Malaysia Seronok Sambut Judi Piala Dunia, APCO Bersorak Kapal Bantuan Ke Gaza Diserang Israel
[postlink]http://lpdn28.blogspot.com/2010/06/malaysia-seronok-sambut-judi-piala.html[/postlink]HermanSamsudeen
Memang panas hati dengar 20 orang aktivis keamanan mati dibunuh oleh Komando Israel pagi semalam. Mereka yang menyertai konvoi Freedom Flotilla bagi misi bantuan ke Gaza menjadi mangsa kepada kezaliman Israel yang menjadi negara utama yang didokong oleh APCO Worldwide.
APCO Worldwide menjadi rakan konsultasi Kerajaan Malaysia berjaya menguasai pemikiran pemimpin negara supaya bertindak pasif dalam isu Palestine. Tidak ada lagi suara-suara pemimpin negara yang meberikan kecaman-kecaman keras dipentas antarabangsa. Hatta dalam Forum Ekonomi Islam dunia baru-baru ini pun isu Palestine tidak mendapat perhatian yang luas kerana semua sibuk nak menkayakan negara masing-masing dan tidak peduli pada Palestine yang disekat ekonominya.
Malaysia pula sibuk dengan agenda judi bolannya menjelang Piala Dunia. Hambatan ekonomi menjadi alasan kepada Kerajaan menghalalkan perkara yang haram dan dengan selambanya pemimpin-pemimpin Umno mengunakan idea APCO mereka iaitu “Judi hanya untuk bukan Islam”.
Soalnya, adakah semua bukan Islam itu setuju untuk mereka dijadikan sasaran untuk aktiviti perjudian. Mereka juga ada agama dan pegangan moral. Jadi dimanakah moral untuk menghalalkan judi yang jelas merosakan masyarakat tanpa mengira apa agama, dan apa bangsa mereka.
Adakah bila sesuatu yang tidak baik dan diharamkan oleh Islam, perlu diberikan kepada bukan Islam dengan alasan mereka ‘tidak kisah’. Inilah perlecehan yang dibuat kerajaan dalam menimbangkan kelulusan judi ini, walaupun hakikatnya ramai yang bukan Islam turut menentang dasar ini.
Keseronokan menyambut judi piala dunia dan menantikan pulangan berbilion ringgi untuk penjabat Menteri Kewangan di Putrajaya menjadi agenda nasional sekarang. Inilah dia sebahagian dari pakej Transformasi Negara, dan juga Model Ekonomi Baru yang digagaskan Najib.
Rakyat selepas ini akan berteleku dan meratap kesilapan mereka memilih pemimpin jahil yang akhirnya mendatang mudarat kepada diri, keluarga dan masyarakat. Gejala perjudian yang dahulunya dikenali sebagai aktiviti yang hina kini telah dimuliakan dan dihalalkan dibawah kepimpinan Umno.
Malulah pada anak warisan kita nanti. Apa pasal mak bapak mereka hari ini beri undi pada pemimpin zalim yang bersubahat dengan talibarut Zionis Israel dan membawa dasar Judi ke negara ini sama seperti yang sedang dibuat oleh Israel. Israel buat 1 Israel, mereka ikut…ini tak pa lagi…sekarang Israel keluarkan lesen judi bola sepak piala dunia…pun mereka ikut….kalau Israel terjun longkang pun nanti mereka akan ikut…
Ayuh! rakyat Malaysia. Halau APCO keluar dari Malaysia, hapuskan judi dengan meruntuhkan kerajaan yang tak tentu arah ini!

0 comments:
Post a Comment