Hadi tolak desakan letak jawatan Presiden
[postlink]http://lpdn28.blogspot.com/2009/11/hadi-tolak-desakan-letak-jawatan.html[/postlink] KUALA LUMPUR - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, semalam, menegaskan bahawa beliau tidak akan meletakkan jawatan walaupun dikritik hebat dan didesak berbuat demikian.
“Pemimpin dipilih melalui muktamar parti dan ia adalah aman:ah... saya tidak akan membuang baju amanah ini,” katanya semasa menggulung hujah pada Seminar Khas Memperkasakan Parti Pas di Markas Tarbiah Pusat parti itu di Taman Melewar di sini. Beliau berkata, sebagai pemimpin, seseorang itu perlu bersikap profesional dan menerima sebarang kritikan dengan hati terbuka walaupun ia pedih.
“Pemimpin Pas ibarat pemain bola dan kita perlu berjiwa besar dalam menghadapi masalah.
“Walaupun ada teguran yang keras... suruh pecat kapten, buang pengurus dan pemain, tapi kita belum habis separuh masa pertama... kita pemain profesional, bukannya pemain kampung,” katanya.
Sementara itu, pada sidang akhbar selepas seminar itu, Abdul Hadi merumuskan bahawa seminar itu sebagai berjaya.
“Insya-Allah, kita (Pas) dapat menunjukkan prestasi yang baik untuk menghadapi cabaran yang akan datang bagi membuat per:ubahan bersama dengan Pakatan Rakyat.
“Kita anggap ini bahtera baru yang perlu diperkukuhkan lagi untuk melayari perjuangan perubahan di negara kita,” katanya.
Di dalam sidang media selepas itu, Abdul Hadi yakin seminar yang dijalankan menggantikan Muktamar Khas yang tamat kira-kira jam 6.00 petang semalam itu telah berjaya mencapai objektifnya.
“Jika ada pihak mengatakan seminar ini gagal, itu pandangan mereka. Bagi Pas, seminar ini berjaya. Malah, kita dapat menunjukkan prestasi yang baik untuk menghadapi cabaran yang akan datang bagi membuat perubahan bersama dengan PR.
“Kita anggap PR sebagai bahtera baru yang perlu diperkukuhkan lagi untuk melayari perjuangan perubahan di negara ini. Kita perlu bersabar dan tidak akan meninggalkan PR,” katanya.
Abdul Hadi yang turut menyifatkan UMNO sebagai bahtera yang lemah, memberi keyakinan bahawa isu kerajaan perpaduan Pas dengan UMNO yang dibangkitkannnnya dahulu dijamin tidak akan dibangkitkan lagi.
“Pas dan PR sudah berjanji untuk tidak membuka lagi isu kerajaan perpaduan. Kita perlu tumpu kepada bahtera yang ada. Tiada keperluan bersama dengan bahtera yang sudah lemah,” katanya.
Abdul Hadi berkata, lima resolusi yang dicapai itu akan diteruskan dengan tindakan dalaman parti.
Original post: Sinar harian 08/Nov 2009

0 comments:
Post a Comment