Afrika berpesta sempena Piala Dunia, Darfur menangis
[postlink]http://lpdn28.blogspot.com/2010/06/afrika-berpesta-sempena-piala-dunia.html[/postlink]
Jutaan peminat bola sepak di seluruh dunia sedang berpesta. Seperti biasa, masing-masing meletakkan harapan tinggi kepada pasukan pilihan mereka yang beraksi di Afrika Selatan.
Piala Dunia kali ini juga istimewa kerana pertama kali benua Afrika dipilih sebagai tuan rumah. Ramai ke pejabat dengan mata bengkak kerana menonton perlawanan secara langsung hingga awal pagi.
Mereka yang bertuah menonton dari dekat Piala Dunia di Cape Town dan bersorak untuk pasukan pilihan masing-masing. Judi bola bermaharajalela.
Begitulah suasana kegembiraan dunia setiap kali acara terunggul bola sepak itu diadakan. Namun, jauh di utara Afrika Selatan, sebuah wilayah sedang bermandi darah. Pembunuhan besar-besaran dalam era yang kononnya bertamadun ini masih berlaku. Penduduk tidak berdosa terus dihimpit derita dan kelaparan.
Tempatnya: Darfur, Sudan. Wilayah Islam di Afrika ini telah diheret ke kancah perang saudara sejak lebih tujuh tahun lalu namun yang menyedihkan, hanya sedikit atau mungkin tiada langsung perhatian yang diberikan kepada kawasan ini.
Sudah lama Darfur memerlukan bantuan kemanusiaan. Tetapi dunia seolah-olah tidak mendengar rayuannya. Penduduk wilayah itu terus menangis dan menderita kelaparan, sementara dunia berpesta di Afrika Selatan. Situasi di Darfur tidak dapat dibayangkan. Seluruh wilayah itu hancur dalam masa kurang empat tahun - dari 2003 hingga 2007 - selepas pergaduhan puak militan yang disokong Kerajaan Sudan dengan pemberontak.
Pada masa itu, pembunuhan ganas etnik Fur, Zaghawa, dan Massalit oleh 'Syaitan Berkuda', iaitu puak Janjaweed seperti tiada kesudahan.
Selain dibunuh, wanita dirogol dan dicabul di tempat awam semasa keluar mengutip kayu api dan kanak-kanak meninggal dunia setiap hari kerana kebuluran. Ini kerana pekerja kemanusiaan yang bertanggungjawab mengagihkan makanan dan ubat-ubatan sering menjadi sasaran militan, menyebabkan bantuan tidak tiba.
Apa yang merasuk mereka sehingga menjadi sebegitu tidak berhati perut? Pastinya tiada siapa dapat memberikan jawapan yang tepat. Tetapi, apa yang ada adalah perangkaan yang tepat.
Menurut pertubuhan kemanusiaan, Gabungan untuk Keadilan Antarabangsa (CIJ), konflik yang bermula pada Februari 2003 itu menyebabkan 200,000 penduduk Darfur maut dan 2.5 juta menjadi pelarian, berlindung di negara jiran, Chad.
Jumlah itu sama seperti jumlah penduduk di sebuah negara kecil. Jika maklumat menakutkan ini tidak membuka mata dunia mengenai betapa genting situasi di Darfur, apa lagi yang akan menyedarkan mereka? Adakah apabila 2.5 juta penduduk itu hilang dari muka bumi kerana tidak mendapat keperluan asas, atau apabila mereka ditanam hidup-hidup oleh militan?
Tinjauan terbaru Pertubuhan Oxfam International di Darfur menunjukkan kurang separuh daripada penduduk mendapat air bersih dan kadar kematian semasa bersalin antara yang tertinggi di dunia.
Dari segi infrastruktur pula, Darfur, kawasan yang sama besar dengan Perancis, mempunyai kurang 50 km jalan berturap, menyukarkan penghantaran bantuan semasa musim hujan.
Selain itu, 80 peratus daripada orang dewasa tidak boleh membaca dan satu daripada tujuh kanak-kanak mati sebelum berumur lima tahun.
Semua penderitaan itu dijangka hilang apabila perjanjian damai ditandatangani puak bertelagah pada 2006 tetapi malangnya, ia tidak membawa apa-apa makna. Pembunuhan masih berlaku, malah lebih kritikal.
Pengarah Pertubuhan Save the Children di selatan Sudan, Francisco Roque berkata, wilayah bergolak Darfur adalah antara kawasan termiskin di dunia selepas lima tahun perjanjian damai ditandatangani.
Awal tahun ini, 10 agensi kemanusiaan memberi amaran peperangan besar akan kembali menghantui Darfur jika tiada tindakan antarabangsa diambil bagi menyelamatkan wilayah itu.
Kebanyakan pemerhati dan pertubuhan kemanusiaan yang bekerja di Darfur merasakan masyarakat antarabangsa tidak berusaha untuk menghentikan apa yang mereka panggil sebagai 'bencana kemanusiaan terburuk di dunia'. - sinar harian

0 comments:
Post a Comment