Wednesday, May 5, 2010


Video: Panel khas kes Aminulrasyid tinjau lokasi kejadian



[postlink]http://lpdn28.blogspot.com/2010/05/video-panel-khas-kes-aminulrasyid.html[/postlink]
Pengerusi panel, Datuk Wira Abu Seman Yusop diberi taklimat ketika membuat lawatan ke tempat kejadian di Shah Alam, malam tadi bagi memantau siasatan berhubung insiden seorang remaja 15 tahun yang ditembak mati oleh polis pada 26 April lalu.

SHAH ALAM, 5 Mei — Panel khas yang ditubuhkan untuk menyiasat insiden kematian Aminulrasyid Amzah, 26 April lepas, memulakan tugas mereka dengan melawat tempat kejadian di sini malam tadi.

Panel yang diketuai Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop bersama tujuh anggota lain dilihat mula berkumpul di Hotel Concorde Shah Alam kira-kira pukul 9.30 malam.

Mereka kemudian melawat beberapa lokasi dan laluan yang dipercayai dilalui

Aminulrasyid dan rakannya, Muhamad Azamuddin Omar, kedua-duanya berusia 15, sebelum mangsa terkena tembakan di kepalanya dan mati di riba Muhamad Azamuddin, di tepi sebuah rumah di Jalan 11/2G, Seksyen 11, di sini.

Panel menaiki sebuah bas yang diiringi kereta polis dan kereta peronda. Antara tempat yang dilawati ialah Bulatan Kayangan dan Restoran Ali Corner di Jalan Platinum G 7/G, Seksyen 7, persimpangan lampu isyarat berhampiran Kompleks PKNS dan bangunan Sirim Berhad.

Rombongan berkenaan tiba di lokasi kejadian kira-kira pukul 11.10 malam dan menghabiskan masa selama 30 minit meninjau kawasan akhir iaitu di jalan utama berhampiran jalan 11/2G dan longkang di mana kereta mangsa terbabas.

Sementara itu, ketika ditemui pemberita Abu Seman berkata tujuan lawatan itu adalah bagi memahami situasi dan gambaran sebenar kejadian.

Turut hadir Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Shah Alam, Deputi Superintendan Kamaruddin Ismail. Bekas Ketua Polis Negara Tun Mohammed Haniff Omar adalah antara lapan anggota panel khas itu. Anggota panel lain ialah tiga anggota Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), pensyarah dan pakar jenayah bebas.

Tiga anggota Suhakam itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (Asli) Datuk Dr Michael Yeoh, Datuk Seri Muhammad Shafee (peguam) dan Datuk Dr Denison Jayasooria (aktivis).

Dua lagi anggota panel ialah pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Prof Madya Datuk Abd Halim Sidek dan penganalisis jenayah Kamal Affandi manakala Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Ahmad Fuad Ab Aziz sebagai setiausaha panel.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi 26 April lepas, Aminulrasyid mati selepas terkena tembakan yang dilepaskan anggota polis peronda apabila remaja itu dikatakan cuba melarikan diri ketika ingin ditahan di Seksyen 11, Shah Alam.


0 comments:

Post a Comment

 

Bottom 1

Bottom 2

Bottom 3