Lesen Judi, Tahniah Rakyat Malaysia!
[postlink]http://lpdn28.blogspot.com/2010/06/lesen-judi-tahniah-rakyat-malaysia.html[/postlink]KUALA LUMPUR : Kenyataan bahawa pemberian lesen judi masih belum dimuktamadkan oleh kerajaan atas alasan mahu mendapatkan maklum balas daripada pelbagai pihak merupakan kejayaan pertama kempen anti-lesen judi menurut Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ).
GMJ melalui setiausahanya Suhaizan Kaiat berkata, ‘tindak balas rakyat’ melalui ceramah, demontrasi, penyerahan memorandum dan halangan daripada kerajaan Pakatan Rakyat memberikan isyarat penentangan yang jelas daripada rakyat.
“Sebenarnya tekanan rakyat ini telah berjaya menghalang pihak kerajaan memberi kebenaran kepada syarikat Ascot Sports Sdn Bhd menjalankan operasi judi sukan semasa kejohanan bola sepak piala dunia yang akan berlansung pada 11 Jun 2010.
“Ini merupakan kejayaan 50 peratus rakyat Malaysia untuk memansuhkan judi sukan. Tahniah rakyat Malaysia !” katanya yang juga ketua penerangan Pemuda PAS.
Terdahulu, dalam satu jawapan bertulis di Dewan Rakyat, Kementerian Kewangan berkata, kerajaan belum belum memuktamadkan perbincangan mengenai syarat-syarat dan terma-terma pelesenan dengan syarikat Ascot Sports bagi menjalankan operasi pertaruhan bookie di malaysia.
Menurut kenyataan itu lagi kerajaan masih mendapatkan maklum balas/pandangan pelbagai pihak terhadap cadangan pelesenan pertaruhan bookie di Malaysia dengan hasrat untuk mengurang dan seterusnya menghapuskan perjudian tanpa lesen.
Dalam satu kenyataan dipetik media, Suhaizan berkata, separuh lagi kejayaan itu akan tercapai sekiranya rakyat turun beramai-ramai dalam demontrasi besar mereka di Istana Negara pada 3 Julai depan.
“Tekanan ini perlu dipertingkatkan bagi mempastikan pecutan terakhir ini berjaya memansuhkan judi sukan yang boleh membawa kesan buruk khususnya kepada anak-anak muda di negara ini.”

0 comments:
Post a Comment