Peluru tembus paru-paru
[postlink]http://lpdn28.blogspot.com/2010/05/peluru-tembus-paru-paru.html[/postlink]Rentetan Peristiwa Pengawal Istana Kelantan di tembak....
KOTA BHARU: “Ayah hanya beritahu dia ditembak ketika dalam perjalanan pulang ke rumah,” kata Mohd Faris Ramli, 18, anak kepada seorang pengawal keselamatan di Pejabat Istana Kelantan yang cedera parah ditembak, pagi semalam. Difahamkan, kejadian tragis itu berlaku di Kampung Sungai Nyior Palekbang, Tumpat apabila mangsa dihampiri penunggang sebuah motosikal yang memintasnya sebelum melepaskan tembakan.
Tembakan terbabit menyebabkan mangsa cedera parah di dada sebelum dikejarkan ke Hospital Tumpat dan dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) untuk rawatan lanjut. Sehingga jam 1 tengah hari semalam, Ramli yang berkhidmat 17 tahun di Istana Kelantan masih menerima rawatan di wad ICU, selain menerima kunjungan ahli keluarga dan rakan terdekatnya.
Tinjauan Metro Ahad di tingkat satu di luar wad ICU mendapati isteri mangsa, Maznah Mustafa, 50, tidak dapat menahan sebak dan dilihat mengesat air mata sebelum ditenangkan ahli keluarga terdekatnya. Mengulas lanjut mengenai kejadian menimpa ayahnya, Mohd Faris berkata, dia terkejut sebaik dimaklumkan mengenai kejadian yang menimpa ayahnya sebelum bergegas ke Hospital Tumpat bersama ahli keluarganya.
“Pada pagi itu, saya yang baru pulang dari restoran dimaklumkan kakak mengenai kejadian menimpa ayah selepas ditembak individu tidak dikenali ketika pulang dari tempat kerja.
“Dalam keadaan bimbang dan terkejut, kami bergegas ke Hospital Tumpat untuk melihat keadaan ayah dan sempat berbual dengannya mengenai kejadian berlaku pada pagi itu,” katanya ketika ditemui di HRPZII, di sini, semalam.
Mengesahkan mengenai kejadian menimpa kakitangannya, Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad, berkata dia sedih dengan kejadian menimpa Ramli ketika pulang dari menjalankan tugas di Istana.
“Saya difahamkan, kejadian berlaku ketika Ramli dalam perjalanan ke rumahnya di Kok Keli, Tumpat. Bagaimanapun setibanya di Palekbang, dia ditembak individu tidak dikenali.
“Berdasarkan laporan diterima, mangsa mengalami cedera parah di bahagian dada. Mangsa dirawat di ICU HRPZII dan keadaannya serius. Mangsa di tembak di dada dan peluru masih berada dalam badannya,” katanya.
Menurutnya, dia tidak mengetahui motif dan punca sebenar kejadian itu, selain menyerahkan kepada polis Kelantan untuk melakukan siasatan secara terperinci kejadian itu.
“Saya difahamkan, kejadian berlaku sebaik mangsa selesai menjalankan tugas di Istana Negeri, Kubang Kerian. Difahamkan, mangsa tidak membawa senjata api ketika itu.
“Akibat kejadian tembakan terbabit, peluru berkenaan menembusi paru-parunya sehingga mengganggu pernafasan. Keadaan itu memaksanya banyak berehat bagi memastikan dia stabil,” katanya.
Katanya, mangsa yang bertugas secara kontrak mempunyai bidang tugas mengawal keselamatan bagi keluarga diraja dan membantu tugas mengawal pengawal peribadi.
“Yang Maha Mulia Pemangku Raja, Tengku Faris Petra bertitah supaya Ketua Polis Kelantan memberi tumpuan untuk menyiasat segera kes itu secara terperinci dan menyeluruh supaya kita dapat maklumat yang boleh dijadikan panduan.
“Keluarga mangsa juga dinasihatkan bersabar dan kita akan berusaha sedaya upaya untuk membantu menyelamatkan mangsa,” katanya.
Sementara itu usaha mendapatkan Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi bagi mengulas lanjut kejadian petang semalam melalui telefon gagal.

0 comments:
Post a Comment