Seorang anak durjana sanggup menumbuk kepala bapanya menggunakan 'buku lima'
[postlink]http://lpdn28.blogspot.com/2010/07/seorang-anak-durjana-sanggup-menumbuk.html[/postlink]
KUALA LUMPUR: Seorang anak durjana sanggup menumbuk kepala bapanya menggunakan 'buku lima' sehingga terpaksa menerima beberapa jahitan hanya kerana 'rimas' dengan nasihat bapanya yang mahu dia mencari pekerjaan dan berubah sikap menjadi orang baik.
SAKIT...Mustaffa menunjukkan kepalanya yang cedera.
Malah, anak sulung daripada enam beradik itu turut cuba memukul bapanya menggunakan tukul besi berhampiran rumah mereka di Flat Program Perumahan Rakyat (PPR) Sri Alam Off Jalan Istana di sini, tengah malam kelmarin.
Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Mustaffa, 44, berkata dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah malam itu, dia yang baru pulang bekerja menegur isterinya berhubung sikap anak sulung lelaki mereka yang gemar melepak dan membuang masa bersama rakan sebaya.
Mustafa yang bekerja sebagai penyiasat dalaman di sebuah pusat beli-belah meminta isterinya menasihati anak mereka itu supaya mencari pekerjaan dan membantu enam adiknya. Ketika itu, anak mangsa yang berusia 21 tahun melepak dalam rumah.
"Sebaik mendengar saya berkata demikian, dia menerkam ke arah saya dan memukul kepala saya dengan buku lima hingga kepala saya berdarah. Saya langsung tidak menyangka anak saya sanggup berbuat demikian," katanya ketika ditemui, semalam.
Menurut Mustafa, akibat kehilangan banyak darah, dia hampir pitam, namun cuba menahan diri daripada terjatuh.
"Anak saya melarikan diri, namun beberapa minit kemudian, dia muncul kembali sambil menjerit dan cuba memukul saya menggunakan tukul besi. Mujur beberapa jiran yang melihat kejadian itu sempat menahannya. Ketika itu terdetik hati dia berniat untuk membunuh bapa kandungnya," katanya.

0 comments:
Post a Comment