Hospital kecoh isteri, mentua rebut mayat
[postlink]http://lpdn28.blogspot.com/2010/07/hospital-kecoh-isteri-mentua-rebut.html[/postlink]
TAMPIN: Kematian seorang lelaki pagi semalam, menimbulkan kekecohan di bilik mayat Hospital Tampin di sini apabila isteri dan ibu bapanya menuntut supaya jenazahnya dikebumikan di kampung masing-masing.
Abd Jalil Tompang, 46, meninggal dunia akibat radang paru-paru selepas dimasukkan ke hospital itu, kelmarin.
Apabila disahkan meninggal dunia kira-kira jam 9.30 pagi, pihak hospital menghubungi isterinya di Kampung Seri Repah dekat sini dan ibu bapanya di Melaka.
Bagaimanapun, perbalahan berlaku apabila kedua-dua pihak bertegas mahukan jenazah dikebumikan di kampung masing-masing.
Ibu bapa Abd Jalil menuntut jenazah dibawa balik ke Melaka untuk dikebumikan dengan alasan anak mereka ketika sakit tinggal bersama mereka selama tiga bulan dan mereka yang menjaganya.
Bagaimanapun, Sarimah Sharif, 40, yang mengambil suaminya dari kampung di Melaka kira-kira dua minggu lalu menuntut dikebumikan di sini kerana dia adalah isterinya.
Ini menyebabkan pihak hospital menasihat kedua-dua pihak membuat laporan polis di Balai Polis Tampin.
Sebaik laporan diterima, perkara itu dirujuk kepada Pejabat Agama Islam daerah Tampin dan dengan nasihat pegawai agama Islam daerah, ibu Abd Jalil bersetuju menyerahkan jenazah itu kepada menantunya untuk dikebumikan di Kampung Seri Repah.
Ibu Abdul Jalil, Fatimah Baba, 66, berkata beliau akur terhadap keputusan itu dan menerima hakikat bahawa menantunya lebih berhak menguruskan pengebumian anak mereka.
Sarimah pula berterima kasih kepada ibu bapa mentua dan saudara mara suaminya yang bersetuju membenarkan jenazah suaminya dikebumikan di sini.
“Biarlah dia dikebumikan di sini supaya saya dan anak-anak mudah menziarahinya kuburnya,” katanya yang enggan mengulas lanjut perbalahan itu kerana menyifatkan perkara itu sebagai peribadi.
Sarimah lega kerana perkara itu berakhir dengan baik apabila semua pihak menerima keputusan yang diputuskan oleh pegawai agama Islam daerah. - berita harian
Nasihat pegawai pejabat agama bantu rungkai masalah
JENAZAH Abd Jalil diusung ke kereta jenazah untuk dibawa pulang ke rumah isterinya, di Kampung Seri Repah, Tampin untuk disemadikan.

0 comments:
Post a Comment