PAS Yakin Kekal Kerusi Permatang Pasir
[postlink]http://lpdn28.blogspot.com/2009/08/pas-yakin-kekal-kerusi-permatang-pasir.html[/postlink]Posted By: KP
SHAH ALAM – Parti Keadilan Rakyat (PKR) yakin Pas mampu mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir memandangkan ia kubu kuat parti tersebut.
Timbalan Pengarah Pilihan Raya PKR, Fuziah Salleh berkata, Pakatan Rakyat (PR) sudah lama bersedia dan melakukan gerak kerja bagi memastikan pilihan raya kecil dimenanginya.
“Kita sudah lama membuat persiapan ke arah itu. Saya begitu komited bahawa Pas mampu mengekalkan kerusi DUN itu kerana ia adalah kawasan kebal.
“Tambahan pula kawasan terbabit di berada di kawasan Datuk Seri Anwar Ibrahim membuatkan PR bertambah yakin akan mengekalkan kemenangan,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.
Beliau berkata demikian ketika mengulas persiapan pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir, berikutan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan itu, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman, pagi semalam.
Allahyarham meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) setelah menjalani pemeriksaan dan rawatan sakit jantung di situ.
Fuziah berkata, walaupun PR sudah bersedia menghadapi pilihan raya itu, pihaknya masih belum mengetahui sama ada pihak lawan ingin bertanding atau tidak.
“Kita dah bersedia... Kita perlu lihat adakah UMNO dan Barisan Nasional akan letak calon untuk bertanding di kawasan itu. Kita kena tunggu keputusan mereka,” katanya.

0 comments:
Post a Comment