Rakan, kakak Aminulrasyid beri keterangan di Bukit Aman
[postlink]http://lpdn28.blogspot.com/2010/05/rakan-kakak-aminulrasyid-beri.html[/postlink]
KUALA LUMPUR, 26 Mei — Azamuddin Omar, rakan kepada remaja Aminulrasyid Amzah, 15, yang mati akibat terkena tembakan polis bulan lepas dipanggil ke Bukit Aman hari ini. Turut dipanggil untuk memberi keterangan adalah abang Azamuddin, Muhamad Hafizzudin, 24, dan Nor Azura Amzah, 39, kakak kepada Aminulrasyid berhubung laporan yang dibuat mereka di Shah Alam pada 20 Mei.
Azamuddin, 15, berada dalam kereta yang dipandu Aminulrasyid ketika kejadian itu di Seksyen 11, Shah Alam, pada awal pagi 26 April.
Ketiga-tiga mereka dilihat tiba di perkarangan Bukit Aman kira-kira pukul 3.30 petang ditemani peguam yang mewakili keluarga Aminulrasyid, N. Surendran dan Lateefah Koya.
Surendran berkata mereka disoal di tiga bilik oleh tiga pegawai polis.
Beliau berkata dalam laporan polis yang dibuat sebelum ini, antara lain, mereka menuntut polis tidak menutup kes itu dan meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN) menubuhkan badan bebas untuk menyiasat beberapa kenyataan yang dikeluarkan pihak polis.
Seorang koperal polis telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam berhubung kejadian itu. — Bernama
Nor Azura Amzah, kakak Aminulrasyid bersama Azamuddin Omar, dan peguam N.Surendran di luar bangunan ibu pejabat polis Bukit Aman hari ini.
KUALA LUMPUR, 26 Mei — Azamuddin Omar, rakan kepada remaja Aminulrasyid Amzah, 15, yang mati akibat terkena tembakan polis bulan lepas dipanggil ke Bukit Aman hari ini. Turut dipanggil untuk memberi keterangan adalah abang Azamuddin, Muhamad Hafizzudin, 24, dan Nor Azura Amzah, 39, kakak kepada Aminulrasyid berhubung laporan yang dibuat mereka di Shah Alam pada 20 Mei.
Azamuddin, 15, berada dalam kereta yang dipandu Aminulrasyid ketika kejadian itu di Seksyen 11, Shah Alam, pada awal pagi 26 April.
Ketiga-tiga mereka dilihat tiba di perkarangan Bukit Aman kira-kira pukul 3.30 petang ditemani peguam yang mewakili keluarga Aminulrasyid, N. Surendran dan Lateefah Koya.
Surendran berkata mereka disoal di tiga bilik oleh tiga pegawai polis.
Beliau berkata dalam laporan polis yang dibuat sebelum ini, antara lain, mereka menuntut polis tidak menutup kes itu dan meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN) menubuhkan badan bebas untuk menyiasat beberapa kenyataan yang dikeluarkan pihak polis.
Seorang koperal polis telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam berhubung kejadian itu. — Bernama
0 comments:
Post a Comment