Monday, July 26, 2010


Umno Sanggup Guna Ulama Mengemis Minta Bantuan PAS Ketika Lemah



[postlink]http://lpdn28.blogspot.com/2010/07/umno-sanggup-guna-ulama-mengemis-minta.html[/postlink]LINGGI 26 Julai - Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail menjelaskan Umno menjadi angkuh apabila berada dalam kedudukan kuasa yang kuat sehingga segala teguran rakyat tidak diendahkan namun kini apabila berada dalam keadaan lemah mereka sanggup menjadi pengemis dengan melibatkan ulama mereka sendiri.

"Beberapa hari kebelakangan ini terdapat pemimpin Umno telah menghulurkan salam perpaduan kepasda PAS dengan alasan untuk menjaga kepentingan orang Melayu di negara ini. Salam ini dihulurkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan juga Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin, tidak ketinggalan juga Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.

"Pada awalnya watak utama menggunakan pendekatan ulama ditunjukkan oleh Mufti Perak itu dengan alasan perpaduan orang Melayu hampir terpinggir serta kuasa politik orang Melayu akan hancur apabila tidak ada perpaduan antara Umno dan PAS.

"Setelah kenyataan itu dikeluarkan maka datanglah dua pemimpin Umno, Najib dan Muhyiddin mengucapkan perkara yang sama malah menjemput PAS untuk berbincang bagi mencari perpaduan demi kepentingan politik melayu.

"Kenapa perpaduan Melayu diletakkan kehadapan dalam jemputan mereka? Kita perlu tahu isu perpaduan ini timbul bila kuasa politik mereka berada pada tahap yang lemah, Umno tidak akan pandang sesiapa pun bila kuasa politik mereka kuat. Umno angkuh bila kuat tetapi sanggup menjadi pengemis bila lemah.

"Kita lihat sebelum ini apa yang telah Umno lakukan kepada PAS sekitar tahun 1970an, dikala mereka rasakan sokongan terhadap parti mereka ditolak oleh rakyat, Umno telah menghulurkan salam kepada PAS agar bersama dengannya untuk meneruskan perjuangan orang Melayu.

"Bila bersama PAS sokongan kepada politik mereka Umno sudah semakin kuat sehinggalah pada satu masa PAS ditendang secara jijik tanpa ada sebarang belas simpati pun.

"Beberapa tahun yang lepas PAS beberapa kali ingin bermuzakarah dengan Umno tetapi angkuhnya sebuah parti bernama Umno ini menolak niat baik PAS dengan menyatakan Umno tidak perlu PAS dalam politik mereka kerana Umno mendapat sokongan dari seluruh rakyat, tidak timbul pun sebarang isu tentang perpaduan orang Melayu.

"Tetapi setelah satu gelombang politik baru melanda negara ini pada tahun 2008, yang mana kita melihat rakyat telah menolak politik angkuh Umno dan menyebabkan beberapa negeri berjaya ditakluki oleh Pakatan Rakyat. Umno kini sedar rakyat sudah bosan, sokongan terhadap mereka tidak kira daripada orang Melayu, Cina mahupun India telah mula berkurangan, pada saat inilah Umno ingin mengemis dengan PAS untuk membincangkan tentang perpaduan orang Melayu," jelas beliau pada ceramah di linggi sabtu lalu.

Tambah Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Machang, di mana peranan mufti yang sepatutnya berbicara tentang soal perpaduan orang Melayu dan agama Islam, ketika fitnah menguasai politik Umno.

Mufti kata beliau gagal menjalankan tanggungjawab sebagai orang yang memiliki ilmu agama untuk tampil memberi penjelasan betapa kejinya seseorang itu melemparkan fitnah.

"Mana mufti yang berbicara tentang soal perpaduan orang Melayu, kita melihat kini betapa lantangnya mempersoalkan perpaduan antara orang Melayu agar kuasa politik Melayu tidak akan hancur. Saya ingin persoalkan dimanakah Harussani ketika fitnah melanda negara ini melibatkan orang Melayu, kenapa beliau gagal menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang yang berpengetahuan tinggi dalam soal agama Islam.

"Beliau sepatutnya hadir memberi penjelasan terhadap hukum menyebarkan fitnah, bukannya hanya tahu bising dalam soal politik demi kepentingan peribadi.

