200 Bakal Menganggur Menjelang Ramadhan
[postlink]http://lpdn28.blogspot.com/2009/08/200-bakal-menganggur-menjelang-ramadhan.html[/postlink]Copy Paste By: KP
KUALA TERENGGANU - Nasib lebih 200 pekerja mungkin bakal kehilangan pekerjaan masing-masing menjelang bulan Ramadan serta sambutan hari raya Idulfitri tahun ini.
Ia adalah kerana sikap tidak cakna kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu yang bercakap kosong membelakangi slogan Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Razak, ‘Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan’.
Seramai 35 pemilik perniagaan di Jalan Bandar, dekat sini, terpaksa menutup premis mereka apabila pihak Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu (LTAWNT) memerintahkan mereka berpindah pada 13 Ogos ini.
Sehubungan itu, Badan Bertindak Peniaga terbabit mengadakan satu sesi dialog dengan Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat) bagi menghadapi notis singkat selama 30 hari yang telah dikeluarkan pada 13 Julai
Puan Najah Yasin, 44, (Gambar kanan) juga sependapat memohon agar kerajaan negeri sedia memberikan tempat baru bagi menjalankan perniagaannya.
Namun begitu, katanya kadar sewa bulanan premis baru tersebut biarlah berpatutan serta tidak membebankan peniaga Melayu.
“Kami (peniaga) mohon sangat-sangat supaya kerajaan negeri buat pertimbangan semula dengan menyediakan tapak baru perniagaan.
“Orang Melayu tidak mampu untuk sewa kedai yang mahal-mahal apatah lagi hendak membeli bangunan yang ditawarkan,” ujarnya.
Katanya, tindakan tersebut jauh terpesong dari slogan yang mahu menolong rakyat terutama orang-orang Melayu.
Sepatutnya, kata beliau pihak LTAWNT memberi notis awal bagi memberi kesempatan kepada para peniaga terbabit mencari tempat baru.
“Keluarga saya telah lama berniaga di sini sejak lebih 40 tahun lalu dan banyak kenangan nostalgia yang mengusik jiwa.
“Bagaimana dengan nasib pekerja saya yang bakal kehilangan mata pencarian menjelang bulan Ramadan dan hari raya puasa (idulfitri),” ujarnya.
Menurutnya, sebaik sahaja menerima notis pindah serta arahan dikosongkan segera bangunan oleh LTAWNT terasa amat sedih kerana negeri bakal kehilangan nilai sejarah.
Beliau sering kali menangis teringatkan nostalgia silam, nasib pekerja serta belum ada tempat baru untuk berpindah.
Seorang warga emas, Chong Lai Lian, 65, mendakwa hilang selera makan serta bersedih sejak menerima notis pindah 15 Julai lalu.
“Saya sangat sedih, menangis dan hilang selera makan bila teringatkan nasib kami semua kerana notis itu.
“Jika boleh harap kerajaan buat pertimbangan semula dan beri tempoh awal hingga setahun untuk kami cari tempat baru,” ujarnya.
Buletin Online dimaklumkan, lebih 35 peniaga di bangunan kedai berkenaan terpaksa memberhentikan khidmat pekerja masing-masing menjelang Ramadan dan Idulfitri tidak lama lagi.
Bahkan, rayuan peniaga kepada LTAWNT ditolak meski pun disokong oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bandar, Encik Toh Chin Yaw agar ditangguhkan setahun.
Bangunan bersejarah yang berusia lebih 100 tahun itu bakal dirobohkan oleh kerajaan negeri bagi membina bangunan serta rumah kedai yang baru

Seorang peniaga emas, Puan Som Ali, 56, mendakwa telah berniaga di bangunan milik Lembaga Tabung Warisan sejak lebih 17 tahun lalu.
Katanya, notis singkat 30 hari bermula 13 Julai lalu yang dikeluarkan pihak LTAWNT itu tidak dipersetujui oleh semua para peniaga dan pakerjanya.
“Notis 30 hari mana ada masa cukup untuk kami semua berpindah. Kerajaan negeri tidak sediakan premis lain sebagai ganti tempat ini,” ujarnya kepada Buletin Online
Menurutnya, tindakan tersebut seolah-olah kerajaan menutup periuk nasi para peniaga dan pekerja Melayu.
Sepatutnya, kata beliau pihak LTAWNT memberi notis awal bagi memberi kesempatan kepada para peniaga terbabit mencari tempat baru.
“Keluarga saya telah lama berniaga di sini sejak lebih 40 tahun lalu dan banyak kenangan nostalgia yang mengusik jiwa.
“Bagaimana dengan nasib pekerja saya yang bakal kehilangan mata pencarian menjelang bulan Ramadan dan hari raya puasa (idulfitri),” ujarnya.
Menurutnya, sebaik sahaja menerima notis pindah serta arahan dikosongkan segera bangunan oleh LTAWNT terasa amat sedih kerana negeri bakal kehilangan nilai sejarah.
Beliau sering kali menangis teringatkan nostalgia silam, nasib pekerja serta belum ada tempat baru untuk berpindah.
Seorang warga emas, Chong Lai Lian, 65, mendakwa hilang selera makan serta bersedih sejak menerima notis pindah 15 Julai lalu.
“Saya sangat sedih, menangis dan hilang selera makan bila teringatkan nasib kami semua kerana notis itu.
“Jika boleh harap kerajaan buat pertimbangan semula dan beri tempoh awal hingga setahun untuk kami cari tempat baru,” ujarnya.
Buletin Online dimaklumkan, lebih 35 peniaga di bangunan kedai berkenaan terpaksa memberhentikan khidmat pekerja masing-masing menjelang Ramadan dan Idulfitri tidak lama lagi.
Bahkan, rayuan peniaga kepada LTAWNT ditolak meski pun disokong oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bandar, Encik Toh Chin Yaw agar ditangguhkan setahun.
Bangunan bersejarah yang berusia lebih 100 tahun itu bakal dirobohkan oleh kerajaan negeri bagi membina bangunan serta rumah kedai yang baru
2 comments:
krjaan BN sentiasa membela rakyaaaaattt..............Undilah BN dalam PRU13..mudahan nasib rakyat terus terbelaaaa
ya betul tu, nak hrpkan pas....sudah lah...4 tahu n jer perintah ganu...rakyat dah tolak...sedar lah wahai pas...
Post a Comment