Thursday, June 24, 2010


Drebar teksi kena cabul



[postlink]http://lpdn28.blogspot.com/2010/06/drebar-teksi-kena-cabul.html[/postlink]
Geram dengan tindakan penumpang mencabulnya, seorang pemandu teksi wanita mendapat idea bijak apabila memandu kenderaan pengangkutan awam itu terus ke balai polis berhampiran sebelum membuat laporan berhubung jenayah seksual dilakukan terhadapnya.

Akibatnya, penumpang teksi terbabit berusia 56 tahun ditahan sejurus laporan dibuat wanita berusia 51 tahun itu. Menurut sumber polis, kejadian berlaku Khamis lalu selepas mangsa menerima panggilan daripada seorang rakan wanita berusia 70-an di Taman Muda di sini, yang ingin menggunakan perkhidmatan teksi untuk ke pasar.

“Bagaimanapun, sejurus mangsa tiba di rumah itu, rakannya tiba-tiba menukar rancangan kerana keletihan lalu meminta anak lelakinya ke pasar dengan menaiki teksi berkenaan.

“Tanpa mengesyaki apa-apa, mangsa membawa anak lelaki rakannya itu menaiki teksi untuk ke pasar,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, ketika dalam perjalanan, lelaki terbabit yang berada di tempat duduk hadapan tiba-tiba membuka butang baju mangsa sebelum meramas buah dadanya.

“Mangsa tidak mampu berbuat apa-apa kerana sedang memandu dan hanya menegur serta memarahi lelaki terbabit kerana bersikap biadab terhadapnya.

“Bagaimanapun, lelaki berkenaan tanpa perasaan bersalah hanya tersenyum memandang mangsa membuatkan wanita terbabit menjadi bertambah berang,” katanya.

Sumber itu berkata, walaupun marah, pemandu teksi berkenaan masih mampu bersabar dan mendapat idea untuk mengajar anak rakannya yang kurang ajar itu dengan memandu kenderaan itu ke balai polis.

“Sejurus tiba di balai, mangsa memaklumkan kejadian itu kepada anggota polis sebelum membuat laporan berhubung kejadian di dalam teksi sebelum itu.

“Lelaki terbabit kemudian ditahan,” katanya.

Menurut sumber itu, wanita berkenaan sudah enam tahun memandu teksi dan mengenali ibu lelaki terbabit.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dibuat mangsa.

“Suspek kini direman empat hari bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan,” katanya. -Metro

0 comments:

Post a Comment

 

Bottom 1

Bottom 2

Bottom 3