Spencer Wall-Pakai Tudung, Walaupun Tidak Islam
[postlink]http://lpdn28.blogspot.com/2009/07/spencer-wall-pakai-tudung-walaupun.html[/postlink]Copy Paste By: KP
SPENCER Wall, seorang wanita Amerika Syarikat (AS) berusia 20 tahun
asal West Texas, tergolong unik dan luar biasa di tengah masyarakat
Majoriti bukan Islam. Dia yang beragama Kristian, tetapi sejak akhir April
lalu telah memutuskan untuk memakai pakaian Muslimah,
bertudung lengkap selama satu tahun ini. Apa tujuannya?
Wall mengatakan dia bukan ber'eksperimen' tetapi belajar dari
pengalaman. Dia nak rasa bagaimana menjadi golongan minoriti seperti
komuniti Muslim, yang selalu dipandang sebelah mata dan dicurigai di negaranya,
walaupun dia bukan mewakili komuniti tersebut. "Saya bukan ingin mewakili
Muslimah atau komuniti Muslim.. Saya hanya ingin tahu bagaimana rasanya
menjadi seperti mereka.. sebentar saja ..." ujar Wall.
Perubahan penampilan Wall tentu sahaja mengundang banyak tanya
dari teman-teman dan orang-orang sekeliling. Wall memang mengalami hal-hal
yang tidak diharapkannya sejak memakai tudung dan pakaian Muslimah. Orang kerap memandang Wall dengan curiga, tidak mahu bercakap dengannya dan sering
dicemuh. Bahkan pernah ada pengunjung di restoran tempatnya bekerja,
menolak dilayani Wall. Tetapi seperti kebanyakan Muslimah di AS yang kerap
menerima kelaku seperti itu, Wall tidak ambil peduli dan tetap terus melangkah.
Pertanyaan yang kerap diterima ialah, asal dari mana? Kerana orang-orang
Amerika masih melihat warga Muslim sebagai imigran atau pendatang.
Mulanya Wall menjelaskan, 'ingin belajar dari pengalaman..' Tapi lama-lama, dia
pun bosan juga, dan jawab pendek,"Saya bukan Muslim, tetapi saya pakai tudung
kerana sukakanya!" Meski demikian, Wall mengakui jawapan itu tidak
sepenuhnya benar, kerana jauh di dalam hatinya ia merasa tidak boleh keluar
rumah tanpa berpakaian Muslimah. "Saya pernah cuba tak pakai tudung
sehari saja, tetapi tak boleh..." Kini bukan hanya dalam berpakaian, Wall juga mengikuti kebiasaan bagaimana sepatutnya sikap seorang Muslimah. Ia menolak hubungan bebas terutama dengan lelaki. Pernah di toko pakaian, Wall meminta pelayan toko
itu menutupi ruang terdedah apabila kakinya ternampak semasa mencuba-cuba pakaian.
Wall mengatakan, pengalamannya 'menjadi seorang Muslimah' mengajarnya untuk menghargai dan menghormati hal-hal yang bersifat peribadi. Satu hal yang tidak pernah ia rasakan dalam ajaran agama Kristien.
Bahkan katanya, suatu hari nanti ia juga ingin rasa bagaimana
hendak bersolat 5 kali tiap hari. "Seperti yang anda tahu, kami hidup di
tengah masyarakat yang tidak peduli dengan aktiviti ibadah. Dengan
pengalaman saya sekarang, saya rasa diri saya lebih dekat dengan Tuhan," ungkap Wall.
"Pengalaman ini mengajar saya untuk menghormati wanita yang
membuat keputusan ' tinggal tetap di rumah, menjaga dan mendidik anak-anak saja..'
menghormati mereka yang bertudung lengkap, beraktiviti di luar atau menjadi seorang CEO.." sambungnya. Komen Blog Ibnu Hasyim: Marilah kita sama-sama berdoa, semoga di
suatu saat Allah SWT memberikan hidayah Islam padanya. Wallahu 'aklam. (2MA)
Posted by Ibnu Hasyim at 12:14 PM

1 comments:
Rosmah...wanita..puteri umno tak teringin nak cuba ke???
Post a Comment