SPRM Jelas Double Standard Dan Tidak Profesional Apabila Lambat Untuk Menyiasat Khir Toyo Berhubung Salah Lakunya Ketika Jadi MB !!
Tindakan Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dilaporkan ingin menyiasat bekas Menteri Besar Selangor, Khir Toyo mendedahkan ketidakcekapan badan itu sendiri. Exco Hal Ehwal Wanita, Kebajikan, Sains Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail berkata, siasatan sepatutnya telah dilakukan sejak awal lagi berikutan aduan rasmi daripada beberapa pihak berhubung isu Balkis dan Rumah Agamnya itu. “Ini lah sebenarnya perkara terbaik yang sepatutnya SPRM buat sejak dulu lagi, Saya kesal kerana baru sekarang siasatan ini dibuat sedangkan kes itu telah pon dibuatkan atau didedahkan seawal kami masuk pada buln Mac lepas, “Kalau kita tengok pada kes beliau yang lain seperti kes rumah beliau telah didedahkan pada beberapa bulan lepas, Walaupun SPRM nampaknya macam ingin seimbang dalam siasatan beliau tetapi bagi saya ketidak kecekapan beliau mengambil semua aduan itu secara cepat itu dibuat,” katanya. Rodziah berkata, tindakan SPRM itu adalah lewat dan tidak berkesan untuk meleraikan persepsi bahawa badan itu bingkas mensasarkan wakil rakyat pembangkang tetapi pemimpin Umno-Barisan Nasional diberi layanan sebaliknya. . “Sebab kalau kita tgok apa yang berlaku kepada diri saya sendiri, atau pihak pakatan jika sedikit sahaja cerita itu ditulis didalam blog maka pihak SPRM secara cepat masuk buat siasatan sedangkan bagi pihak Khir Toyo kes ini dilambat-lambatkan seolah ingin menunggu arahan dari seseorang baru siasatan itu dibuat,” katanya.
[Sungguh malang rakyat Malaysia mempunyai badan pencegah rasuah seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ini. Ternyata, langkah menjadikan Badan Pencegah Rasuah (BPR) kepada sebuah suruhanjaya lebih banyak mendatangkan keburukan dan menghilangkan terus kepercayaan rakyat terhadap kerajaan dalam hal-hal menangani isu rasuah ini sebenarnya. Maka itulah, kita tidak hairan SPRM takut untuk menyiasat Khir Toyo. Walhal sudah terang lagi bersuluh "MB Penyapu" itu telah banyak merompak wang rakyat sejak dulu, kini dan selamanya. Maka, bertuahlah buat rakyat Selangor kerana Khir Toyo kini sudah tinggal kenangan dan bakal disimpan dalam "Stor Penyapu" gara-gara tindakan beliau yang jelas membelakangkan rakyat negeri itu sejak menjadi MB Selangor dulu. Semoga SPRM dapat membongkar banyak salah laku dan penyelewengan yang melibatkan beliau untuk dihebahkan kepada rakyat. Biar mereka tahu siapa Khir Toyo sebenarnya. Namun, apakah tindakan SPRM ini kerana malu melihat kenyataan Pegawai Daerah yang dipanggil SELCAT untuk menyiasat isu-isu penyelewangan peruntukan ADUN Selangor itu agaknya. Apakah SPRM malu jika siasatan tidak dibuat?].
0 comments:
Post a Comment