Sekitar Demontrasi Membantah Lesen Judi Bola di Masjid Pengadang Baru, Kuala Terengganu
[postlink]http://lpdn28.blogspot.com/2010/05/sekitar-demontrasi-membantah-lesen-judi.html[/postlink]Berita: Sdr Amir
Video Recording: Sdr Sabri
Cameraman: Sdr Poktam
Jumaat 21 Mei 2010 - Petang tadi selepas solat jumaat di Masjid Pengadang Baru Kuala Terengganu, satu demontrasi membantah lesen judi bola anjuran Dewan Pemuda Pas Negeri Terengganu telah diadakan di perkarangan masjid. Demonstrasi aman itu bermula kira-kira jam 2.10 petang sebaik sahaja selesai solat Jumaat yang diimamkan oleh Presiden PAS, Dato’ Sri Abdul Hadi Awang.
Antara pimpinan PAS Terengganu yang menyampaikan ucapan ialah Setiausaha Badan Perhubungan PAS Terengganu, Tn Hj Yahaya Ali, Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah, Setiausaha Pemuda PAS Terengganu, Wan Mohd Faizol Wan Abas, Ketua Pemuda PAS Hulu Terengganu, Ustaz Kamarulzaman Abdullah dan Ketua Pemuda PAS Kuala Terengganu, Ahmad Kamal Ali.
Turut berucap dalam himpunan tersebut adalah Ketua Angkatan Muda KeADILan (AMK) Terengganu, Faris Musa. Beberapa krew lpdn28 yang berada disitu turut sama dalam bantahan tersebut.

0 comments:
Post a Comment