Adakah Selangor Bakal Dijatuhkan Menjelang Bulan January? (Will Selangor fall in January?)
[postlink]http://lpdn28.blogspot.com/2009/11/adakah-selangor-bakal-dijatuhkan.html[/postlink]Raja Petra Kamarudin
Dua minggu sebelum keruntuhan Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak, saya telah menyarankan bahawa mereka harus memperkenan kepada Sultan supaya Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dibubarkan untuk mengadakan pilihan raya.
Saya telahpun berbincang dengan Anwar Ibrahim tentang hal itu dan dia memberitahu saya supaya tidak perlu cemas kerana beliau telah berbicang dengan Lim Kit Siang dan Kit Siang telah meyakinkannya bahawa masalah dengan Hee telah diselesaikan dan semua masih dalam kawalan.
Namun, saya masih tegas bahawa mereka harus meminta keizinan untuk membubarkan DUN Perak, sementara mereka masih merupakan majoriti di DUN Perak. Sekiranya mereka kehilangan majoriti maka Sultan mungkin tidak perlu mempertimbangkan permintaan Pakatan Rakyat kerana Pakatan Rakyat bukan lagi merupakan kerajaan negeri Perak.
Selagi Pakatan Rakyat masih merupakan Kerajaan Perak maka Sultan tidak mungkin menolak permintaan Pakatan Rakyat. Bahkan jika Sultan menolak permintaan Pakatan Rakyat untuk pembubaran DUN Perak, Sultan tidak akan mempunyai alasan yang kukuh untuk tindakannya tersebut dan akan menjadi jelas bahawa Sultan dikawal oleh UMNO dalam hal ini.
Bagaimanapun, sekarang kita semua tahu bahawa Sultan telah dikawal untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat, ditambahkan dengan masalah penyambungan taktah oleh Raja Nazrin. Ringkasnya, Sultan telah dikawal oleh mereka.
Saya ingin memberikan amaran kepada Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat kini mempunyai majoriti di DUN Selangor. Tapi ia tidak bermakna mereka sudah menguasai Kerajaan Negeri Selangor.
Masih banyak lagi pegawai di negeri Selangor setia kepada UMNO. Mereka sebenarnya ditempatkan di sana kerana hubungan mereka dengan UMNO. Jadi, walaupun Pakatan Rakyat dapat mengawal pucuk pimpinan Selangor, ia tidak bermakna mereka mampu mengawal pegawai dibawahnya. Ringkasnya, kepalanya kini bergerak menuju ke satu arah manakala tubuhnya menuju ke arah bertentangan.
Perkara pertama yang dilakukan oleh Khir Toyo ketika kejatuhan BN di Selangor ke dalam tangan pembangkang (selain menghapuskan semua bukti kesalahannya) adalah mengarahkan pegawai Selangor dan jabatan-jabatan Selangor supaya tidak bekerjasama dengan kerajaan Pakatan Rakyat. Hal ini adalah dilakukan oleh mereka setiap hari. Jadi 'wujudlah pelbagai "perkara-perkara yang melucukan' berlaku di Selangor seperti masalah pengharaman bir, penangkapan bekas Mufti Perlis, kuil dirobohkan dan yang sebagainya.
Bukan saja kepala bergerak ke arah yang berlawanan dari tubuh, tetapi tangan kiri juga tidak tahu apa yang dilakukan oleh tangan kanan.
Ini ialah cara mereka untuk menjatuhkan pemerintahan Pakatan Rakyat di Selangor - mencipta ketidakpuasan hati rakyat dengan melakukan pelbagai perkara yang 'tidak popular' suoaya menyusahkan kehidupan rakyat - hal ini akan mengakibatkan para pengundi muak dengan tindakan Pakatan Rakyat dan seterusnya menendang mereka keluar dari Selangor seperti yang berlaku di Terengganu tahun 2004 iaitu hanya lima tahun kerajaan pembangkang sempat memerintah.
Saya telah memberi amaran kepada Ronnie Liu tentang hal ini. Hal ini kerana portfolio exco Ronnie Liu adalah yang paling kontroversial kerana dia mengawal majlis tempatan dimana tempat berlakunya banyak pembohongan.
Apa yang harus mereka lakukan cuma seperti tidak memperbaiki jalan, tidak mengumpul sampah, tidak menukar lampu jalanan yang rosak atau memperbaiki paip-paip yang rosak, ia seterusnya akan menyusahkan penduduk Selangor. Dengan hanya melakukan perkara yang remeh seperti ini maka ia akan menyebabkan penduduk muak dengan kerajaan negeri. Hal ini senang disabotaj sekiranya Pakatan Rakyat hanya mengawal pucuk pimpinan tetapi gagal untuk mengawal pegawai dibawahnya.
