Wednesday, May 26, 2010


Judi: Dua mufti sudah terima memo PAS



[postlink]http://lpdn28.blogspot.com/2010/05/judi-dua-mufti-sudah-terima-memo-pas.html[/postlink]
Pemuda PAS berjaya menyerahkan memorandum kepada mufti di dua negeri supaya pakar agama itu memainkan peranan dalam isu pemberian lesen judi bola sepak.

Setakat ini, dua mufti negeri-negeri - Johor dan Kedah - sudah menerima memorandum tersebut semalam.

"Pada 25 Mei (semalam) Pemuda PAS negeri elah menghantar memorandum kepada mufti Johor (Datuk Mohd Tahrir Shamsuddin) mengenai desakan bantahan judi bola sepak," kata Ketua Pemudanya Nasrudin Hassan.

Di Kedah pula, ketua pemuda negeri Ahmad Yahaya baru sahaja menyerahkan memorandum bantahan yang sama kepada pejabat mufti petang ini.

Diiringi ahli parlimen Padang Terap Nasir Zakaria, Ahmad berkata morandum tersebut diserahkan melalui timbalan muftinya Syeikh Marwazi Dziyauddin.

Tarikh serahan di negeri-negeri lain setakat ini masih belum ditetapkan.

Malaysiakini difahamkan kesemua Pemuda PAS negeri diarahkan menyerahkan memorandum bantahan kepada pihak mufti negeri masing-masing sebelum Julai ini.

Sementara itu, Nasrudin menjelaskan pihaknya merangka kempen menyeluruh bagi membantah pemberian lesen judi, termasuklah mengadakan forum, ceramah dan penganjuran "perlawanan bola sepak bertemakan antijudi".

"Saya akan buat senarai untuk sesi jelajah (kempen)," katanya kepada Malaysiakini semalam.

Bagaimanapun, tambah Nasrudin, tarikh program tersebut belum ditetapkan kerana ia masih dalam peringkat perancangan.

Katanya menjelang perhimpunan besar mereka pada 3 Julai ini, Pemuda PAS juga akan menghantar surat bantahan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

1 comments:

Anonymous , May 26, 2010 at 10:10 PM

judi mudah difahami oleh orang pas kenapa kerajaan bagi lesen. kalau ada lesen berjaya group dapat untungnya sorang tapi kalau haram DAP akan dapat untung sebab dapat peluang business untuk pilihanraya ke13. tapi yang peliknya DAP guna penyokong pas yang dungu untuk batalkan pemberian lesen. lu fikirlah sendiri.

Post a Comment

 

Bottom 1

Bottom 2

Bottom 3