Friday, June 25, 2010


Umno nak atau tak nak judi?



[postlink]http://lpdn28.blogspot.com/2010/06/umno-nak-atau-tak-nak-judi.html[/postlink]Roslan SMS

Isu judi bolasepak yang dilesenkan kepada Ascot milik jutawan Vincent Tan terus hangat diperkatakan. Saya percaya ramai yang tidak ambil pusing jika tokok-tokoh bukan Islam atau bukan Melayu yang mengeluarkan kenyataan tak kiralah menyokong atau menentangnya.

Malah di kalangan pemimpin politik bukan Islam sama ada dari BN mahupun dari Pakatan Rakyat, berbelah bahagi nampaknya. Ada yang menyokong, ada yang menentang. Lebih tepat lagi rata-rata pemimpin PR menentang, manakala ada juga dari BN yang turut menentang.

Yang menjadi pelik malah mengaibkan agama dan bangsa adalah apabila pemimpin Melayu Islam yang terpacul memberi sokongan dan mempertahankan kewajaran memberikan lesen judi ini.

Alasannya konon lesen ini tidak ada kena mengena dengan orang Islam. Konon seorang Pak Menteri berkata berjudi ini hak asasi bukan Islam! Berjudi ini cara hidup bukan Islam – “gambling had always been a way of life for the non Muslims in the country” (Rais Yatim).

Benarkah judi yang berlesen tidak mendatangkan kesan sosial kepada masyarakat? Benarkah dengan memberikan lesen bermakna kita menghapuskan kegiatan judi haram yang tidak berlesen?

Bahana judi meruntuhkan keluarga dan masyarakat dan ini adalah hakikat yang patut diakui. Rumah tangga dan keluarga berpecah-belah akibat sindrom tahi judi memang diketahui oleh semua. Magnum,Big Sweep, Sports Toto dan lain-lain telah bertahun-tahun dilesenkan tetapi kita masih mendapat berita betapa pihak polis memberkeas kegiatan ekor haram sehingga ramai yang dibuang daerah akibatnya.

Terbaru bekas Ketua Wanita Umno, Rafidah Aziz turut menyokong agar lesen judi ini diberikan kononnya ia akan memudahkan pengawalan.

Sumbangnya apabila pemimpin Islam membela kegiatan mungkar seumpama ini. Kalau benar pun kawan pada Vincent Tan, tak perlulah bertegang leher mahu mempertahankan sesuatu yang bertentangan dengan agama kita sendiri.

Kalau kita mahu bercakap berkenaan hak bukan Islam, mengapa kita tidak mempertahankan hak orang Islam. Rakyat di Kelantan contohnya melalui wakil rakyat mereka telah meluluskan hukum hudud di Kelantan iaitu suatu hak yang diberikan oleh Allah swt ke atas umat Islam. Kenapa pemimpin BN termasuklah yang beragama Islam menyekat dan menghalangnya dari terlaksana? Tidakkah ini menghalang hak asasi umat Islam?

Kita sudah punya banyak lesen judi yang telah diluluskan. Yang ada itupun terus mengundang masalah masyarakat dan tidak mengurangkan sedikit pun kegiatan judi haram tanpa lesen. Mengapa kita mahu meluluskan yang baru?

Kalau benarlah ada sehingga 100 orang ulamak yang dikatakan akan menyertai Umno beramai-ramai esok, saya harap ulamak ini menyedarkan pemimpin-pemimpin Umno betapa berdosanya mereka menjadi alat dalam menghalalkan sesuatu yang jelas haram. Kalaupun terpaksa atas alasan apa sekali pun biarlah yang beria-ia dan bersungguh-sungguh itu pemimpin yang bukan Islam. Mengapa perlu yang Islam pula memperjuangkannnya? - harakahdaily

0 comments:

Post a Comment

 

Bottom 1

Bottom 2

Bottom 3