,” katanya.

2 comments:
Bekeng tehhh, tu yang najib takut tuh...
sobeng bekeng ngat tok guru....kekgi ameno keparat wat isu lok kang...
Post a Comment