Wednesday, December 2, 2009


Polis di Negeri PR paling "sporting"!



[postlink]http://lpdn28.blogspot.com/2009/12/polis-di-negeri-pr-paling-sporting.html[/postlink]Sewajarnya sekalung "penghargaan" kepada anggota PDRM yang bertugas di Negeri Pakatan Rakyat. Terutama kepada Ketua Polisnya. Hari ini rakyat Malaysia dapat melihat begitu "sopan dan tertib"nya polis mengiringi Pemuda BN (ramai UMNO) yang buat demostrasi depan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.

Kita lihat bagaimana polis dengan "bangga"nya mengiringi anggota Pemuda BN melintasi jalan menuju pintu pagar DUN untuk serah memorandum kepada KM Lim Eng Guan.

Lihat! Tiada tembakan gas. Tiada pancutan air asid. Bahkan SB yang tahan orang yang bakar gambar KM sempat pula beritahu kat Pemuda Gerakan bahawa pemuda ini bukan pemudaBN tapi orang Kampung Pala. Kah! Kah! Kah!. Hebat kesopanan dan telelusan polis kita di Negeri PR weeh!

Inilah nikmatnya jadi pembangkang di Negeri PR. Benar-benar demokraksi dan telus. Bebas nak bantah, demo, nak bakar gambar pun boleh. Bahkan nak pijak kepala lembu pun boleh dan dipersilakan kerana pegawai polis yang bertugas masih muda dan tiada pengalaman!

Malangnya suasana "meriah " ini tiada dirasai di Negeri UMNO perintah. Anijing, gas pemedih, cota, air asid, lokap dan gari menunggu anda!

Sewajarnya khidmat IG Musa dipanjangkan seumur hidup. Bukankah begitu PM Najib!

0 comments:

Post a Comment

 

Bottom 1

Bottom 2

Bottom 3