Sunday, September 27, 2009


Raya bersama Timbalan Pesuruhjaya Pas Terengganu



[postlink]http://lpdn28.blogspot.com/2009/09/raya-bersama-timbalan-pesuruhjaya-pas.html[/postlink]

Paka, 20hb Sept 2009 / 1 Syawal 1430, Seperti mana kebiasaannya, telah menjadi sesuatu yang lumrah pada setiap tahun, Ustaz Haji Saiful Bahari Mamat akan bersama - sama masyarakat setempat di Paka secara khususnya bila tiba hari lebaran, mimbar masjid Pinang Merah dan dewan Markaz Tarbiyyah Islamiyyah Darul Bayan menjadi tempat bertemunya pemimpin dan rakyat.

Pada tahun ini, sebagaimana kebiasaannya, ratusan jamaah bersama-sama anak qaryah Pinang Merah membanjiri masjid Pinang Merah yang sememangnya menjadi pilihan masyarakat di Paka yang dahagakan khutbah yang mantap dan diselangi dengan kupasan isu semasa dalam negara mahupun dunia antarabangsa.

Pagi 1 syawal 1430, sejurus selepas solat sunat eidilfitri, Ustaz Haji Saiful akan menyantuni masyarakat pelbagai peringkat dan dari seluruh pelusuk Paka secara khususnya didalam Dewan Besar Darul Bayan.

Jamaah pada kali ini agak bertambah berbanding tahun - tahun sebelum ini. Dianggarkan tidak kurang dari 500 jamaah yang juga termasuk anak-anak Terengganu diperantauan turut membanjiri masjid tersebut. Kanak - kanak sememangnya antara yang paling gembira kerana disinilah tempat paling awal untuk mereka membuat "koleksi" duit raya bermula. Acara yang menjadi rutin tahunan ini sememangya dinantikan oleh mereka, manakala kalangan dewasa asyik menyantapi hidangan juadah hari raya. Pada kali ini, "GearBox" masak asam pedas dan mee udang ala Kuala Sepetang menjadi menu utama hidangan, namun satay tetap menjadi "buruan" utama pengunjung.

Majlis tahlil sejurus solat sunat dan khutbah eidilfitri turut mendapat sambutan jamaah. Sebelum dijemput kejamuan, para jamaah terdahulu bersama bertahlil untuk dihadiahkan kepada arwah kaum kerabat masing-masing. Tahlil tersebut turut dibawakan oleh Ustaz Saiful sendiri.

Terdahulu dari itu didalam khutbahnya, Ustaz Saiful telah memberikan peringatan kepada seluruh jamaah agar terus berpegang teguh dengan islam, beristiqamah dalam perjuangan menegakkan islam, kerana apabila meninggalkan islam, bala dari Allah s.w.t menimpa tidak akan memilih siapa, malahan akan "menyapa" kesemua manusia. "Penularan wabak penyakit yang melanda negara mutakhir ini, adalah hasil akibat keangkuhan dan kesombongan pemimpin yang berdolak dalik malah mempersendakan hukum islam, mereka takut akan di"cop" oleh dunia bahawa negara Malaysia mengamalkan hukuman syariah islam, tetapi tidak gentar dengan ancaman Allah s.w.t terhadap mereka yang melanggar syariatNya. Inilah antara sifat pemimpin yang bertopengkan islam untuk kepentingan mempertahankan pangkat dan kuasa" ujarnya dengan mendapat perhatian penuh dari jamaah. Medan pertukaran pandangan dan pengiratan silaturrahim cukup terserlah dengan masing - masing puas menjamah hidangan bersama pemimpin setempat dan dapat bertemu mata sesama anak qaryah. -  wadib_p6m


0 comments:

Post a Comment

 

Bottom 1

Bottom 2

Bottom 3