Tuesday, May 4, 2010


Senarai Pemimpin BN Yang Menyertai PR



[postlink]http://lpdn28.blogspot.com/2010/05/senarai-pemimpin-bn-yang-menyertai-pr.html[/postlink]

Berikut ialah sebahagian Pimpinan Barisan Nasional yang Keluar parti bersama ribuan penyokong masing-masing sejak setahun lalu (sekadar menyebut beberapa nama).

  1. Dr. Streram Sinnasamy yang juga Pengerusi MIC Cawangan Seri Sentosa menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR)
  2. Ketua Pemuda MIC Cawangan Bandar Bukit Mertajam, M. Pristiraj, 29, Dan Ketua Wanita Mic Cawangan Sungai Rambai, Askusala Kumari, 35.
  3. Bekas Ketua MCA Bahagian Bukit Mertajam, Tony Peh Choon Peng
  4.  Bekas ketua cawangan Umno Bukit Bendera Mentakab, Pahang, Datuk Alimudin Syawal mengesahkan beliau telah keluar dari Umno untuk menyertai PKR.
  5. Timbalan Ketua Bahagian PPP Teluk Kemang, S Karupusammy. Tindakan itu seterusnya melumpuhkan PPP Negeri Sembilan (N9) kerana kekuatan PPP N9 terletak di Bahagian Teluk Kemang.
  6. Intelektual berbangsa Cina, Yong Thye Chong, atau lebih dikenali Sebagai Kim Quek turut menyertai Parti  Keadilan Rakyat.

Berikut pula ialah bekas pemimpin Barisan Nasional yang bergelar menteri dan bertaraf pimpinan tertinggi yang berhijrah menyertai PKR setakat ini.

  1. Timbalan Ketua Wanita MCA merangkap Setiuasaha Parlimen dan Dr Tan Yee Kew
  2. Ahli Parlimen Segambut dan Timbalan Menteri Pembangunan Tanah Dan Koperasi serta Pengerusi Gerakan Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Tan Kee Kwong
  3. Ahli Parlimen Kota Bahru dan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim
  4. Menteri kesihatan, Datuk Chua Jui Meng
  5. Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri merangkap Naib Presiden MIC, Datuk S. S. Subramaniam.
  6.  Datuk Kalakau Untol, Timbalan Menteri Persekutuan merangkap bekas Senator negeri Sabah sehingga 2005.
  7. Bekas Ahli Parlimen Sungai Besi, Fan Seong Than yang juga adik kepada bekas Ahli Parlimen Kampar, Fan Yew Teng, menyertai PKR pada 24 April lalu.
  8. Fan Seong Than berkata, beliau menyertai PKR kerana beliau hilang keyakinan terhadap MCA dan pemimpin baru MCA, Chua Soi Lek yang memenangi jawatan Presiden parti itu baru-baru ini.

Kini Pakatan Rakyat menantikan keputusan keluar parti oleh mantan Timbalan Presiden MCA, Tan Sri Lim Ah Lek. Lim dipercayai menangguhkan untuk keluar parti beberapa minggu lalu bagi mengelakkan BN terjejas dalam PRK di Hulu Selangor.

Sebelum ini, Bernama melaporkan bahawa Lim boleh memaafkan atau tidak membangkitkan sama sekali skandal sex DVD membabitkan Chua Soi Lek tetapi zaman internet tidak membenarkan masyarakat melupakan insiden itu dan ianya di luar kawalan. Lim berpendapat reputasi MCA telah terjejas kerana mempunyai seorang presiden yang terbabit dalam skandal seperti itu. -erapakatan

0 comments:

Post a Comment

 

Bottom 1

Bottom 2

Bottom 3