Rakyat Malaysia dalam perjalanan ke Gaza selamat
[postlink]http://lpdn28.blogspot.com/2010/05/rakyat-malaysia-dalam-perjalanan-ke.html[/postlink]
KUALA LUMPUR, 31 Mei — Rakyat Malaysia yang menaiki kapal utama “Rachel Corrie”, satu daripada enam kapal dalam armada kapal kecil yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza, selamat, selepas tentera Israel menaiki kapal Turki bagi menghalang konvoi itu.
Al-Jazeera melaporkan sekurang-kurangnya 15 aktivis terbunuh dan ramai yang cedera apabila komando Israel menyerang kapal Turki yang mengetuai armada kapal kecil awal pagi ini.
“SMS dari Rachel Corrie — semua yang berada di atas kapal selamat. 1,000 batu dari Gaza,” kata seorang pegawai dari Perdana Global Peace Organisation (PGPO) di sini.
Tiga wakil dari PGPO di atas kapal itu ialah Shamsul Akmar Musa Kamal, Matthias Chang dan Ahmad Faizal Azumu dan Anggota Parlimen kawasan Parit Mohd Nizar Zakaria.
Mereka turut disertai wartawan TV3 Halim Mohamed dan jurukamera Mohd Jufri Judin.
Dalam SMSnya kepada PGPO, Shamsul berkata mereka berada kira-kira 1,000 batu nautika dari Gaza.
“Kami telah mendengar mengenai IHH (kapal Turki). Rancangan sekarang adalah untuk terus maju dan berpatah balik sekiranya terdapat amaran daripada tentera Israel,” katanya.
Menurut PGPO, kapal-kapal itu membawa 5,000 tan bahan-bahan pembinaan semula, peralatan sekolah dan peralatan perubatan ke Semenanjung Gaza. — Bernama
Imej video yang dikeluarkan kumpulan bantuan kemanusiaan Turki, IHH hari ini yang menunjukkan tentera Israel di atas bot peronda mereka di kawasan perairan antarabangsa dekat pesisiran pantai Gaza sedang mengepung kapal bantuan Turki. Komando rejim Yahudi menyerang enam kapal yang membawa ratusan sukarelawan pro-Palestin dalam misi kemanusiaan ke Semenanjung Gaza yang membunuh sekurang-kurangnya 10 aktivis. - Foto AP
KUALA LUMPUR, 31 Mei — Rakyat Malaysia yang menaiki kapal utama “Rachel Corrie”, satu daripada enam kapal dalam armada kapal kecil yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza, selamat, selepas tentera Israel menaiki kapal Turki bagi menghalang konvoi itu.
Al-Jazeera melaporkan sekurang-kurangnya 15 aktivis terbunuh dan ramai yang cedera apabila komando Israel menyerang kapal Turki yang mengetuai armada kapal kecil awal pagi ini.
“SMS dari Rachel Corrie — semua yang berada di atas kapal selamat. 1,000 batu dari Gaza,” kata seorang pegawai dari Perdana Global Peace Organisation (PGPO) di sini.
Tiga wakil dari PGPO di atas kapal itu ialah Shamsul Akmar Musa Kamal, Matthias Chang dan Ahmad Faizal Azumu dan Anggota Parlimen kawasan Parit Mohd Nizar Zakaria.
Mereka turut disertai wartawan TV3 Halim Mohamed dan jurukamera Mohd Jufri Judin.
Dalam SMSnya kepada PGPO, Shamsul berkata mereka berada kira-kira 1,000 batu nautika dari Gaza.
“Kami telah mendengar mengenai IHH (kapal Turki). Rancangan sekarang adalah untuk terus maju dan berpatah balik sekiranya terdapat amaran daripada tentera Israel,” katanya.
Menurut PGPO, kapal-kapal itu membawa 5,000 tan bahan-bahan pembinaan semula, peralatan sekolah dan peralatan perubatan ke Semenanjung Gaza. — Bernama
0 comments:
Post a Comment