Tuesday, July 21, 2009


Syahid Di Masjid Selatan Thailand



[postlink]http://lpdn28.blogspot.com/2009/07/syahid-di-masjid-selatan-thailand.html[/postlink]Ini lah akibatnya kena jajah...

Subhanallahhhh….

Muhasabah diri insyaallah ..

Masjid sekitar kita memang confirm tak akan ada yang datang menembak dan
membunuh kita, tp x pegi - pegi juga kita ke masjid .. ALLAHURABBI

Oleh AZRAN FITRI RAHIM

SUNGAI GOLOK (Selatan Thai) 9 Jun – Kejam dan tidak berperikemanusiaan!
Mungkin itu yang dapat digambarkan tentang pembunuhan 11 jemaah ketika
solat isyak di Masjid Al-Furqan di Kampung Air Tempayan, 50 kilometer dari
bandar ini kira-kira pukul 8.50 malam tadi (waktu Malaysia).

Setelah melepaskan tembakan dari dua pintu masuk masjid, enam penyerang itu
dikatakan masih tidak berpuas hati dan masuk ke dalam masjid sebelum
melepaskan beberapa das lagi tembakan bagi memastikan jemaah terbabit
benar-benar mati.

Tragedi terbaru yang menjadikan masjid sebagai sasaran, berlaku pada hari
yang sama Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva melawat Malaysia dan
memperbaharui komitmen untuk mengakhiri konflik yang berlarutan sejak 2004
di wilayah bergolak itu.
Kejadian itu menambahkan jumlah korban yang kini mencecah lebih 3,700 orang
dan masyarakat Islam di wilayah itu bimbang kejadian lebih buruk akan
menyusul semula dan ramai yang percaya kejadian terbaru didalangi pihak
berkuasa.
Bagaimanapun sehingga kini masih belum dapat dipastikan motif sebenar
pembunuhan kejam itu tetapi ada yang berpendapat berpunca daripada dendam
dan pihak tentera Thai menafikan sebarang pembabitan anggota mereka.

Seorang saksi, Hassan Deraman, 17, berkata, kejadian berlaku amat pantas
kira-kira lima minit di mana empat lelaki dikatakan menyerbu masuk ke dalam
masjid dari arah pintu belakang manakala dua lagi dari arah tepi.

Katanya, kesemua mereka bersenjatakan rifel M-16 dan pump gun serta memakai
seragam hitam serta bertopeng.

‘‘Ketika kejadian berlaku saya bersama tiga lagi rakan berada dalam wakaf
kira-kira 15 meter dari pintu masuk utama masjid ini, Tiba-tiba kami
mendengar bunyi tembakan yang kuat bertalu-talu.

‘‘Kami bersembunyi dan bergerak ke tempat kejadian dengan perlahan-lahan
dalam gelap untuk melihat apa yang berlaku dengan lebih jelas.

‘‘Saya kemudian melihat mereka memasuki masjid ini dan melepaskan tembakan
ke arah kepala serta badan jemaah yang terbaring dalam ruang solat,
tembakan itu dilepaskan bagi memastikan kesemua jemaah ini benar-benar
mati,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di tempat kejadian.

Hassan berkata, penyerang dipercayai memasuki kawasan masjid melalui hutan
dan kawasan ladang getah di bahagian belakang bagi memastikan kehadiran
mereka tidak disedari.

Katanya, pembunuh kejam itu tidak memasuki masjid melalui pintu utama
kerana ia diterangi dengan cahaya lampu.

‘‘Selepas bunyi tembakan hilang, beberapa orang kampung datang dan saya
bersama mereka memasuki masjid melihat mayat bergelimpangan dipenuhi dengan
darah.

‘‘Ketika itu, hanya dua jemaah terselamat tanpa sebarang kesan tembakan.
Salah seorang daripada mereka adalah ‘tok siak’ masjid, bagaimanapun akibat
terkejut dengan serangan tersebut dia pengsan kerana serangan jantung.

‘‘Seorang lagi yang terselamat adalah ahli kumpulan ‘tabligh’ yang datang
berdakwah di sini, dia terselamat kerana ketika itu sedang sujud dan
setelah mendengar bunyi tembakan dia meniarap dan berpura-pura mati,”
katanya.

Serangan tersebut turut menyebabkan imam masjid, Wan Nasir Wan Abdullah,
62, terkorban manakala 12 parah dan dua terselamat.

Kesemua jenazah dikebumikan dalam satu liang lahad kira-kira pukul 11 pagi
ini dan tinjauan Utusan Malaysia mendapati perkarangan masjid itu dipenuhi
oleh kaum masyarakat Melayu Islam dari tiga daerah yang bergolak itu.

Malah ketika itu, ruang solat masjid berkenaan masih dipenuhi darah dan ia
dibersihkan sepenuhnya oleh anggota tentera kira-kira pukul 5 petang ini.

Tinjauan juga mendapati dinding dalam masjid tersebut turut dipenuhi kesan
tembakan dan kawalan keselamatan di kampung berkenaan ditingkatkan.

0 comments:

Post a Comment

 

Bottom 1

Bottom 2

Bottom 3