Sepanyol bimbang sotong Piala Dunia dimakan rakyat Jerman
[postlink]http://lpdn28.blogspot.com/2010/07/sepanyol-bimbang-sotong-piala-dunia.html[/postlink]
MADRID - Kerajaan Sepanyol semalam melahirkan kebimbangan berhubung masa depan sotong peramal pertandingan bola sepak Piala Dunia 2010 yang dipelihara di Akuarium Sea Life, selatan Jerman ekoran keputusan perlawanan separuh akhir semalam di Afrika Selatan.
Paul mendapat perhatian meluas setelah membuat ramalan tepat semua enam perlawanan melibatkan Jerman.
Sotong itu turut membuat ramalan tepat dengan memilih Sepanyol menewaskan Jerman.
Haiwan itu membuat ramalan dengan memilih bekas berisi makanan yang dihiasi bendera Sepanyol dan bukannya bekas dihiasi bendera Jerman.
Kerajaan Sepanyol bimbang rakyat Jerman akan membalas dendam dan mengikut jejak penyokong-penyokong Argentina sebelum ini yang mahu menjadikan sotong tersebut sebagai makanan ekoran ramalan Paul mengenai nasib negara itu.
"Saya amat prihatin dengan keadaan sotong itu... saya memikirkan untuk menghantar satu pasukan perlindungan ke Jerman," kata Perdana Menteri Sepanyol, Jose Luiz Rodriguez Zapatero kepada stesen radio Cadena Ser sambil bergurau.
Namun, Menteri Perikanan dan Alam Sekitar Sepanyol, Elena Espinosa mencadangkan langkah keselamatan untuk Paul dilakukan dan beliau akan memohon Majlis Menteri Eropah membuat larangan supaya Paul ditangkap bagi mengelak peminat Jerman daripada memakannya.
Segelintir penyokong Jerman yang kecewa selepas kalah kepada Sepanyol mengirim pesanan menerusi pelbagai forum di Internet sehingga ada yang menawarkan ganjaran bagi mendapatkan sotong berkuasa psikik itu dan dijadikan hidangan panggang barbeku.
Seorang wartawan Jerman pula dalam ulasan setelah perlawanan berakhir membayangkan dia kini amat teruja untuk memakan Paul.
Situasi itu menyebabkan ramai rakyat Sepanyol mulai bimbang dengan nasib sotong tersebut.
Menteri Perindustrian Sepanyol, Miguel Sebastian menyarankan pihak berkuasa melakukan pemindahan segera secara percuma terhadap Paul untuk dibawa dari Jerman ke Sepanyol demi memastikan keselamatan haiwan itu. - AFP

0 comments:
Post a Comment