"Kita melihat tindakan Mufti Perak itu hanya kepada unsur kepentingan politik semata-mata bukan atas dasar keihklasan yang tingggi. Mufti tidak sepatutnya bercakap untuk tujuan politik, beliau perlu jalankan tanggungjawabnya sebagai Mufti untuk memberi penjelasan yang boleh mengelirukan penduduk negara ini.

Kita kesal dengan sikap Mufti Perak itu yang hanya tahu kepentingan politik sahaja.

"Bagi Najib, Muhyiddin dan Harussani, PAS sekarang sudah jijik dengan politik yang dilakukan oleh Umno, tidak timbul lagi soal perpaduan orang Melayu. PAS tidak mahu lagi berbicara dengan sebuah parti yang lemas dan sukar untuk diselamatkan. Apa yang pasti PAS lebih selesa bersama KEADILAN dan DAP di dalam sebuah politik baru negara ini Pakatan Rakyat," tegas Saifuddin.

Saifuddin menekankan masa untuk Pakatan Rakyat menjejak kaki ke Putrajaya sudah semakin hampir dan kesempatan masa yang ada ini perlu dipergunakan dengan lebih menyeluruh tanpa perlu menoleh ke belakang.
"Kita perlu perkuatkan jentera Pakatan Rakyat mulai dari sekarang, laluan untuk kita ke Putrajaya sudah semakin hampir dan kita sekarang tidak tahu bilakah pilihan raya akan diadakan. Jadi saya tekankan di sini semua parti komponen di dalam Pakatan Rakyat perlu bekerja dengan lebih kuat lagi agar rakyat tahu perjuangan kita yang sebenarnya.

"Dikala Umno berada dalam keadaan lemah kita perlu perkuatkan serta memperkasakan parti ini jangan takut dengan segala halangan yang dilemparkan oleh Umno. Yang paling penting sekali adalah pastikan gerak kerja daftar pemilih yang baru kita laksanakan dengan segera, kita tidak mahu mereka yang menyokong Pakatan tidak dapat membuat pilihan kerana lewat mendaftar untuk menjadi sebagai pengundi.

"Kita perlu cepat sebab di Malaysia ini sistem untuk pendaftaran pengundi baru adalah yang paling mundur kerana sesiapa yang mendaftar sebagai pemilih hanya akan dapat diaktifkan sebagai pemilih selepas enam bulan dari tarikh kita berdaftar. Saya mahu perkara ini menjadi dasar utama kita sebelum menghadapi pilhanraya umum (PRU) ke-13 yang akan datang bila-bila masa," jelas beliau.

Dalam pada itu juga beliau yakin dengan kehadiran yang ramai walaupun ceramah itu diadakan di dalam kebun getah serta jauh dari perkampungan.

"Walaupun kita dihalau hingga terpaksa berceramah di dalam kebun getah, saya pasti dengan kedatangan seramai ini saya yakin dapat mencapai matlamat untuk ke Putrajaya. Kepada seluruh rakyat Malaysia kalau Pakatan memerintah jangan takut kerana politik baru Pakatan lebih jelas dari apa yang dibawa oleh Umno selama ini," kata Saifuddin lagi.

suarakeadilan

1 comments:

azman kamarul , July 26, 2010 at 4:19 PM

Salam perjuangan.

Jangan menjadi pelik jika pemimpin umno sanggup mengkadaikan ahli agama untuk mempertahankan kebuncitan perut mereka.

Hatta pemimpin umno telahpun melakukan lebih dahsyat daripada itu...di mana pemimpin Melayu umno sanggup "berkawan" dengan bangsa yang dilaknat oleh Allah swt iaitu bani israel yang terang-terang menentang Allah swt sebagai "sahabat" di dalam umno.APCO WORLDWIDE dan ASIASOFT adalah dua contoh terkini....dulu-dulu semasa "orang tua" tu memerintah pin sama juga cuma syarikat lain-lain.

JANGANLAH KITA HAIRAN KALAU KELAKUAN DAN TINDAK TANDUK MEREKA SEAKAN-AKAN BANGSA BANI ISRAEL ITU!

Post a Comment

 

Bottom 1

Bottom 2

Bottom 3