Sunday, May 30, 2010


Hampir 15 Ribu Penyokong GAS Sedang Menuju Ke The Mines, Sg Besi



[postlink]http://lpdn28.blogspot.com/2010/05/hampir-15-ribu-penyokong-gas-sedang.html[/postlink]

Keselamatan Perhimpunan GAS pada pukul 2 petang di Pusat Konvensyen The Mines, Sungai Besi, bermula jam 2 petang Ahad hari ini terjamin. Demikian kata Penyelaras Gerakan Anti-Samy Vellu (GAS) yang juga bekas Timbalan Pemuda MIC, V. Mugilan

Mana taknya, perhimpunan tersebut mempunyai permit dan akan dikawal oleh anggota polis . Bukannya macam perhimpunan BERSIH, mansuh PPSMI dan Mansuh ISA serta Hindraf, yang langsung tidak diberikan permit. Tengoklah sendiri kenyataan Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata bahawa pihak polis akan menempatkan bilangan anggota mencukupi bagi mengawal keselamatan perhimpunan GAS dan juga akan membuat kawalan lalu lintas

Manakala Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman pula berkata bahawa pihaknya akan menempatkan anggota di PWTC dan di sekitar Ibu Pejabat MIC walaupun perhimpunan tersebut telah ditukarkan ke Pusat Konvensyen dan Pameran Mines. Beliau berkata, ia merupakan prosedur biasa bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku. Memang double standard betullah.. mentang-mentanglah GAS dianjurkan UMNO, segala macam keistimewaan diberikan oleh polis koboi ini..

Dan samseng-samseng Samy, tiada peluaang untuk membuat kacau dalam perhimpunan ini. Kerana sebelum ini, Mugilan mendakwa bahawaterdapat ancaman daripada pihak tertentu untuk mencetuskan huru-hara pada perhimpunan itu dalam usaha menakutkan orang ramai yang hadir.

Antara mereka yang dijangka hadir ialah dua bekas anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC, G. Kumar Aamaan dan KP. Samy dan juga beberapa orang anggota CWC. Juga dilaporkan hampir 15,000 orang akan hadir termasuk 300 Ketua Cawangan MIC yang sudah menyatakan persetujuan untuk menyokong perhimpunan ini

Paling menarik, perhimpunan itu juga akan dipantau oleh CWC bagi melihat jumlah sokongan kaum India terhadap GAS. Dan mereka akan mengadakan sidang akhbar pada Isnin depan untuk mengulas mengenai perhimpunan tersebut. Apapun, perhimpunan GAS menjadi titik mula kepada perpecahan dalaman MIC dan juga buatkan MIC terfikir 100 kali, sama ada nak kekal dalam BN atau keluar dari BN dan masuk pakatan. - sumber

0 comments:

Post a Comment

 

Bottom 1

Bottom 2

Bottom 3