Monday, June 7, 2010


Al-Fatihah-Ibu kepada 3 orang ahli Unit Amal Pemuda PAS Wilayah Persekutuan meninggal dunia



[postlink]http://lpdn28.blogspot.com/2010/06/al-fatihah-ibu-kepada-3-orang-ahli-unit.html[/postlink]

Al-Fatihah-Ibu kepada 3 orang ahli Unit Amal Pemuda PAS Wilayah Persekutuan meninggal dunia jam dua petang semalam. Pemuda wilayah mengucapkan takziah kepada Sdr. Azri, Roshidi (Baju merah) dan Izami (Baju Putih)… sesungguhnya kita akan menyertai mereka yang telah pergi, berbahagialah ibu bapa yang meninggalkan anak-anak soleh yang sentiasa berjuang dijalan Allah.

Saya sempat menziarahi sahabat-sahabat ini semalam. Roshidi dan kakaknya memandikan ibu mereka buat kali terakhir,

ketika solat jenazah…suasana sebak bila anak ke-empat (Sdr. Izami) menjadi imam dan menghadiahkan doa terakhir buat ibunya….

Azri menguruskan pengkebumian….

Semua ibu bapa mengharapkan pengakhiran begini. Mahu anak mereka memandi dan mensolatkan jenazah mereka, mahu anak mereka menghantar jenazah mereka ke kubur, mahu anak mereka sendiri yang mengkebumikan mereka….bukan orang lain.

Malangnya sesetengah anak2 hari ini memberikan ‘tender’ pada orang lain untuk menguruskan jenazah ibu bapa mereka yang selama ini, ibu bapa itulah yang mengendong mereka ke sana sini hingga berumur 3 tahun, ibu bapa itulah yang memandikan mereka, beri pakaian dan segalanya…

Sumber: http://syukran.wordpress.com/

0 comments:

Post a Comment

 

Bottom 1

Bottom 2

Bottom 3