Wednesday, May 5, 2010


Kenapa Putera Sultan Kelantan Ditangkap Oleh UTK-Polis



[postlink]http://lpdn28.blogspot.com/2010/05/kenapa-putera-sultan-kelantan-ditangkap.html[/postlink]HermanSamsudeen

Tak boleh nak bayangkan, macam mana keadaan ketika penangkapan itu dibuat diluar Istana. Kita pernah lihat Anwar ditangkap oleh Unit Tindakan Khas Polis yang memakai Topeng. Kebiasaannya operasi penangkapan yang mengunakan UTK ini bukanlah tangkapan biasa kerana mereka juga datang dengan persiapan yang macam nak bertempur. Sesiapa pun tak boleh halang, kalau halang terus ditembak.
Fakhry ditangkap, Tengku Anis diawasi

Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra ditahan oleh sepasukan anggota dan pegawai polis dipercayai dari Unit Tindakan Khas (UTK) yang memakai topeng di luar Istana Mahkota, Kubang Kerian, Kota Bharu, malam semalam.

Menurut Kosmo, Tengku Fakhry (kanan) ditahan bersama dua orang doktor dan beberapa orang pengawal peribadi Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra.

Akhbar tabloid itu yang memetik sumber istana memberitahu, putera Sultan Kelantan itu ditahan ketika beliau bersama dua orang doktor dan sekumpulan pengawal peribadi sultan menaiki beberapa buah kenderaan.
Mereka dikatakan baru keluar kira-kira 50 meter dari Istana Mahkota.

Kejadian itu berlaku pada jam 7.30 malam.

Semasa kejadian, turut berada dalam sebuah daripada kenderaan rombongan itu ialah Pemangku Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra dan Raja Perempuan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid.

0 comments:

Post a Comment

 

Bottom 1

Bottom 2

Bottom 3