Tuesday, June 15, 2010


DAP: Adun Malim Nawar mungkin terpikat ganjaran BN



[postlink]http://lpdn28.blogspot.com/2010/06/dap-adun-malim-nawar-mungkin-terpikat.html[/postlink]
KUALA LUMPUR, 15 Jun – Pengerusi Perak DAP Datuk Ngeh Koo Ham mendakwa Adun Malim Nawar Keshvinder Singh, yang keluar parti itu atas alasan ‘kewangan’ dan kepimpinan DAP, kemungkinan terpikat dengan ganjaran ditawarkan Barisan Nasional (BN).

Pada sidang media ringkas di lobi bangunan Parlimen petang ini Ngeh berkata beliau terkejut dengan pengumuman Keshvinder tetapi menegaskan wakil rakyat penggal pertama itu pernah ditawar agar keluar DAP dan menyokong BN.

“Saya terkejut dengan pengumuman beliau, ya, tetapi kami juga tahu bahawa Barisan juga cuba untuk memikat ramai wakil rakyat kami banyak kali,” katanya.

“Keshvinder Singh sendiri pernah membuat laporan di SPRM sebelum ini mengenai tawaran daripada BN,” katanya lagi. - malaysian insider

0 comments:

Post a Comment

 

Bottom 1

Bottom 2

Bottom 3