Pakatan Rakyat Masih Tidur
[postlink]http://lpdn28.blogspot.com/2009/12/pakatan-rakyat-masih-tidur.html[/postlink]Sejak Mac 2008 lagi, saya telah mendesak Pakatan Rakyat untuk memperkenalkan perkhidmatan Internet tanpa wayar secara percuma di negeri-negeri yang mereka kuasai. Namun begitu, keadaan masih di takuk lama. Tidak lama lagi, kita akan merayakan ulang tahun kedua Pilihan Raya Umum ke-12 dan sehingga kini, perkhidmatan Internet tanpa wayar secara percuma masih belum diperkenalkan.....
Pakatan Rakyat sedang tidur dan mereka fikir bahawa mereka mampu memenangi pilihan raya berikutnya tanpa melakukan apa-apa. Saya dah bosan cuba meyakinkan mereka tentang kepentingan Internet bagi perjuangan pihak pembangkang. Kalau Pakatan Rakyat memang nak cari nahas, biarkanlah si Luncai dengan labu-labunya.
Tontonilah pembentangan video di bawah ini untuk memahami mengapa saya begitu marah dengan Pakatan Rakyat. Yalah, jangan terhantuk baru terngadah. Jangan dah kalah, baru nak berubah. Nah, pada masa tu, saya akan berkata kepada Pakatan Rakyat, “Padan muka dengan kamu semua.”
Pakatan Rakyat nampaknya masih tidak faham-faham bahawa mereka berada di kedudukan yang kurang menguntungkan dalam konteks media arus perdana dan elektronik. Jadi, mereka memerlukan Internet untuk menyampaikan mesej kepada para pengundi. Sepuluh tahun yang lalu, terdapat hanya 280,000 pengguna Internet berbanding dengan lapan juta pengundi. Hari ini, nisbahnya adalah satu ke satu. Pada masa depan, jumlah pengguna Internet akan melebihi jumlah pengundi.
Maka, pihak yang mengawal maklumat di Internet mampu mempengaruhi pemikiran para pengundi. Pada kemuncak Perang Vietnam, empat daripada lima orang rakyat Amerika membeli akhbar. Hari ini, hanya dua daripada lima orang rakyat Amerika yang membelinya kerana kerana mereka dapat memperoleh maklumat dari Internet.
Meskipun jumlah penduduk Indonesia meningkat, bilangan surat khabar yang dijual di Indonesia pada ketika ini adalah separuh dari bilangan yang dijual semasa era Reformasi dahulu - di kemuncak era anti-Soeharto. Ini kerana pada masa kini, rakyat Indonesia juga bergantung pada Internet sebagai sumber berita dan maklumat.
Rupert Murdock meramalkan bahawa menjelang 2030, akhbar cetak akan digantikan sepenuhnya oleh Internet. Jadi, tindakan Pakatan Rakyat mengabaikan Internet hanya mengundang padah pada diri mereka sendiri. Marilah kita sama-sama berharap bahawa pada 19 Disember 2009, delegasi ke Konvensyen Pertama Pakatan Rakyat akan membincangkan mengenai masalah ini dan melakukan sesuatu bagi menanganinya.

0 comments:
Post a Comment