Tuesday, May 4, 2010


Justice For Aminurrasyid: Pemuda Pakatan Rakyat ke SUHAKAM



[postlink]http://lpdn28.blogspot.com/2010/05/justice-for-aminurrasyid-pemuda-pakatan.html[/postlink]Nasrudin Hassan at Tantawi


1. Kami bukan mempolitikkan isu ini tetapi tugas kami sebagai ahli politik untuk membela masyarakat tertindas dan membantah sebarang bentuk penyalahgunaan kuasa . Ketua Polis Selangor kata ahli politik jangan campur ! ini kenyataan yang tidak betul ! Jika kes seperti ini tidak ditangani oleh orang politik , jangan harap kes ini akan diberi perhatian serius . Tengok sahaja apa yang berlaku sekarang , Polis yang menembak Aminurrasyid hanya ditukar kerja bukan digantung tugas . Bagaimana kalau yang menembak itu orang biasa , saya yakin orang itu akan terperosok dalam penjara menanti tarikh pembicaraan .


2. Kita bukan menentang PDRM malah sangat memahami keperntingan serta keperluan PDRM bagi mengjaga dan mengawal keselamatan negara dan rakyat . Apa yang kita tentang ialah penyalahgunaan kuasa atau tindakan yang tidak menepati undang - undang dan peraturan . Hanya beberapa anggota Polis yang terlibat , bukan semua maka Ketua Polis Negara tidaklah perlu menggelabah . Jika benar ia tetap benar namun jika salah maka perlu diambil tindakan .

3. Pemuda PAKATAN Rakyat mendesak supaya satu Suruhanjaya Penyiasat yang bebas seperti SUHAKAM atau Suruhanjaya diRaja segera dibentuk untuk menyiasat kes ini . Bukan kita tidak percaya kepada Polis tetapi tidak wajar polis siasat polis .


3. Segala tuduhan awal yang telah dilemparkan kepada Allahyarham Aminurrasyid wajar malah mesti ditarik balik kerana ia memburukkan nama baik keluarga dan merosakkan reputasi mereka . Allayarham tidak memiliki rekod jenayah malah diberitahu oleh saksi bahawa mereka bukan pulang dari menyamun tetapi hanya pulang dari keluar bersama kawan - kawannya .

4. Kami akui , pelajar remaja seperti Allahyarham sewajarnya tidak dibiarkan berkeliaran diwaktu lewat malam pula memandu tanpa lesen oleh kedua ibubapanya tetapi apakah kesalahan - kesalahan itu mesti dihukum tembak sampai mati ?

1 comments:

Anonymous , May 6, 2010 at 1:30 AM

1. Apa alasan nak menahan kerja keatas angguta polis ni. Buat lah kalu pandai.Jgan nak tunjuk pandai ..nak menahan kerja pun mesti ada alasan yg menasabah dan konkrit.Nak menahan kerja mesti ikut peraturan dan undang undang .Jgn ingat angguta polis bodoh macam orang politik yg suka ikut meraban dan meracau.

2.Membuat tuduhan atau kelasifikasi kes adalah perkara penting didalam tugas polis.Disinilah arah tuju siasatan,kuasa polis,hak polis didalam undang undang semasa melaksanakan kerja kerja. Apa pulak nak sibuk istilah penjenayah...Apa lagi istilah yg nak diberi..Kau org boleh bagi kah...Ia tak akan lari dari "disyaki penjenayah"..eg Kalau polis bat serbuan kes judi adatu dadah..tindakan polis tu kerana mengesyaki ada judi atau dadah di rumah atau kereta. katalah dadah atau judi tidak di jumpai adakah polis boleh di persalahkan..Undang undang dah bgi kuasa untuk polis serbu tanpa waran..apa nak buat..,mana pulak ada hakim nak semak tentang maklumat polis sebelum serbuan baru nak beri waran..lambat lah jawab nya sampai bila pun dadah dan judi tak dapat di tangkap. Apa pulak jika dadah dan judi tak dapat..berlaku pulak kecederaan atau tertembak kerana cubaan menhalang polis melakukan tugas..contoh nya...Adakah polis nak dipersalahkan...Blah la
Sama jugak kes bila kereta yg dipandu laju tidak mahu berhenti lalu cuba merempuh polis semasa mengundur ...Sudah pasti nyawa dan keselamatan polis telah tergugut dan mereka terus bertindak melepaskan tembakan..Ini lah yg diajar semasa latihan disemua akademik polis didunia.Tembak dulu sebelum kena tembak..bertindak dulu sebelum mendapat kecederaan diri atau rakan sekerja.
3.Setiap kejadian buruk ada baik nya begitu jugak sebalik nya...Kes Aminurasyid akan datang dan hilang dari ingatan lambat laun...Jangan membuang msa dan tenaga semata mata nak menceri salah polis dan memburuk buruk IGP.Tidak kira siapa jadi polis atau IGP ,,,,,jgn mendabik dada boleh mengelak kejadian seperti ini kalu org PAS jadi IGP dan jemaah PAS jadi polis..hhaah

Post a Comment

 

Bottom 1

Bottom 2

Bottom 3