Video: PAS nafi bayar Kickdafella RM4 juta !!
[postlink]http://lpdn28.blogspot.com/2010/05/video-pas-nafi-bayar-kickdafella-rm4.html[/postlink]
PAS hari ini menjelaskan bahawa pucuk pimpinan parti itu langsung tidak tahu-menahu mengenai kewujudan Global Media Channel Sdn Bhd (GMC) iaitu pusat penyebaran propaganda bagi parti itu di Kelantan.
Selain itu Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali turut menafikan bahawa parti itu pernah menyalurkan peruntukan sebanyak RM4 juta kepada Syed Azidi Syed Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai Kickdefella bagi tujuan mewujudkan persepsi buruk terhadap bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dan memastikan PAS kekal memerintah di Kelantan.
"Saya telah semak dengan PAS Kelantan dan PAS Malaysia, kita tidak pernah keluarkan RM4 juta,” katanya.
Syed Azidi, sebelum ini mendakwa dia dibayar RM4 juta bagi tujuan melemahkan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Menurut Mustafa, beliau sendiri yang telah membuat pemeriksaan sama ada di peringkat pusat atau negeri dan didapati penyaluran peruntukan itu tidak pernah berlaku.
Sehubungan itu, katanya, PAS akan membiarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) menjalankan siasatan berhubung dakwaan itu.
“Kami serahkan kepada SPRM menyiasat sehingga akar umbi. SPRM lah siasat, PAS tak perlu buat apa-apa,” katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur, hari ini.
Selepas dipecat daripada Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) November tahun lalu - Syed Azidi menjadi tumpuan kerana kerap mendedahkan pelbagai dakwaan 'kepincangan' dalam kerajaan pimpinan PAS itu.

0 comments:
Post a Comment