Monday, November 16, 2009


1Malaysia: Lagi bukti rakyat diperbodohkan



[postlink]http://lpdn28.blogspot.com/2009/11/1malaysia-lagi-bukti-rakyat.html[/postlink] Selama ini rakyat miskin pastinya merasa sedikit lega kerana pengumuman Skim Baucar Subsidi Beras (SUBUR) seperti yang diumumkan oleh Kerajaan 1Malaysia. Maka bermacam-macam pujian bahawa ini bukti kerajaan mengutamakan dan mendahulukan rakyat. Tetapi semua itu rupa-rupanya hanya retorik dan satu lagi agenda membodohkan rakyat. Tembelang itu pecah apabila wakil Rakyat Pas Titiwangsa Dr. Lo'Lo mempertikaikan keperluan mendapatkan tanda tangan Ketua Bahagian Umno dalam borang SUBUR. ..Pendedahan ini menyebabkan berlaku perang mulut di antara Datuk Noh OmarKementerian yang bertanggungjawab program Subur dengan wakil dari Pakatan Rakyat di Dewan Rakyat hari ini..

Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Beruas) turut mempertikaikan syarat berkenaan
dengan bangun menunjukkan borang dan mendakwa di kawasan Taiping,
permohonan baucer Subur hanya akan diluluskan kepada orang Umno sahaja.

Apakah Umno sudah terlalu mabuk kuasa atau takut hilang kuasa dan sokongan
rakyat sehingga terpaksa guna kaedah ini untuk memaksa rakyat menyokong
mereka? Apakah Umno tak tahu nak beza duit kerajaan daripada pembayar cukai
dengan duit Umno?

Awal-awal lagi saya menjangkakan bahawa idea 1Malaysia cuma retorik dan
idea terdesak untuk mengembalikan sokongan rakyat kepada Umno@BN. Lihatlah
apa yang Datuk seri Najib beritahu pada Cuepacs bila kerajaan tak nak beri
bonus. Ekonomi gawat, kerajaan perlu berjimat cermat...Untuk berbilion
ringgit untuk Pasukan Formula 1Malaysia ada pulak duit...Oh ya
lupa...1Malaysia....Rakyat didahulukan....



0 comments:

Post a Comment

 

Bottom 1

Bottom 2

Bottom 3