Ramai pengusaha Cina di Selangor mula berputus asa. Rasuah masih seperti biasa. Tidak banyak berubah sejak Pakatan Rakyat mengambil alih Selangor. Para "panglima UMNO" (Umno warlords) masih menguasai pejabat tanah, majlis tempatan dan sebagainya. Jika anda ingin mendapatkan kelulusan untuk projek anda, lesen, kebenaran, atau sebagainya, anda hanya perlu berbincang dengan panglima UMNO. Jika anda berurusan melalui orang Pakatan Rakyat bukan panglima UMNO maka projek anda akan sengaja dilambatkan.
Para pengusaha Cina masih perlu mencari panglima UMNO dan membayarkan kepada mereka sejumlah wang sekiranya mereka inginkan perniagaan mereka berjalan 'lancar'. Bahkan mereka tahu sekiranya mereka menemui orang dalam Pakatan Rakyat, orang Pakatan Rakat juga tidak dapat menyelesaikan masalah mereka. Orang Pakatan Rakyat hanya boleh membuat panggilan telefon. Tetapi jika pengusaha cina memenuhi kehendak panglima UMNO maka semuanya akan beres.
Biar saya memperjelaskan disini, Pakatan Rakyat Selangor sebenarnya tidak memerintah Selangor, Selangor tetap milik UMNO. Jadi, jika anda ingin menyelesaikan sesuatu, lupakan saja melalui orang-orang Pakatan Rakyat. Pergilah mencari panglima UMNO dan membayar sejumlah wang kepada mereka lalu semuanya akan beres.
Berjumpalah dengan pengusaha Cina yang melakukan perniagaan di Selangor dan mereka akan memberitahu anda perkara yang berlaku.
UMNO telah memberitahu 'orang-orang mereka' dalam agensi dan jabatan negeri Selangor bahawa UMNO akan kembali memerintah di Selangor pada Januari 2010. Jadi buat masa sekarang, semua aplikasi dan kelulusan akan tergendala sebelum Barisan Nasional berjaya mengambil alih Selangor. Pakatan Rakyat dan kerajaan negeri tidak berupaya untuk mengubah dan menyelesaikan senario ini.
Ketika anda menemui orang-orang di agensi atau jabatan kerajaan Selangor, mereka tidak akan menghiraukan anda. Bahkan jika anda menemui pertolongan daripada orang-orang Pakatan Rakyat, apa yang mampu dilakukan oleh mereka hanyalah telifon. Semakin anda meminta pertolongan daripada orang-orang Pakatan Rakyat, semakin susah untuk anda menyelesaikan sesuatu masalah. Hal ini seperti memandu di dalam lumpur. Semakin cepat anda memandu, semakin lambat untuk anda bergerak.
Jadi, tarikh Januari 2010 telah menjadi tarikh Barisan Nasional kembali memerintah negeri Selangor. Ini adalah janji UMNO kepada orang-orang mereka di agensi dan jabatan negeri Selangor.
Selain itu, pegawai dari kerajaan Pakatan Rakyat akan berhadapan dengan ancaman seperti pendakwaan jenayah, termasuk tuduhan rasuah dan Anwar Ibrahim juga tidak mungkin terlepas daripada itu. UMNO telah mengingatkan bilik operasi pemilihan mereka supaya bersiap sedia menghadapi sekurang-kurangnya sepuluh pilihan raya yang bakal berlaku kerana sepuluh kerusi kosong bakal dikosongkan.
Selain itu, Barisan Nasional mempunyai ramai orang dalaman di dalam Pakatan Rakyat, sama ada dalam PKR, PAS dan DAP. Ya, DAP termasuk juga. Orang dalaman ini akan melakukan sesuatu bila tiba masanya seperti apa yang berlaku di Perak. Dengan itu, Pakatan Rakyat akan kehilangan Selangor.
Jadi, Pakatan Rakyat harus berhati-hatilah. Hari untuk anda memerintah di Selangor kini boleh dihitung. UMNO telah memberikan tarikh untuk dirinya supaya mengambil alih Selangor pada Januari tahun 2010. Mereka melakukan pelbagai masalah secara serentak untuk memastikan bahawa mereka berjaya. Kami telah memberikan amaran kepada anda di Perak dan anda ketawa. Sekarang kami ingin memberikan amaran kepada anda sekali lagi di Selangor. Masih ketawa? Anda akan kehilangan Selangor seperti anda kehilangan negeri Perak. Ini bukan satu ancaman. Ini adalah janji.
Original Post: http://mt.m2day.org/2008/content/view/28284/84/
Translation : http://gomalaysian.blogspot.com/

0 comments:
Post a Comment