Monday, May 3, 2010


Musa Hasan Perlu Letak Jawatan Atau Dipecat Segera!!



[postlink]http://lpdn28.blogspot.com/2010/05/musa-hasan-perlu-letak-jawatan-atau.html[/postlink]

Kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang mengugut menarik balik anggotanya dari menjaga keselamatan awam disifatkan sebagai angkuh, biadap dan melampaui batas.

Lantas Musa perlu meletak jawatan segera atau dipecat daripada jawatannya serta merta kerana mengeluarkan kenyataan yang tidak bertanggungjawab dan gagal memikul berhubung insiden kematian pelajar berusia 15 tahun, Aminulrasyid Amzah akibat ditembak polis 26 April lalu.

Insiden tersebut menyebabkan kemarahan rakyat kepada PDRM memuncak dengan begitu cepat. Di dalam laman sosial facebook, lebih 30,000 menyertai kumpulan 'Kami Menentang Kezaliman PDRM' yang menggambarkan tahap kemarahan warganegara terhadap kezaliman anggota polis. Berikutan itu, Musa mengugut untuk mengarahkan anggotanya supaya tidak lagi mengawal keselamatan negara sekiranya itu merupakan pilihan rakyat.

Kenyataan Musa ini bersifat kebudak-budakkan tetapi kita menganggap ianya sebagai sesuatu yang serius apabila dia yang mengetuai sebuah organisasi keselamatan yang begitu penting membuat kenyataan yang bersifat ugutan kepada rakyat," .....SO PLS RESIGN!!!!

0 comments:

Post a Comment

 

Bottom 1

Bottom 2

Bottom 3