Najib hendak butakan maklumat rakyat sebelum PRU 13
[postlink]http://lpdn28.blogspot.com/2010/07/najib-hendak-butakan-maklumat-rakyat.html[/postlink]Parti Islam Se-Malaysia (PAS) melihat bahawa Presiden Umno yang juga Presiden BN, Dato' Seri Najib Tun Razak kini mempergunakan sepenuhnya kuasanya dalam Kerajaan untuk menyekat media-media Pakatan seperti Harakah, Suara KeAdilan dan Roket.
Media rasmi komponen Pakatan ini merupakan sumber maklumat alternatif rakyat khususnya bagi para ahli dan penyokong untuk mengetahui segala kezaliman dan penyalahgunaan kuasa BN dalam kerajaan serta kelemahan pentadbiran BN.
Isu Suara Keadilan menyiarkan berita bertajuk "Felda Bankrap" dimanipulasikan sepenuhnya bagi membuka ruang membunuh media berkenaan. Para peneroka diseru berdemo dan Menteri BN dalam Kementerian Dalam Negeri memberikan seluas-luasnya ruang untuk rakyat menunjukan kemarahan pada Suara Keadilan.
Tidak cukup dengan itu, KDN berusaha untuk mengharamkan media berkenaan. Harakah pun kena juga. Roket sentiasa diperhatikan.
PAS menuntut supaya pihak KDN perlu meletakkan garis panduan yang jelas antara berita yang menjejaskan ketenteraman parti dengan ketenteraman negara. Dua perkara ini berbeza. Sebagai sebuah negara demokrasi sudah tentu ada pembangkang dan kerajaan. Kedua-dua pihak ini perlu diberi peluang untuk memastikan mereka diterima oleh rakyat. Pihak Datuk Seri Najib dan KDN jangan buat pekak terhadap berita-berita yang disiarkan oleh media pro BN sehingga menimbulkan keresahan di kalangan rakyat. Ini dapat dilihat bagaimana laporan yang tidak betul dengan menyebut kerajaan Pakatan Rakyat dengan kerajaan pembangkang. Apakah ini cara pemberitaan yang betul?. Jangan kuman seberang laut nampak, gajah depan mata tidak nampak.
Semua ini ada kaitan dengan persiapan BN untuk PRU-13. Apa jua tekanan yang cuba di berikan oleh BN, jentera penerangan Pakatan perlu memperluaskan medium penyebaran maklumat kepada rakyat. Setiap ahli dan penyokong juga diminta untuk terus membantu memberikan kefahaman pada rakyat.
Organisasi media Pakatan tidak akan goyah dengan sebarang ugutan dan ancaman, malah BN akan terus dihantui oleh dosa-dosa mereka yang didedahkan oleh Pakatan. PAS yakin, rakyat akan merubah Kerajaan pada PRU-13.
Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

0 comments:
Post a Comment