Tuesday, June 22, 2010


KP Ikim: ‘Apa hak kita halang Asri masuk Umno?’



[postlink]http://lpdn28.blogspot.com/2010/06/kp-ikim-apa-hak-kita-halang-asri-masuk.html[/postlink]
KUALA LUMPUR, 22 Jun — Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim) Datuk Nik Mustapha Nik Hassan percaya bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin mempunyai sebab tersendiri untuk menyertai Umno dan semua pihak perlu menghormati keputusan itu.

“Itu hak beliau (Asri) untuk menyertai mana-mana parti dan apa hak kita untuk menghalangnya.

“Setiap orang boleh berfikir dan membuat keputusan. Jadi kita perlu menghormatinya,” kata beliau pada sidang media sempena Seminar Agama dan Hak Asasi Manusia: Ke Arah Pemurnian Kefahaman di sini hari ini.

Nik Mustapha berkata apa yang penting adalah tujuan Asri menyertai Umno.

“Saya percaya beliau menyertai Umno untuk menegakkan kebenaran dan keadilan seperti mana yang disuruh dalam agama.

“Jadi kalau beliau percaya Umno boleh membawanya ke arah itu kita tidak boleh menghalangnya,” katanya.

The Malaysian Insider difahamkan bahawa Asri dijangka menyertai Umno, Jumaat ini bersama kira-kira 100 ulama lain yang boleh membantu Barisan Nasional (BN).

Asri pula berkata masih belum membuat keputusan akhir lagi.

0 comments:

Post a Comment

 

Bottom 1

Bottom 2

Bottom 3