Tuesday, May 4, 2010


Ezam berhak jadi senator kerana dia mengaku dia adalah PEMBOHONG paling hebat!!



[postlink]http://lpdn28.blogspot.com/2010/05/ezam-berhak-jadi-senator-kerana-dia.html[/postlink]HermanSamsudeen


Ketawa saya membaca pengakuan Ezam Mat Nor bahawa dia berhak jadi Senator kerana telah berjuang menentang rasuah ketika bersama dengan Gerak dulu. Sungguh melucukan kerana semasa perjuangannya bersama Gerak dan PKR satu negara dipusing cerita pasal enam kotak.

Tak pasal-pasal bila kena lantik jadi Senator dia mengaku pula bahawa ‘kisah enam kotak’ itu hanyalah kisah donggeng rekaannya. Yang pasti dia mengaku bahawa dia adalah PEMBOHONG selama ini.

Pelik juga. Bagaimana seorang yang diiktiraf sebagai pejuang Gerak menentang rasuah dan sanggup berbohong mengatakan orang ini rasuah sana sini, kemudian bila masuk Umno terus dilantik jadi Senator.

Kalau masa dia dalam PKR dan Gerak dia boleh bohong, apa pula dia BOHONG pada Najib pasal Anwar sampai Presiden Umno itu terus berikan jawatan Senator padanya.

Padanlah rakan-rakan FB saya kalangan pemuda Umno ramai yang tak puas hati. Selalu mereka bertekak dengan saya bab hal ehwal politik dan pimpinan mereka. Tapi dalam bab Ezam ini, jelas kami duduk dalam forum yang sama.

Ezam nampaknya sama sahaja seperti Zulkifli Nordin yang dalam persidang lalu mendakwa di Parlimen bahawa beliau ketika dalam PKR berbohong dan fitnah Najib-Altantuya.

Rakyat dan ahli Umno memang pening sebab tak tahu nak percaya mana satu. Masa Ezam dan Zul dalam PKR macam-macam mereka tabur, bila keluar PKR mereka istihar apa yang mereka tabur selama ini sebagai pembohong.

Orang yang dengar hari ini makin keliru sebab tak tahu, adakah apa yang mereka cakap hari ini adalah satu PEMBOHONGAN juga. Susah nak bezakan dakwaan yang dulu dan hari ini bila ia keluar dari mulut orang yang sama yang sudah mengaku dengan sebenar-benarnya bahawa mereka adalah PEMBOHONG!

Hanya orang yang tolol sahaja yang akan percaya pada mereka. Orang dulu-dulu ada kata.”siakap sinohongikan duri, bercakap bohong lama-lama jadi pencuri”….

Kepada rakan-rakan Umno….”Ezam sudah jadi senator, hangpa semua dah kena baham aligator…..Lu pikir la sendiri”

0 comments:

Post a Comment

 

Bottom 1

Bottom 2

Bottom 3