Wednesday, August 12, 2009


Pertandingan Tiga Penjuru Di Permatang Pasir



[postlink]http://lpdn28.blogspot.com/2009/08/pertandingan-tiga-penjuru-di-permatang.html[/postlink]

PULAU PINANG [11.40 am] - Pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir dijangka menyaksikan pertandingan tiga penjuru di antara Barisan Nasional, PAS dan seorang calon Bebas. Seorang pakar motivasi, Kamarul Ramizu Idris (foto), telah menyuarakan hasratnya untuk bertanding dalam pilihan raya kecil itu. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan hari penamaan calon pada 17 Ogos dan pengundian pada 25 Ogos. Kamarul Ramizu, 42, berkata beliau bersedia untuk membeli borang pencalonan dari Pejabat Pilihan Raya negeri, Jumaat ini. "Saya sedia untuk bertanding di Permatang Pasir kerana saya telah memperuntukkan kira-kira RM100,000 bagi kempen pilihan raya kecil itu. "Saya juga akan berkempen di kawasan Permatang Pasir supaya pengundi faham misi dan visi saya," katanya. Sebelum ini, Kamarul Ramizu telah bertanding sebagai calon Bebas pada pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang, Perak dan Penanti. Bagaimanapun, katanya, beliau akan bertanding di Permatang Pasir sebagai calon underdog yang bertujuan untuk mendedahkan dirinya dengan orang ramai. "Walaupun saya akan cuba sebaik mungkin, tapi saya tidak pernah jangka untuk memenanginya dan hanya menjadikannya sebagai satu pendedahan kepada diri saya bagi mempersiap diri menjelang pilihan raya umum akan datang," katanya.



Hip Hop Hitler avatar

1 comments:

Pak Oncu , August 12, 2009 at 11:15 PM

yer lahh org dah banyak duit,, pulak tu duit nya datang dari jual air lior,,,,, easy money!!!!!!!

Post a Comment

 

Bottom 1

Bottom 2

Bottom 3